part 1

6.3K 261 35
                                    

Putera kegelapan itu adalah nama gelaran yang aku bagi pada dia.Siapa dia?Dia adalah kim Min woo ketua pelajar Dan dia merupakan pelajar yang paling popular sekali di Shinhwa High School ni.

Siapa dia?Dia adalah kim Min woo ketua pelajar Dan dia merupakan pelajar yang paling popular sekali di Shinhwa  High School ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku selalu perhatikan dia,bukan dari dekat tetapi dari jauh sahaja sebab aku tak berani untuk dekat dengan dia.Semua orang terutamanya pelajar perempuan ingin rapat dengan Min woo,tetapi aku tidak.Aku tak berani untuk dekat dengan dia apatah lagi bertentang mata dengannya.

Bagi aku dia seseorang yang sukar untuk didekati terutamanya oleh budak kelas bawahan macam aku ni,budak kelas tercorot ada hati nak berkawan dengan budak kelas paling atas budak kelas A,itu memang tak mungkin kan.

Kim Min woo seorang pelajar lelaki yang perfect,memiliki wajah tampan seperti idol,pandai dalam pelajaran,aktif dalam bersukan,chebol(anak orang kaya)semua orang sukakan dia termasuklah cikgu-cikgu.

Aku ni..Sebut saja nama entah orang kenal atau pun tidak.Dahlah budak kelas tercorot,muka tak cantik,belajar tak pandai,nak bersukan pun tak reti.Apalah nasib badan ni..

Huhh..

"Woi!sampai bila kau nak berangan ni Luna..loceng dah bunyi,kita kena cepat-cepat masuk dalam kelas.Nanti tak pasal-pasal kena denda."Suara Eun so menyedarkan aku dari lamunan.

Baru aku perasan semua pelajar lain sudah bergerak ke kelas masing-masing,di dalam dewan sekolah ini hanya tinggal aku dan Eun So sahaja ketika itu.

"Kau ni..kuat berangan betul."Eun so terus saja tarik tangan aku keluar dari dewan itu.

***

"Weh!kau tengok tak muka min woo masa bagi ucapan wakil pelajar tadi,mak aii hensem gila..Macam malaikat turun dari kayangan.."ujar yu bin dengan gaya yang tergedik-gedik.

Dia ni peminat fanatik Min woo.Dialah yang tubuhkan kelab peminat Min woo di sekolah ni.Dah macam idol pula kan siap ada kelab peminat lagi..

Aku gelengkan kepala.Saja menipu padahal aku tengok si Min woo tu dari mula dia naik atas pentas sampailah dia turun semula lepas bagi ucapan.Mata aku langsung tak lepas merenung dia.

"Kau ni...Kenapa tak tengok..Hensem tau muka dia."Yubin menyiku lenganku.

"Malaslah..bukan dapat apa pun kalau aku tengok dia."jawab ku berdalih.

Kepala aku rebahkan atas meja.Letih betul rasanya hari ni.

"Ish!tak baik tau cakap macam tu.Kau kena tengok muka dia supaya kau dapat sedut semua energy dia pagi-pagi ni..Tengok macam aku bertenaga je.Kau belum separuh hari dekat sekolah ni dah lembik."tutur Yubin lagi.

"Betul tu aku pun selalu tengok muka Min woo.Bila tengok muka dia aku rasa macam ada suatu kuasa luar biasa yang meresap dalam badan aku sampaikan kalau boleh aku nak tengok muka dia 24jam."sampuk Eun so.

"Haish!korang berdua ni bisinglah..Tak habis-habis sebut pasal min woo tu.Dah pergi jauh-jauh..Syuhh..Aku nak tidur,kalau sir John masuk nanti tolong kejutkan aku."Yubin dan Eun so aku tolak jauh-jauh.Malas nak dengar mereka berdua sebut tentang min woo.

Bukan tak suka tapi setiap kali aku dengar nama tu mesti aku akan teringat kejadian tiga tahun lepas.

***

3 tahun lepas..

Hari ni aku bertugas bersihkan kelas sebelum balik.Aku sengaja buat kerja lambat-lambat sebab aku ada misi yang perlu diselesaikan.

Yubin dan Eun so dah balik.Tadi mereka kata nak tunggu aku dan balik sama-sama,tapi aku kata tak payah tunggu sebab aku boleh balik seorang diri.Mulanya mereka berkeras nak tunggu tapi bila aku pujuk akhirnya mereka berdua pun balik.

Dah siap menyapu,susun kerusi dan meja aku kemas beg nak siap sedia hendak memulakan misi.

Aku tak terus balik ke rumah sebaliknya pergi ke tingkat 3. kenapa tingkat 3?sebab ditingkat 3 ada kelas gred A tingkatan 3.

Nak buat apa aku pergi sana?Aku pergi sebab ada misi yang perlu diselesaikan.

Sampai ditingkat 3 aku terus pergi ke kelas gred A.Sebelum masuk aku jenguk dulu ke dalam kelas melalui tingkap.Bila yakin tiada orang barulah aku masuk.

Sebaik saja sudah menapak dalam kelas itu aku pergi ke bahagian loker dan cari loker seseorang.Loker siapa?

Loker min woo lah..

Nak buat apa?

Aku..Emmm..Nak bagi surat cinta pada dia.Aku nak luahkan isi hati aku pada dia.Aku dah lama suka pada min woo sejak ditingkatan satu lagi tapi baru kali ini aku berjaya kumpulkan semua kekuatan untuk luahkan perasaan pada dia.

Hampir lima minit mencari akhirnya aku jumpa sebuah loker di pintu loker tersebut ada tulis nama min woo.Aku yakin dalam kelas ni hanya dia sorang saja yang bernama kim min woo.

Yes!cepat-cepat aku pergi ke loker tu.Aku sengeh sambil renung surat ditangan.Sebelum nak masukkan dalam loker tu aku berdoa dulu.Berdoa supaya Min woo baca surat aku dan balas cinta aku pada dia.

Satu..dua..ti...

Belum sempat aku masukkan surat dalam loker tu aku dengar bunyi pintu dibuka.Serta merta badan aku jadi kaku.Aku tak berani nak pandang belakang,tapi aku yakin seseorang sedang menghampiri aku.

Aduh..Nak buat macam mana ni..

"Kau siapa,kenapa kau masuk dalam kelas ni?"

Gulp!Aku telan air liur.Matilah..Itu suara Min woo.

Arghh!macam mana aku nak berhadapan dengan dia ni?aku belum sedia...

"Hei!kau tak dengar ke aku tanya ni?kau buat apa dalam kelas ni,menceroboh ye!?"

"Tak!"suara aku separuh menjerit.

"Kalau tak menceroboh kau buat apa dekat sini.Kau bukan budak kelas ni."Min woo bersuara lagi.Kali ini aku dengar suara dia semakin hampir dengan aku.

"Saya..sa..ya.."aku jadi gagap.Tak tahu nak bagi alasan apa pada dia.

"Surat apa ni?"

Min woo rampas surat yang aku pegang.

Arghh!!!kali ni aku betul-betul rasa macam nak mati.Memang surat tu aku nak bagi pada dia,tapi bukan dengan cara yang terkantoi macam ni..

Habislah..mana aku nak letak muka ni...?

Aku berani kan diri memusing badan kebelakang menghadap dia.Ye aku kena beranikan diri untuk berhadapan dengan dia.Mungkin ini adalah takdir untuk aku berterus terang tentang perasaan aku pada dia.

Ok fighting luna!!!

"Surat untuk aku?"

Aku mengangguk sambil tunduk merenung lantai.Tak berani nak bertentang mata dengan dia.

"Siapa bagi,kau?"

Aku angguk lagi.

"Kau ni datang ke sekolah ni nak belajar atau nak bercinta?kau ingat dengan guna cara kolot ni aku akan terima cinta kau?"

Aku rasa macam ada beribu-ribu jarum yang sedang mencucuk hati aku sekarang bila dengar Min woo cakap macam tu.

"Kau balik rumah lepas tu tolong cermin diri kau sikit.Dengan rupa hodoh macam ni ada hati kau nak luah perasaan pada aku.Kau ingat perempuan hodoh macam kau layak nak berdampingan dengan aku."

Sumpah aku dah tak boleh nak dengar lagi kata-kata yang keluar dari mulut dia.Hati aku hancur berkecai.Tak sangka min woo yang aku puja selama hari ni sanggup menghina aku sampai macam ni sekali.

Tanpa menunggu lebih lama aku terus berlari keluar dari kelas itu.Aku malu dengan Min woo dan aku malu pada diri aku sendiri.aku tak sepatutnya buat macam ni..Aku tak sepatutnya menyimpan perasaan pada dia,si putera kegelapan..

Hari tu aku berlari pulang ke rumah dalam hujan lebat bersama air mata.Dan keesokkan harinya aku tak pergi ke sekolah selama seminggu sebab aku malu nak berhadapan dengan Min woo..Malu yang teramat sangat..

Dark princeWhere stories live. Discover now