part 6

2.7K 195 0
                                    

"Kau memang sengajakan buat macam tu?kau suka kan tengok aku kena buli dengan budak-budak yang tergila-gila kan kau tu!?"soal Luna ketika mereka sedang makan di kantin.

Wajah selamba min woo ditatap penuh geram.Nasi yang ada dalam pinggan sikit pun dia tak jamah.Tak ada selera!

"Kau dengar tak aku bercakap dengan kau ni..?"bentak Luna.

Min woo masih juga kelihatan tenang menjamah makanannya.

Huh!
Kurang asam betullah mamat ni..

Luna bersandar malas pada kerusi dengan tangan bersilang didada.Anak matanya masih tak lepas merenung min woo.

Dia juga cuba berlagak tenang seperti min woo sedangkan tuhan saja yang tahu bagai mana laju jantungnya berdetak ketika itu.

Setelah tiga tahun inilah kali pertama dia berani bertentang mata dengan lelaki itu.kalau tak kerana min woo jadi begitu disebabkan dia,mati hidup semula pun Luna tak mahu duduk bertentang mata dengan lelaki ini.

Huh..
Sekali lagi dia mengeluh bila teringatkan peristiwa lalu.

"Kenapa kau tak makan?"tiba-tiba min woo bersuara.

Kelihatannya dia sudah selesai makan.

Luna sengaja mendiamkan diri.Saja nak balas balik perbuatan lelaki itu tadi.

"Tak baik membazir.Kalau tak nak makan lain kali jangan beli."bebel min woo lagi.

Luna masih memekakkan telinganya.Bukannya dia tak lapar,tapi selera makannya sudah hilang tatkala banyak mata yang merenung ke arah mereka.

Macam mana dia nak makan kalau orang asyik pandang saja.Dia tahu mereka semua mesti sedang bercakap tentang dia dan min woo.

Aduhai..
Kenapalah aku terjebak dengan lelaki paling hot dekat sekolah ni?

"Aku tak suka bercakap masa tengah makan."min woo bersuara lagi.

Dia seakan-akan mengerti kenapa Luna mendiamkan diri.Apa lagi,tentu sajalah gadis itu marah kepadanya.

Hmm..
"Kenapa kau buat macam tu?kau tahu tak kau dah menyusahkan hidup aku?"tanya Luna dengan nada suara yang tidak puas hati.

Dia membetulkan duduknya.

"Aku buat apa?"kening min woo bertaut.

"Yang tadi tulah.."

"Yang mana?"

"Ish!tadi tu."

Kali ini min woo tidak menjawab sebaliknya dia tayang muka blurr.

"Ish!yang depan budak perempuan dua orang tadi tulah!"bentak Luna senafas.

"Oo.."

"Oo..?"Luna mengepal penumbuk menahan geram melihat riak wajah min woo yang semacam tak bersalah tu.

"Aku buat apa?"min woo menyoal kembali.

"Yang kau kata aku ni girlfriend kaulah!"jawab Luna geram.

"Bila masa aku cakap kau girlfriend aku?"

"Emm..memanglah kau tak cakap,tapi cara kau bagi jawapan pada mereka tu macam kau kata 'ya perempuan ni aku punya'.Macam tulah."Luna ketap bibir.kali ini dia menundukkan pandangnya.

Tsk..tsk..tsk..

"Kau ni ahli nujum ke?pandai-pandai saja nak baca apa yang ada dalam kepala otak aku ni..Jangan perasanlah."katanya sambil tersenyum senget.

"katanya sambil tersenyum senget

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luna gigit bibir.Rasa malu pulak bila min woo kata begitu.

"Kau jangan risaulah,aku sikit pun tak ada hati pada kau.Aku buat macam tu sebab tak nak budak-budak tu kacau kau lagi."

Kali ini Luna melopong.Bila kau buat macam tulah budak-budak gila tu akan menyusahkan hidup aku.Kau ingat diorang akan berdiam diri bila dapat tahu konon-kononnya aku ni girlfriend kau?

Kata-kata itu hanya mampu dia luahkan dalam hati saja.Otaknya sudah semakin serabut bila memikirkan apa yang bakal dilaluinya selepas ini.Bukannya dia tidak tahu bagaimana perangai peminat-peminat fanatik si min woo ni.

Oh!Tuhan...

Dark princeWhere stories live. Discover now