PART 20

731 138 5
                                    

Namjoon POV

Aku menghentikan kereta ke kawasan garaj. Entah kenapa aku nak cepat-cepat balik rumah. Aku rasa tak sedap hati dari tadi. Tak sempat aku sarapan pagi di rumah Suho.

Sebaik saja aku sampai ke hadapan pintu rumah, aku dapat lihat kasut milik Ahrin berada di sini. Ahrin dah balik?

Aku terus mengambil tindakan untuk membuka pintu rumahku, namun keadaan pintu yang tak boleh bukak mengejutkanku. Password aku tekan lagi. Dah berkali-kali aku cuba, namun tetap tak boleh. Aku yang dari tadi tak sedap hati terus jadi panik. Aku pantas ke pintu belakang rumah. Aku cuba membuka pintu ini. Dan nasib aku baik apabila pintu ini boleh dibuka dengan kunci yang ada padaku. Pantas aku masuk ke dalam rumah. Pintu ini menghubungkan kawasan dapur ke ruang tamu.

Sebaik saja aku masuk sini, dapat aku bau sesuatu yang hanyir. Bau seperti darah? Dan sebaik saja aku sampai ke arah penghujung ruang dapur, aku dapat lihat tubuh seseorang terbaring di kawasan ruang tamu dalam keadaan dipenuhi darah. Jantungku pantas berdegup.

“AHRIN!" Aku pantas melangkah ke arahnya. Dengan takut-takut aku cuba memeriksa nadinya. Masih berdenyut! Itupun hanya berdenyut perlahan. Tanpa menunggu lama aku terus mencempung tubuhnya dan bawak keluar ke rumah.

***

“Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor?" Soalku pada doktor muda yang bernama Jin. Dia tersenyum lalu menghembuskan nafas lega.

“Dia terselamat. Mujur awak sempat bawak dia ke sini"

“Terima kasih doktor” Aku menghembuskan nafas lega. Kalau Ahrin terjadi apa-apa tadi pada dia aku tak dapat maafkan diri aku. Namun aku terus teringat sesuatu. Wajah doktor Jin aku pandang semula.

“Kandungan dia?”

Doktor Jin mula kerutkan dahinya.

“Kandungan? Dia mengandung ke?”

Aku menjadi pelik. Biar betul doktor ni?

“Ya, dia mengandung. Bayi dia tak apa-apa kan?"

“Saya rasa awak silap. Dia tak mengandung pun. Dia cuma dalam keadaan tenat tadi. Tak adalah pula tanda-tanda dia keguguran atau apa.”

“Oh ye? Tapelah kalau macam tu, terima kasih doktor" Aku ukirkan senyuman semula. Pelik. Ianya memang pelik.

“Ya, sama-sama. Awak boleh masuk melawat dia. Ada apa-apa panggil saya" Doktor tadi terus tersenyum nipis dan terus berlalu pergi. Aku terus masuk ke dalam bilik di mana Ahrin dirawat. Aku tak dapat fikir apa sekarang ni. Perkara ini berlaku mendadak. Pandanganku jatuh pada wajah Ahrin yang pucat. Melihat keadaan dia yang macam ni, aku jadi sedih. Tangan dia aku capai lalu aku menciumnya. Dahinya turut aku cium.

“Maafkan aku.” Aku terus meletakkan tangannya semula. Aku terus bangun, poket seluarku aku seluk, phoneku aku keluarkan. Aku rasa aku patut bagitahu kat Yoongi pasal ni. Ahrin adik dia. At least mesej pun jadilah. Namun belum sempat aku nak mesej Yoongi, aku dapat rasakan tangan kiriku dipegang. Aku pantas memandang ke arah belakang. Senyuman aku ukir.

“Kau dah sedar"

Aku terkejut apabila Ahrin menangis dengan tiba-tiba. Dia yang seperti mahu bangun dari pembaringannya membuatkan aku membantunya. Sebaik saja dia duduk, dia terus mengambil tindakan untuk memelukku. Aku yang terkejut perlahan-lahan membalas pelukan dia. Dia menangis di dalam pelukanku. Rambutnya aku usap perlahan.

“Ahrin wae?" Soalku. Namun dia asyik menangis. Aku hanya membiarkan dia menangis dalam pelukanku. Setelah berasa sedikit tenang, dia melepaskan pelukan. Lenganku dipegang olehnya. Dia memandang wajahku.

“Sa- saya mintak maaf, Namjoon.”

***

Aku memandu keretaku laju, jeritan Suho yang menyuruhku berhenti aku hiraukan.

Dalam fikiran aku tak habis-habis teringat kata-kata Ahrin sewaktu di hospital tadi.

“Dia memang bukan anak awak. Saya tak nak duduk situ lagi.."

“Di-dia nak bunuh saya. Dia nak saya ikut dia"

Aku terus memberhentikan keretaku di hadapan sebuah rumah kampung. Ya, aku ketika ini berada di Busan. Pantas aku turun dari kereta. Rumah yang kelihatan usang di hadapanku, aku pandang.

“Kau ni gila tahu tak! Selamat tak jadi apa-apa tadi. Tak pasal-pasal aku tak sempat nak tengok anak aku lahir nanti" Marah Suho. Aku hanya diam sambil memerhatikan kawasan ini. Alamat yang tertulis di atas kertas yang diberi oleh Puan Song aku tengok lagi sekali. Seketika kemudian, aku dapat rasakan Suho memegang bahuku. Pantas aku kalih ke arahnya. Kening sebelah, aku angkat. Muka dia nampak pucat.

“Weh inikah tempat Puan Song bagitahu? A- Aku rasa kita silap tempat la weh, jom la balik" Suho memerhatikan keadaan sekeliling sini. Ya, betul kata dia, tempat ni agak menyeramkan. Rumah ini juga agak terpencil dari kawasan perumahan yang lain. Aku tak sangka ada juga orang yang menetap di sini.

“Jom" Aku pantas melangkah ke hadapan namun Suho menarik lenganku.

“Weh aku takutlah" Aku lepaskan keluhan. Dia ni. Aku tak sangka pulak dia ni penakut sampai tahap ni. Rasa menyesal pulak bawak dia ni.

Relax la, tak ada apalah. Aku adakan? Kalau kau tak nak ikut, kau tunggu sini. Aku nak try masuk dalam” Aku terus menarik tanganku semula dan berjalan melepasi pagar buruk di sini. Jeritan Suho, aku abaikan.

Semuanya berpunca dari aku, dan aku kena tamatkan semua ni.












Disbbkn sy jnji nk up hritu tpi sy x up, sy doublekn up. But mian, yg ni pndk sikit. Dn finally, ff ni dh smpi pghjgnya (wlupn mrpu xD). Sy just ikt mimpi sy, klu ff ni truk, mianhae~. Spe yg bce hgga ke skrg, anda mmg daebak. xD

[C] 3. Pregnant | K.NJ (BTS)Where stories live. Discover now