Hari ni semua pelajar tingkatan enam terlibat dengan latihan sukan di padang,memandangkan aku memang tak minat dengan sukan dan aku tak mahu terserempak dengan min woo jadi aku pun cabut larilah,ponteng.
Lagipun aku bukan terlibat dengan acara sukan apa-apa pun.Daripada berpanas dan tak buat apa-apa lebih baik aku ponteng.
Macam biasalah kalau ponteng kelas jasmani aku akan bersembunyi di kelas memasak.Selalunya waktu-waktu pagi macam ni kelas tu kosong.
Aku suka kelas memasak sebab dalam kelas memasak ni lah aku dapat tunjukkan skill aku.Walaupun lemah dalam pelajaran dan bersukan sekurang kurangnya aku ada kelebihan lain.Mungkin kelebihan ini aku warisi dari ayah aku ,sebab ayah aku adalah seorang chef di sebuah hotel lima bintang.
Dari kecil aku suka tolong ayah memasak so bila dah besar bab-bab memasak ni memang aku dah master.Hihihi..
Kalau duduk menyorok dalam kelas ni mesti aku akan curi-curi memasak.Tapi masak yang biasa-biasa sajalah.Dalam kelas ni semua bahan dan kelengkapan untuk memasak lengkap,so tak susah pun untuk aku mencari idea untuk isi perut aku pagi ni.
So menu yang aku nak masak pagi ini ialah pancake..
Bahan-bahan Untuk Membuat Pancake
Sebiji telur
1 sudu besar minyak atau mentega cair
1 cawan susu cair atau susu segar
1 sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)Cara Membuat Pancake Yang Sedap
1) Pukul telur sedikit dan tambahkan minyak, susu cair, gula, garam, serbuk penaik, esen vanilla dan tepung gandum.
2) Kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul.
3) Rehatkan adunan seketika kira-kira untuk 10 hingga 15 minit
4) Tuang adunan ke dalam non stick pan mengikut saiz yang diingini. Pastikan api tidak terlalu besar.
5) Terbalikkan pancake bila permukaan atas pancake ada gelembung-gelembung kecil.
6) Selepas dah kuning keemasan, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan coklat, aiskrim, jem, buah-buahan dan sebagainyaAku tersenyum puas bila tengok hasil air tangan sendiri.Pandai kau Luna..Lepas habis sekolah ni bolehlah kau buka cafe,tak payah susah-susah pening kepala nak sambung belajar lagi pun kau bukannya pandai pun.
Hihihi..
Baru je aku nak menjamah pancake hasil air tangan aku tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam kelas masakkan ni.
Aku cepat-cepat menyorok.Siapa pula yang masuk dalam kelas ni.Tadi aku dah cek jadual,pagi ni tak ada pelajar yang akan guna kelas ni.
Mata aku kecilkan untuk melihat siapakah gerangan yang menganggu waktu senang lenang aku ni.Dalam kelas ni agak gelap sikit sebab aku tak pasang lampu,takut kantoi dengan cikgu.
Dari sebalik rak pinggan tempat aku berdiri aku nampak seorang pelajar lelaki memakai pakaian sukan menapak masuk.
Eh!Dia pelajar tingkatan enam.Tapi siapa ye?
"Kau buat apa kat sini,ponteng kelas ye?"
Suara itu bertanya.
Hampir saja pinggan pancake yang aku pegang terhempas ke lantai dek kerana terkejut mendengar suara tu.Dia tahu aku ada dalam kelas ni.
Suara siapa lagi kalau bukan si min woo.
Arghh!!!apa yang patut aku buat ni..Aku tak nak berhadapan dengan dia lagi.Lepas kejadian tu aku tak pernah bertembung dengan dia sebab setiap kali nampak dia pasti aku akan mengelak.Sehabis mungkin aku akan cuba untuk tidak berhadapan dengan dia lagi.Tapi kali ni..
"Hoi!kau pekak ke?aku tanya ni."dia bersuara lagi.
Cara percakapannya masih sama macam dulu.Kaku,dingin dan kedengaran angkuh.Huh!macam mana aku boleh jatuh cinta dengan si putera kegelapan ni.
"Aku tak tahu pula kat sekolah ni ada pelajar yang bisu."katanya lagi.
Aku gigit bibir.Sakit hati dengar kata-kata yang keluar dari mulut si min woo ni.
"Kau nak menyorok dekat situ sampai bila?Aku boleh nampak kau lah.."Dia semakin mendekat.
Aku gabra.Tak tahu nak lari kemana.Kalau nak keluar dari kelas ni aku terpaksa berhadapan dengan dia.Aduh..Macam mana ni..
Lagi beberapa langkah saja min woo akan sampai dekat dengan aku.Ini tak boleh jadi.Aku tak boleh biarkan dia nampak muka aku.Aku tak nak dia cam aku,budak yang pernah kena reject dengan dia dulu.Aku malu!
Ah!Rempuh sajalah.
Sebelum min woo semakin mendekat aku terus saja merempuh badannya dan berlari keluar dari kelas tu.Dia jatuh terduduk atas lantai.Biarkan aku tak peduli yang penting aku dapat selamatkan diri aku.
Yes!aku yakin dia tak nampak muka aku tadi,sebab aku lari laju-laju waktu nak keluar dan kelas tu pun gelap.Tak mungkin dia dapat cam muka aku kan..
Tapi..
Oh!my..
Pancake aku tertinggal dekat dalam kelas tu.Aku letak atas rak pinggan.Aduhai..penat aku masak tapi tak sempat nak rasa sikit pun.Entah sedap atau tidak.Ini semua si min woo tu punya pasal.
YOU ARE READING
Dark prince
Teen FictionAku selalu perhatikan dia,si Dark prince.Putera kegelapan yang membawa cinta bagai angin bertiup lembut menyapa pintu hatiku.. Tapi apakah cinta itu berjaya singgah di gerbang hati ini,atau ia hanya menyapa kemudian berlalu pergi begitu saja?