PART 10

821 166 22
                                    

Reader POV

Setelah selesai mandi dan pakai segala kelengakapan diri pada malam tu, aku terus melangkah keluar dari bilik mandi. Walaupun aku dan Namjoon dah buat hubungan kami lebih jauh but aku still ada perasaan malu dengan dia. Kalau nak salin baju mesti aku masuk bilik air then kunci. Senang.

Aku mencapai tuala sederhana kecil khas untuk keringkan rambutku di penyangkut. Aku mula mengeringkan rambutku sambil-sambil tu kakiku melangkah ke pintu bilik mandi. Segera aku pulas tombolnya dan perbuatanku tadi terus terhenti bila aku nampak Namjoon di dalam bilik. Bagaikan tahu aku dah ada di depan pintu bilik mandi, terus dia mengalihkan tubuhnya ke arahku. Aku hanya buat tak tahu kat dia. Terus aku sambung perbuatanku tadi sampailah aku sampai di meja solek. Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi yang ada di sini. Aku masih lagi sakit hati dengan Namjoon. So tapekan aku buat tak perasan kehadiran dia di sini?

Huh sudahlah! Malas aku nak cakap pasal dia! Aku penat! Aku nak rehat je sekarang ni. Malas nak tengok muka dia. Buat tambah sakit hati je. Sedang elok-elok aku nak capai krim malam untuk mukaku, aku rasa tubuhku dipeluk daripada belakang. Aku terus nampak wajah pucat seseorang namja di hadapan cermin tu. Mataku membulat. Jantungku terus berdegup laju. Siapa dia? Dia meletakkan dagunya di atas kepalaku, rambutku dia usap. Aku tanpa teragak-agak terus melepaskan pelukan. Aku terus mengalihkan tubuh badanku ke arah dia. Tapi lain yang jadi bila aku bertentang dengan dia.

Namjoon?

Aku terus kalihkan wajahku ke cermin semula. Ya, dia still Namjoon. Habis tadi tu...

Aku silap nampak ke? Tapi aku yakin sangat yang aku nampak orang lain tadi kat cermin tu. Seolah-olah sekarang ni aku bukan bersama dengan Namjoon, suami aku yang sebenar. Mengingatkan perkara tu terus buat jantungku rasa nak berhenti.

Tiba-tiba aku rasa wajahku dipegang. Lalu ditolak lembut oleh Namjoon. Dia tersenyum melihatku.

"Waeyo chagi? Kenapa muka nampak pucat ni? Chagi masih marahkan oppa ke?" Soalnya.

Aku tidak menjawabnya. Aku hanya kaku tengok wajah dia. Aku buntu. Aku cuba buang fikiran negatif yang ada di dalam lubuk fikiranku tapi tak boleh. Perasaan marahku pada dia tadi terus hilang.

"Chagi?"

Aku yang bagaikan baru tersedar daripada lamunan terus menempis perlahan tangan dia yang tak lepas-lepas usap rambut panjangku. Tanpa mempedulikan dia, terus aku melangkah ke arah katil. Selimut, aku tarik sehingga menutup paras bahuku. Dan disebabkan kepenatanku, aku terus boleh tertidur.

***

"Hana!" Terus aku menepis tangan dia yang memegang lenganku. Muka marah aku pamerkan. Apa lagi jantan ni nak? Aku kata aku dah tak nak tu, tak nak la! Pahal dia tak faham bahasa sangat ni?

"KAU NAK APA LAGI, JANTAN?! KAN AKU DAH KATA, KITA DAH PUTUS! KAU TAK FAHAM LAGI KE?!" Aku menengking dia kuat. Dia mengetap bibir. Kedua-dua belah tangan dia mula digenggam erat. Tapi tak lama lepastu dia cuba meraih kedua-dua tanganku semula. Aku cuba meronta-ronta mintak dilepaskan kerana tak selesa jadi pandangan pelajar-pelajar kolej lain yang turut ada di laluan ni. Selamat tak ramai.

"Hana, please jangan buat aku macam ni. Jangan tinggalkan aku." Seperti biasa, air mata dia akan mengalir setiap kali dia merayu padaku. Namun sedikit pun aku tak rasa apa-apa. Bagi aku, hubungan aku dan dia memang dah berakhir.

"Please balik pada aku. Aku sayang kau"

Dek tak tahan mendengarnya. Aku terus tempis tangan dia kuat. Bagi aku, rayuan dia tu macam paksaan padaku. Paksaan untuk kembali bersama dengan orang yang aku tak cinta. Mungkin ya, aku suka dia dulu, tapi sekarang tak lagi. Aku dah ada orang lain. Aku harapkan dia pun boleh lupakan aku lepas aku kenalkan teman lelaki baru aku, Mingyu padanya tapi malangnya dia masih tak lupakan aku. Dia masih lagi harapkan hubungan kami kembali macam dulu. Aku pelik betul, dia tak rasa sia-sia ke cintakan perempuan macam aku? Perempuan yang dah curang dengan dia? Aku curang pun bersebab okay, aku tak nak tipu diri aku lagi. Aku dah suka orang lain tapi aku bercinta dengan orang lain. Aku tak nak macam tu, jadi aku putuskan hubunganku dengan dia. Tapi tak sangka ianya akan sesusah ni! Dia ni tak faham bahasa!

[C] 3. Pregnant | K.NJ (BTS)Where stories live. Discover now