PART 21

692 115 2
                                    

Namjoon hanya tersengih apabila Suho memberi pandangan tajam padanya. Jelas menunjukkan namja itu tak berpuas hati.

“Aku fikir kau nak tunggu kat sana tadi?” Soal Namjoon. Menyindir sebenarnya. Suho mendengus.

“Diamlah. Cepatlah ketuk. Aku nak balik cepat ni"

Namjoon menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja Suho ni. Pantas Namjoon melangkah ke hadapan pintu rumah itu. Namun belum sempat Namjoon mengetuknya, pintu itu dengan tersendirinya terbuka. Apa lagi, meremang bulu roma la Suho dibuatnya. Namjoon pula terkaku sebentar.

Magic" Kata Namjoon. Pantas dia memasuki rumah itu.

“Weh tunggu aku" Suho pantas ikut langkah Namjoon dari belakang. Takut-takut dia memegang bahu Namjoon dari belakang.

“Annyeonghaeseoyo. Ada siapa-siapa tak?"

Tak ada sahutan.

“Weh jom balik jelah!”

“Hish kau ni, kejaplah." Namjoon mendengus. Dia mara ke hadapan lagi. Kawasan dalam rumah ini diperhati. Apa yang Namjoon boleh katakan, tempat ini berselerak. Kedudukan perabot tak tersusun. Pinggan mangkuk yang tak tersusun. Ada juga kesan darah di lantai dapur. Disebabkan rumah ini kecil, rumah ini hanya mempunyai satu bilik, ruang tamu dan kawasan dapur. Kawasan dapur dan ruang tamu ini begitu dekat menyebabkan mereka boleh nampak kawasan dapur.

“Annyeonghaeseoyo? Ada sesiapa tak? Maaflah main masuk je, tapi pintu terbuka tadi. Jadi saya​ redah ajalah" Kata Namjoon lagi. Namun masih tidak ada sesiapa yang menyahut.

“Tak ada orang kot, jomlah balik" Suho bersuara lagi. Namjoon mengeluh berat. Takkan Puan Song salah bagi alamat?

“Apa yang korang buat di sini?” Soal seseorang membuatkan mereka mengalihkan wajah ke belakang.

Dan...

PPUKKK

Suho terus jatuh pengsan.

***

“Maafkan saya, saya menakutkan awak” Ucap wanita yang menyapa mereka tadi. Suho yang baru sedar dari pengsan hanya mengganggukan kepalanya laju-laju. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Namjoon lagi. Takut. Wanita itu hanya tersenyum sambil menutupkan lagi sebahagian wajahnya dengan selendang yang dipakainya untuk menutup bahagian kepalanya. Mungkin kerana wajahnya yang terlalu hodoh membuatkan Suho pengsan. Bukan Suho saja yang takut dengannya, malah ramai.

Namjoon hanya perhatikan wajah wanita di hadapannya ketika ini. Wajah gadis ini hampir-hampir mirip dengan Ahrin. Kalau tengok sekali pandang, muka mereka memang serupa.

“Encik?" Soal wanita itu. Pelik dia apabila Namjoon memerhatikan wajahnya seperti tak pernah tengok orang. Suho yang sedar keadaan tu terus menyiku lengan Namjoon. Namjoon terus tersedar.

“Kenapa awak berdua datang sini?”

“Awak Hana? Tuan rumah ni?" Soal Namjoon. Wanita itu mengganggukan kepalanya.

“Awak tuan rumah asal kepada rumah ni?" Namjoon pantas menunjukkan skrin phonenya. Riak wajah gadis itu terus berubah. Nampak gelisah.

“Ada apa-apa jadi di sana?" Soalnya.

“Isteri saya, kena ganggu. Dia juga mengandungkan anak setan tu tapi entah macam mana boleh lesap pulak budak tu. Dan sekarang ini dia nak bunuh isteri saya pula" Namjoon bercerita ringkas.

Hana lepaskan keluhan.

“Wonwoo memang makin melampau" Dia berkata perlahan tapi dapat didengari oleh Namjoon dan Suho.

“Wonwoo?"

“Roh yang kacau isteri awak, Wonwoo"

“Awak kenal dia?" Suho cuba berani menyoal. Gadis itu hanya tersenyum hambar lalu mengganggukan kepalanya.

***

Pada 5 tahun yang lalu,

Seorang gads cuba melajukan langkahnya. Dipekakkan telinganya untuk mendengar panggilan namja itu. Dalam hatinya, dia meyumpah seranah kepada lelaki yang mengejarnya di belakang ketika ini. Betul-betul tak faham bahasa!

Namun langkah gadis itu terus terhenti apabila namja itu mencapai lengannya. Terdorong ke belakang dia dibuatnya. Gadis itu mendengus kasar.

Hana!" Terus ditempis tangan namja itu yang memegang lengannya. Pandangan mereka bertemu. Dapat gadis itu lihat kesedihan yang tergambar pada wajah namja itu. Namun dia tak mahu ambik peduli. Pandangan marah diberi. Apa lagi jantan ni nak? Sudah berkata benda yang sama berkali-kali. Tak faham-faham juga ke?

"KAU NAK APA LAGI, JANTAN?! KAN AKU DAH KATA, KITA DAH PUTUS! KAU TAK FAHAM LAGI KE?!" Hana menengking namja kuat. Langsung tak peduli dengan pandangan orang yang melihat keadaan mereka. Namja itu mengetap bibir. Kedua-dua belah tangan dia mula digenggam erat. Cuba menahan sabar. Tak lama lepastu dia cuba meraih kedua-dua tangan gadis itu semula. Hana cuba meronta-ronta mintak dilepaskan namun pegangan namja itu terlalu kuat.

"Hana, please jangan buat aku macam ni. Jangan tinggalkan aku." Wonwoo membiarkan air matanya mengalir lagi. Tidak peduli maruah atau ego dia sebagai lelaki. Dia cuma mahu gadis ini. Dia hanya nak Hana bersamanya.

Namun, walaupun dia merayu dan mengalirkan air mata darah sekalipun. Hana tetap dengan keputusannya. Baginya hubungan mereka memang dah berakhir.

"Please balik pada aku. Aku sayang kau" Rayu Wonwoo bersungguh-sunguh untuk mempertahankan hubungan mereka.

Hana terus tempis tangan dia kuat. Rimas dia dengan tangisan lelaki ini.

"Hana. Please. Kita kembali macam dulu. Kita dah janji kan akan bina rumah tangga sama-sama. Kau pun dah janji kan nak jadi teman hidup aku. Kita dah bertunang pun haritu. Tapi kenapa kau putuskan? Hanya sebab Mingyu? Apa lebih dia daripada aku, Hana? Please aku merayu pada kau.." Ya mereka putus hanya disebabkan Hana mencintai seorang namja yang bernama Mingyu. Terkejut Wonwoo apabila dia diberitahu oleh keluarganya bahawa Hana memutuskan pertunangan pada seminggu yang lalu. Cepat betul cinta gadis itu beralih kepada orang lain. Namun walaupun gadis ini mencuranginya, dia masih tak mampu lupakan dan bencikan gadis itu. Semuanya sebab dia terlalu cintakan gadis yang ada di hadapannya ketika ini. Ya dia terlalu cintakan gadis yang bernama Jung Hana ini.

Mata gadis itu terus membulat tengok Wonwoo mula nak melutut di hadapannya. Pantas gadis itu menghalangnya.

"Sorry Wonwoo, antara kita dua memang tak ada apa-apa lagi. Memang betul I ada janji yang bukan-bukan pada you sedangkan I pun tak tentu boleh tunaikannya. I mintak maaf untuk tu. I tak nak I hidup dengan orang yang I tak cinta. Harap you boleh faham." Kata Hana senafas. Dia harap lelaki ini akan memahaminya kali ini. Terus dia melangkah pergi dari situ. Panggilan Wonwoo yang memanggil namanya, dia hiraukan.

Dan tanpa dia sedar, Wonwo sudah mengenggam erat kedua-dua tangannya. Bibirnya diketap menahan amarah yang menular dalam diri. Senyuman mula terukir di bibirnya. Di fikiran tergambar sesuatu rancangan yang akan dibuat untuk dapatkan gadis itu.




[C] 3. Pregnant | K.NJ (BTS)Where stories live. Discover now