PART 16

685 140 5
                                    

“MWORAGO?! CERAI?!” Soal Suga dengan mata yang membulat. Terkejut dia dengan pernyataan yang diberikan oleh Namjoon. Wajah Namjoon yang kelihatan serabut dia pandang.

Namjoon menganggukkan​ kepalanya. Wajahnya dia raut. Dia buntu sekarang ni. Dia sangat sayangkan isterinya tapi pada masanya yang sama dia kecewa sangat-sangat pada Ahrin kerana curang akan dirinya. Dia tak dapat fikir dengan betul sekarang ni. Hatinya berbelah bagi. Dia tidak tahu dia boleh percayakan Ahrin atau tidak. Dia betul-betul tak tahu.

“Tapi takkan sampai bercerai? Kan adik aku dah--”

“Habis tu kau nak kata aku amnesia la? Lupa yang aku sentuh Ahrin? Kau tahu tak dah dua minggu kandungan Ahrin tu, dan time tu kan aku kerja, bila masanya aku nak sentuh dia?!" Soal Namjoon geram. Mukanya memerah bila ingat tentang perkara itu. Sakit hatinya lagi meluap-luap. Yoongi hanya terdiam lama.

“Aku pun tak tahulah, tapi takkan adik aku nak tipu pulak? Aku kenal la adik aku macam mana, dia tak mungkin tipu” Yoongi cuba membela Ahrin. Yelah, Ahrin tu memang setia orangnya. Waktu dia couple dengan Haodong pun sama. Kalau dengan boyfriend pun dia setia, suami plus cinta terakhir apatah lagi. Yoongi ni lainlah, tapi dah ada isteri ni dah setia dah. Tak boleh curang-curang. Kejap lagi jenuh kena kejar dengan parang. Tapi siapa tahu manusia kan boleh berubah. Tapi dia still tak rasa yang adik dia bersalah.

“Entahlah hyung, aku buntu dah ni. Hubungan ni pun aku dah tak boleh jamin dah yang ianya akan kekal.”

“Aku tak tahu nak cakap apa. Aku malas nak masuk campur hal rumah tangga kau dengan Ahrin but aku cuma boleh nasihtkan kau, jangan bertindak guna perasaan, menyesal tak sudah nanti. Kau selesaikan perkara ni baik-baik dengan Ahrin. Bincang elok-elok” Yoongi pun dah ikut buntu sama. Antara kawan dengan darah daging. Hmm bukan benda yang mudah untuk dipilih. Dia pun tak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Dan dia malas nak serabutkan kepala otak dia. Jadi dia harap Namjoon boleh terima nasihat dia dan buat keputusan yang betul. Kalau cerai jelah caranya, dia pun tak boleh nak kata apa-apa.

Namjoon hanya mengeluh dan terdiam. Cuba menghadam apa yang dikatakan oleh Yoongi.

---

Pada malam tu, Ahrin hanya menangis teresak-esak apabila Yoongi, abang call dia dan tanya keadaan dia. Dan nampaknya Yoongi dah tahu pasal ni. Namjoon pula pulang lewat malam tu. Entah ke mana dia pergi, Ahrin tak nak tahu dan tak nak peduli.

“Oppa tak percayakan Ahrin?" Soal Ahrin pada Yoongi yang dihujung talian. Kedengaran Yoongi mendengus perlahan.

“Aku tak kata yang aku tak percayakan kau! Tapi aku just nak pastikan. Jadi kau jawablah soalan aku betul-betul. Ke betul kau curang dengan Namjoon?”

Ahrin mengemam bibirnya. Yoongi soal dia seakan-akan menyalahkan dirinya pula. Huh! Mentang-mentanglah Namjoon tu kawan dia.

“Ahrin tak curanglah! Betulah, dia yang sentuh Ahrin malam tu! Ahrin penat pun Ahrin layan dia. Lepastu dia boleh tanya ni anak siapa?! Eiii pergi mampuslah! Oppa kalau nak bela dia, jangan call Ahrin!” Ahrin pantas meletakkan panggilan, suara abangnya yang panggil namanya dihujung talian langsung dia hiraukan. Geram sangat-sangat. Salah dia ke semua ni?

Bunyi enjin kereta daripada luar mengejutkan Ahrin. Tahu yang Namjoon sudah balik terus Ahrin melangkah naik ke bilik. Tak nak dia menghadap muka Namjoon.




Reader POV

Aku terjaga daripada tidurku apabila terdengar bunyi guruh yang kuat. Hujan lebat rupanya. Patutlah tidur syok semacam. Aku lantas bangun daripada pembaringanku. Aku menenyeh-nenyehkan mataku lalu jam loceng bersebelahan meja aku capai. Baru pukul 3 pagi? Awalnya aku jaga. Tekakku yang terasa kering tiba-tiba, aku usap. Rasa hauslah pula. Aku segera menolak tepi selimut yang membalut badanku ke tepi. Aku terus daripada katil. Dan baru aku perasan. Namjoon tiada di sebelahku. Dia pergi mana? Keluar balik? Or kerja?

Tak bagitahu aku pun! Hmphhhh. Aku kan gaduh dengan dia, mesti dia takkan bagitahu punya. Tapi aku still isteri dia. Dia tak boleh buat macam ni. Hmm apa-apa jelah. Dia boleh buat, aku pun boleh buat nanti. Aku terus melangkah ke pintu bilik lalu membukanya. Aku menurun tangga perlahan-lahan.  Aku menggosok-gosok lenganku menahan sejuk. Sesekali bibirku aku mengumam sesuatu kerana terkejut dan takut dengan bunyi kilat. Pantas dapur aku tuju sebaik saja sampai di bawah. Niaktu cuma satu, cepat aku laksanakan kehendak diri lagi cepat aku naik atas. Aku tak tahan dengan situasi macam ni. Aku pantas menekan suis lampu dapur sebaik saja sampai di sana, Namun malang bagi aku ketika ini kerana lampu dapur tak menyala. Aik, rosak ke macam mana? Hmmm tapelah, lagipun lampu dari ruang tamu masih ada, disebabkan ruang dapur dan ruang tamu berhampiran, biasan cahaya lampu ruang tamu sampai ke sini. Jadi tak la gelap sangat di sini.

Tengah aku meneguk air, aku terdengar sesuatu yang pelik dari ruang sinki dapur. Seperti ada seseorang yang menggali sesuatu di kawasan belakang rumahku. Aku pantas mengalihkan wajahku ke arah sana. Sinki dan tingkap yang kabur kerana air hujan menyapa pandanganku. Kawasan itu nampak tenang sahaja. Tiada apa-apa yang memelikkan. Dengan biasan cahaya daripada lampu luar, kawasan luar sedikit jelas dan boleh membuatkan aku nampak keadaan luar walaupun tak berapa jelas. Disebabkan tak ada apa-apa, aku terus abaikannya lalu sambung meneguk air lagi.

JEQ! JEQ! JEQ!

Aku terus meletakkan gelas air di atas meja makan. Ruang tadi aku perhati lagi dan alangkah terkejutnya aku bila aku nampak di tingkap sinkiku seperti ada bayangan seseorang yang sedang menggali tanah betul-betul di depan pokok belakang rumahku di tingkap sinkiku. Aku tidak beberapa pasti sangat siapa orang itu tapi dari segi pemerhatian kasarku bayangan itu adalah hasil pantulan daripada tubuh seorang wanita. Bunyi cangkulan itu semakin kuat membuatkan aku semakin takut dan gerun. Namun, disebabkan ingin tahu apa yang berlaku, aku memberanikan diri melangkah ke arah sinki. Destinasi aku cuma satu, tingkap tu. Aku mesti tengok apa yang berlaku. Wajahku makin berpeluh apabila aku semakin dekat ke arah itu dan makin aku melangkah dekat, makin kuat bunyi cangkul itu.

Dan belum sempat aku memastikan apa yang berlaku, aku dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu. Aku pantas melupakan niatku lalu melangkah ke arah ruang tamu.









[C] 3. Pregnant | K.NJ (BTS)Where stories live. Discover now