Tiga Tahun kemudian..
"Yah!kau ni kalau nak tidur baik balik rumah.Dah dekat dua jam tau kita duduk sini."Rungut Luna.Geram pula dia tengok si min woo ni.
Ajak orang keluar date tapi boleh pulak dia tidur.
Luna cuba menarik tangannya yang digenggam min woo tapi lelaki itu semakin mengeratkan genggaman.
"Mengada!tidur-tidur ayam je."getusnya sambil mengusap lembut rambut min woo.
Hensemnya..namjachingu siapalah ni.Hahaha..Luna tersengih bahagia.
"Kau ni kenapalah ajak aku keluar,dah tau penat duduk jelah kat rumah."bebel Luna lagi.
Bukan apa dia kesian tengok min woo macam tak maya je.Sejak kebelakangan ni dia tahu min woo sibuk menguruskan syarikat papanya.Dia tak kisah pun kalau tak dapat date macam selalu.
Sekarang mereka dah semakin dewasa,masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri,dah jarang date,jarang bergayut,tapi itu tak bermakna cinta mereka akan semakin berkurang.
"Aku tak boleh tidur dekat rumah."jawab min woo perlahan.
Kening Luna berkerut.Tak boleh tidur?
"Kenapa tak boleh tidur?"
Min woo angkat kepala."sebab aku asyik ingat pada kau je."ujarnya sambil tersengih.
Muka Luna merona merah.Ish!dia ni sweet betul!
"Rindu betul aku pada kau,seminggu tau kita tak jumpa.Itu pun nasib seminggu je,kalau sebulan boleh gila aku."tutur min woo bersungguh-sungguh.
"Serius?"
"Iye..serius aku boleh jadi gila.."
"No..Aku takkan benarkan kau jadi gila,sebab aku tak nak bercinta dengan orang gila."Luna usap lembut pipi Min woo.
Rasa macam tak percaya je makhluk tuhan yang seorang ni dah jadi boyfriend aku.
"Luna.."
"Emm.."
YOU ARE READING
Dark prince
Teen FictionAku selalu perhatikan dia,si Dark prince.Putera kegelapan yang membawa cinta bagai angin bertiup lembut menyapa pintu hatiku.. Tapi apakah cinta itu berjaya singgah di gerbang hati ini,atau ia hanya menyapa kemudian berlalu pergi begitu saja?