PART 14

682 145 11
                                    

Seminggu selepas itu, keadaan kembali pulih semula. Ahrin tidak lagi diganggu mimpi-mimpi yang pelik. Namun begitu, perasaannya masih lagi tidak tenang. 1 minggu tidak menjamin apa-apa. Apa yang dilalui olehnya sebelum ni masih segar di ingatannya.

“Chagi?”

Panggilan Namjoon membuatkan Ahrin menoleh wajahnya ke sebelah kanannya. Dapat Ahrin lihat yang Namjoon seperti hairan dengan dirinya.

Disebabkan peristiwa minggu lepas dan diikuti dengan keadaan Ahrin yang tak berapa sihat dan bermaya. Namjoon mengambil cuti. Dia nak isterinya sembuh sebetul-betulnya, barulah dia lega untuk bekerja. Banyak sungguh cuti yang dia ambik dalam bulan ni. Nasib pak cik saudaranya memberikan izin kepadanya untuk bercuti. Ni jugak atas pertolongan Yoongi, abang iparnya.

“Dae?" Soal Ahrin.

“Chagi ok? Chagi nampak pucat. Demam lagi?" Soal Namjoon namun belum sempat Ahrin menjawabnya, Namjoon melekapkan belakang tapak tangannya ke dahi Ahrin.

“Chagi demam lagi ni. Kita pergi klinik nak? Lambat betul demam chagi kebah kali ni” Kata2 Namjoon membuatkan Ahrin menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

“Nanti oklah ni. Jangan risau, Ahrin tak apa-apa."

“Hmmmm. Degil betul la Ahrin ni” Namjoon meluahkan isi hatinya. Sememangya isterinya memang degil kalau bab-bab nak pergi klinik dan hospital ni.

Ahrin mahu tertawa tapi tak jadi apabila dia rasa seperti ada sesuatu yang melalui kerongkongnya. Ahrin terus meninggalkan meja makan lalu terus berlari masuk ke tandas dan menghiraukan panggilan Namjoon.


Reader POV

Aku segera memuntahkan segala isi perutku di sinki.

Tapi macam yang sebelum ini, tiada apa. Aku hanya seperti muntah angin?

Dan setiap kali lepas aku melakukannya. Badanku rasa lemah sangat. Padahal tiada apa-apa pun. Apa dah jadi pada aku? Sejak akhir-akhir ni perkara ini kerap berlaku padaku. Serious, aku penat.

KNOCK! KNOCK!

“Chagi! Chagi kenapa? Chagi ok ke?" Soal Namjoon dari luar bilik air.

“Dae ok." Jawabku walaupun agak payah.

Dengan langkah yang lemah, aku cuba melangkah ke arah pintu. Aku betul-betul tak larat.

Namjoon POV

Aku menghembuskan nafas lega perlahan. Risau aku tadi. Namun begitu, hati aku masih tak sedap hati. Aku masih tertanya-tanya. Aku pelik dengan Ahrin, semenjak akhir-akhir ni kerap betul dia masuk tandas.

Bunyi pintu terbuka mengejutkanku. Alangkah terkejutnya aku bila nampak wajah Ahrin pucat sepucatnya. Aku segera memapah Ahrin yang kelihatan mahu rebah. Aku dah mula berpeluh. Gelisah.

“Ahrin kenapa ni?!" Soalku cemas sambil menampar perlahan wajahnya. Sejuk!

Dia hanya memandangku tanpa menjawab apa-apa. Tanpa lengahkan masa, aku segera cempung tubuh dia.

***

Reader POV

Aku ada di mana ni? Aku dah mati?

[C] 3. Pregnant | K.NJ (BTS)Where stories live. Discover now