PART 13

701 140 7
                                    

Reader POV

Aku hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Aku sekarang dalam perjalanan nak balik rumah. Sejak dari tadi, aku hanya diamkan diri.

Dan dua peristiwa yang berlaku tadi terus menerjah dalam ingatanku. Dapat aku rasakan tubuhku still menggigil. Mungkin aku trauma. Trauma dengan apa yang jadi padaku harini.

D-Dia betul-betul nekad nak bunuh aku?

Aku memang akan mati?

“Chagi." Panggilan Namjoon membuatkan aku mengalihkan​ wajahku ke arahnya. Mukanya kelihatan risau.

“Chagi ok? Masih trauma?” Soalnya.

Aku hanya ukirkan senyuman palsu dan menggelengkan kepalaku. Seboleh-bolehnya aku tak nak dia risau akan diri aku. Aku tak nak dia susah hati.

“Betul ni?” Soalnya meminta kepastian.

Aku tertawa kecil.

“Betul.” Balasanku membuatkan dia nampak sedikit tenang. Mungkin lega aku tak apa-apa.

“Oppa, Ahrin nak tidur. Nanti sampai kejutkan eh?" Kataku. Tanpa menunggu balasannya aku terus lelapkan mata.

Aku penat.

***


Macam haritu, aku tersedar di tempat yang sama.

Di sebuah taman yang lapang. Lagi?

“Liat jugak kau nak mati eh? Tapelah ajal tak sampai lagi." Ujar satu suara membuatkan aku memandang ke arahnya. Dia lagi?

Aku terus pamerkan riak tak puas hati. Jadi betul la tekaan aku?

“Kenapa? Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak buat salah dengan kau pun! Kenal pun tidak! Kenapa kau berdendam sangat dengan aku?!” Soalku kasar.

Dia terus ketawa sinis bila aku soal begitu.

“Hana Hana Hana. Kau jangan nak buat tak tahu eh. Kau curang dengan aku dan kau jugak yang bunuh aku! DAN KAU MASIH BOLEH TANYA APA KESALAHAN KAU?!!” Tempik dia dengan riak wajah yang jelas menahan amarah.

Aku terkedu lalu menundukkan wajahku kerana terlalu takut dan terkejut.

Ja-jadi dia mati disebabkan aku? Aku yang bunuh? Tapi macam mana?

Seketika kemudian dapat aku rasakan yang wajahku disentuh lembut oleh tangan pucatnya. Dia mendongakkan wajahku bagi memandang wajahnya. Bibir pucat dia mengukirkan senyuman.

“Kau tak payah takut, Hana. Kali ni aku takkan apa-apakan kau.”

Aku menggelengkan kepalaku. Dapat aku rasakan yang air mataku mula mengalir. Ya, aku lemah kali ni. Seolah-olah ajal aku memang dah sampai. Dia bagaikan malaikat maut bagiku. Yang hanya menunggu masa untuk mencabut nyawaku.

“To-tolong lepaskan aku! Aku bukan Hana yang kau cari. Jebal."

“Shhhh jangan mulakan. Sekarang aku nak kau ikut aku.”

Katanya perlahan lalu lenganku dicapai olehnya dan seketika kemudian aku dan dia menghilangkan diri ke suatu tempat.

***

[C] 3. Pregnant | K.NJ (BTS)Where stories live. Discover now