part 3

2.8K 214 1
                                    

Selepas kejadian dikelas memasak tempoh hari semakin giat aku cuba menjauhkan diri dari Min woo,macam-macam cara yang aku lakukan untuk mengelak daripada terserempak dengan dia.Contohnya waktu rehat aku tak makan dikantin sebaliknya aku bawa bekal dari rumah dan makan di tingkat paling atas bangunan utama sekolah.

Kawasan tu memanglah kawasan larangan bagi para pelajar,tapi apa aku kesah.Yang penting aku dapat makan dengan tenang tanpa gangguan sesiapa.

Hmm..
Rasa tenang je kat atas ni,angin bertiup lembut,cuaca pun baik,perut aku kenyang..wah..heaven.

Paling best sekali bila duduk dekat atas ni aku boleh nampak seluruh kawasan sekolah.

Sekarang rooftop ni lah tempat aku melepak.Tak ada sesiapa tahu tentang tempat ni termasuklah yubin dengan eunso.Aku tak nak bagi tahu diorang sebab nanti akan ganggu privacy aku hihihi.

***

"Wei!kau pergi mana masa rehat tadi?aku perhatikan sejak akhir-akhir ni kau selalu hilang time rehat.Kau tak makan ke?"soal Eunso.

"Aku makanlah..Aku bawak bekal."jawabku ringkas.

"Eh!sejak bila pandai bawak bekal ni,nak berjimat cermat ke..?"sampuk yubin.

Budak berdua ni memang suka menyoal siasat aku.Dah macam gaya polis pun ada.

"Haah..Nak berjimat cermat.Aku nak simpan duit beli fon baru."

Terpaksalah kelentong..Takkan nak bagi tau budak berdua ni yang aku tak nak makan dekat kantin sebab nak mengelak daripada min woo..Nanti tak pasal-pasal aku kena jawab beribu soalan dengan budak berdua ni.

"Wow..Kalau macam tu aku pun nak bawak bekallah esok,boleh kita makan sama-sama."tutur Eun so penuh teruja.

Aku pula dah mengelabah.Habislah kantoi tempat persembunyian aku nanti..

"Tak payah nak mengada.Kau tu anak orang kaya,tak payah nak berjimat sangatlah..Harta bapak kau tu tujuh keturunan pun makan tak habis."Yubin pula mencelah.

Memang betul pun.Si Eunso ni anak orang kaya,buat apalah dia nak bawa bekal macam aku anak orang yang tak berapa nak kaya ni.

"Betul tu..Aku sokong 100%,makan je kat kantin tak payah nak susah-susah bawa bekal macam aku ni."

Eunso tarik muka.Merajuklah tu.

***

Petang tu balik dari sekolah macam biasa aku akan singgah kedai buku dulu.Aku selalu habiskan masa lebih kurang satu jam di situ sebelum balik rumah.

Duduk situ lama-lama bukannya aku beli buku pun,tapi aku melepak di rak buku yang menempatkan buku-buku masakkan.Apa lagi aku copylah menu-menu menarik yang ada dalam buku tu.

Bukan tak mampu nak beli,tapi saja tak nak membazir hihihi..Brillion kan otak kedekut aku ni..

Masa tengah ralit menyalin menu yang terdapat dalam salah sebuah buku resepi tu tiba-tiba aku dapat rasa kehadiran seseorang dibelakang aku.

Bila aku pusingkan badan kebelakang muka aku hampir saja tersembam pada dada bidang seseorang.Nampak sangat aku ni pendekkan.

Tak apalah ketinggian aku ni tak penting yang penting sekarang ialah aku hampir tersembam ke dada seorang lelaki.

Dan perkara paling penting sekali adalah baju yang tersarung dibadan lelaki tu.Uniform sekolah aku!

Gulp!
Perlahan-lahan aku mendongak untuk lihat siapakah gerangannya.

OMG!!!
KIM MIN WOO!!!

Arghh!! Aku rasa nak pitam..

"Kau ni weird lah.."suaranya menyedarkan aku ke alam nyata.

Min woo tidak lagi berdiri dihadapan aku sebaliknya dia sudah berada disebelah aku sambil tangannya sibuk membelek buku dirak.Dia nak beli buku memasak ke?

Ah!lantaklah,yang penting sekarang aku kena cepat-cepat blah.

Baru saja nak melangkah pergi Min woo menyambar tangan aku.Dan aku pun merenung pelik ke arahnya.What?apa yang dia nak dari aku?

"Beg kau tu jangan tinggal merata-rata."ujarnya sambil tunjuk ke arah beg aku yang tersadai atas lantai.

Aku tepuk dahi.Macam manalah boleh lupa.Aku angkat beg dan sedia untuk pergi tapi sebelum berlalu aku sempat tunduk seperti orang jepun sebagai tanda ucapan terima kasih pada dia.

Hanya itu yang mampu aku lakukan sebab lidah aku ni dah jadi kelu.Nak keluarkan sepatah perkataan pun aku rasa tak mampu.

Ya tuhan..kenapalah aku boleh terserempak dengan dia dekat sini?Nampak sangat dunia kecilkan..

kenapalah aku boleh terserempak dengan dia dekat sini?Nampak sangat dunia kecilkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dark princeWhere stories live. Discover now