"Argh!!!"Luna menjerit kuat selepas badannya habis basah kerana disiram dengan air oleh sekumpulan pelajar perempuan ketika dia dalam perjalanan menuju ke kelasnya.
Selepas disimbah dengan air mereka kemudian menuang sebungkus tepung ke atasnya.
"Padan muka kau!"jerit salah seorang daripada mereka ditepi telinganya.
"Kau degil sangat..Rasakan."yang sorang lagi pula menyepak lengan Luna dengan kuat.
Dia ketika itu hanya mampu menahan sakit dan menangis.Mereka ramai sedangkan dia pula sorang diri,mana mampu dia nak melawan mereka.
"Aku dah bagi amaran supaya kau jangan dekat dengan min woo,tapi kau degil jugak!Inilah balasannya untuk orang degil dan tak dengar kata macam kau ni."ujar salah seorang dari mereka sambil menarik kuat rambut Luna.
"Lepas ni kalau kau degil lagi,lebih teruk daripada ni kau akan kena.Faham!"mereka memberi amaran sebelum pergi meninggalkan Luna.
Selepas mereka beredar Luna menangis sepuas-puasnya.Sepanjang bersekolah disini dia tak pernah dibuli,tapi sejak keakrabannya dengan Min woo dia merasakan bagai mana seksanya menjadi mangsa buli.
Luna menangis bukan kerana sakit dipukul,tapi kerana dia rasa terseksa.Dia sedih bila mengenangkan apa yang terpaksa dilaluinya ketika bersama min woo.Dia tak kuat untuk hadapi semua ini seorang diri.
"Apa yang patut aku lakukan?perlukah aku undurkan diri dari hidup min woo?"
Walaupun dirinya hanya sekadar menjadi seorang pembantu kepada min woo,itu sudah cukup buat dia rasa gembira.Tapi jika semua ini berlanjutan Luna takkan mampu bertahan,dia tidak kuat lagi.
YOU ARE READING
Dark prince
Teen FictionAku selalu perhatikan dia,si Dark prince.Putera kegelapan yang membawa cinta bagai angin bertiup lembut menyapa pintu hatiku.. Tapi apakah cinta itu berjaya singgah di gerbang hati ini,atau ia hanya menyapa kemudian berlalu pergi begitu saja?