Bab 6

7K 275 1
                                    

Ammar menggenggam kedua-dua belah tapak tangannya. Manakala Afira berada didalam dakapannya sambil menangis teresak-esak.

" ibu!! Ibu!! " jeritnya sendiri. Ammar hanya diam tak berkutik. Segala-galanya seolah seperti mimpi ngeri dalam tidurnya. Dia mahu segera bangkit dari kisah ini.

" Ammar.. " bahunya dipegang. Puan Indah hadir bersama adiknya yang kebetulan tumpang menetap seketika.

" tokmi!! " jerit Afira lalu terus meluru kearah tubuh neneknya. Kaki Puan Indah dipeluk erat.

" tokmi!! Ibu!! Ibu!! " tangisnya sambil menunjukkan kearah ruangan bedah. Puan Indah lalu memeluk erat cucu kesayangannya itu.

Setelah seketika , pelukkan dileraikan. Adik Puan Indah menunduk lalu memegang kedua-dua belah bahu Afira.

" Fira ikut nenek tukar baju ye sayang? Baju Fira dah kotor. Nenek ada bawakan baju Fira ni. " ucap Puan Yanti merangkap nenek saudara Afira. Baju anak kecil itu turut kotor kerana kesan darah Anis yang terkena bajunya.

" ibu? " soal anak kecil itu sambil teresak-esak.

" kita tukar baju dulu. Lepastu ibu mesti bangun ae. " pujuk Puan Yanti sambil memimpin tangan Afira ketandas.

Puan Indah melabuhkan punggung bersebelahan Ammar yang sedang menangis itu.

" Ammar... " panggilnya lalu memegang bahu anaknya. Airmata yang ditahan ketika memujuk Afira itu tadi kini tumpas.

" ummi.. " balas Ammar laly memeluk tubuh ibunya. Kepalanya ditongkat dibahu Puan Indah. Airmatanya berjujuran turun.

" macam mana boleh jadi macam ni Ammar? " soal Puan Indah lembut. Belakang badan anaknya digosok.

" Ammar yang salah ummi. Ammar salah. Kalau Ammar pastikan Fira masuk kereta , benda mesti takkan jadi. Ammar yang penyebabnya ummi!! " Ammar menyalahkan dirinya sendiri.

" tak sayang. Jangan nangis. Ammar tak salah. Ini mesti suatu kebetulan je. " balas Puan Indah.

" sepatutnya Ammar yang ada dekat tempat tu ummi. Bukan Anis!! " bentak Ammar lagi.

" dah.. Dah.. Ummi yakin Anis kuat. Sekarang kita hanya berdoa kepadanya. " nasihat Puan Indah.

****

Sebulan berlalu...

Ammar menolak sebuah pintu kayu lalu membenarkan Afira masuk terlebih dahulu. Mereka sama-sama masuk kedalam bilik itu. Afira memanjat kerusi untuk duduk diatas katil bersebelahan sekujur tubuh yang sudah lama berbaring itu.

Afira memegang tangan yang memerah itu lalu terus mengucupnya. Beralih pula pada pipi dan dahi wanita itu.

" assalammualaikum ibu.. " ucapnya lembut.

*flashback

Ammar yang baru pulang dari surau itu terus meluru mendapatkan doktor apabila kebetulan pintu automatik ruang bedah itu terbuka.

Pembedahan yang mengambil masa 8 jam itu akhirnya menemui penamatnya.

" macam mana isteri saya doktor? " soal Ammar kepada doktor wanita yang berusia lebih kurang lingkungan 50-an itu.

" alhamdulillah. Pembedahan berjaya. Puan Anis selamat. " ucap doktor itu tersenyum.

Ammar meraup mukanya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi. Dia memandang kearah Afira yang sudah tertidur beralaskan peha maksunya itu.

" cuma.. " ucap doktor itu membuatkan senyuman dibibir mereka mati secara tiba-tiba.

" Puan Anis sedang kritikal. Kami perlu tunggu untuk beliau melewati masa kritikalnya itu. Dan andai kata kalau Puan Anis tidak sedar dalam masa 24 jam , kami terpaksa cabut alat bantuan pernafasannya itu. " sambungnya.

Airmata Ammar mula bergenang.

" buatlah apa saja doktor suoaya isteri saya selamat. " rayu Ammar.

" kami akan cuba yang terbaik. Semuanya bergantung pada ketahanan pesakit sendiri. Kita hanya mampu sama-sama berdoa untuk kesihatannya. " balas doktor itu lalu beredar.

Setelah hampir 18 jam , Ammar yang setia menunggu itu dipanggil untuk masuk kedalam bilik doktor.

" isteri encik dah melalui masa kritikalnya. " ucap doktor itu membuatkan Ammar benar-benar bersyukur. Dia ingin ke surau untuk melakukan sujud syukur dan solat sunat. .

" tapi encik. Puan Anis sekarang koma. " sambungnya.

Ammar kembali muram.

" untuk berapa lama? " soalnya terketar.

" kami tak pasti. Mungkin akan ambil masa dalam beberapa jam , beberapa hari atau beberapa minggu. Dan tak mustahil pesakit boleh koma selama berbulan atau bertahun lamanya. " balas doktor itu tenang.

*end flashback

" papa.. Bila ibu nak bangun? " soal Afira sambil menatao mata ayahnya yang sudah bertakung itu.

" hah? " soal Ammar lalu mengelap airmata yang menitis sebaik sahaja mata dikelipkan.

" bila ibu nak bangun? Lamanya ibu tidur? Ibu tak bosan ke? " soal Afira yang masih belum mengerti itu.

" ibu penatlah tu. Nanti ibu bangun ae. " balas Ammar lembut. Kepala anaknya digosok lembut.

' bila sayang nak bangun? Sayang tak rindu abang dengan anak kita ke? Abang dah tak tahu nak balas apa dengan Fira lagi. Bangunlah sayang. "

Takdir Yang TertulisWhere stories live. Discover now