Bab 24

10.2K 474 74
                                    

Anis tiba dihadapan rumah tepat pukul 2 pagi. Dia juga sudah memesan teksi untuk menjemputnya pukul 4 pagi nanti.

Anis melangkah perlahan kedalam rumah Dan terus menuju kebiliknya. Dia ingin membersihkan badan yang sudah terasa melekit. Dia ingin membersihkan muka yang sudah sembab kerana seharian menangis.

Usai keluar dari bilik Mandi , Anis terus mengemas pakaiannya. Dia tekad harini dia akan keluar dari rumah ini. Tidak betah lagi rasanya untuk terus tinggal disini.

Setelah siap segalanya , Anis berhenti dihadapan bilik anaknya.

Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik Afira supaya tidak mengeluarkan bunyi.

Dia melangkah perlahan lalu menhenyakkan tubuhnya bersebelahan anaknya diatas katil ITU.

" Afira.. " ucap Anis sambil menahan sendu. Dibelai rambut anaknya yang mengiring membelakanginya ITU.

" ibu nak sangat anak ibu ni panggil ibu , ibu. Tapi ibu tak dapat. Ibu hanya dapat dengar , anak ibu ni panggil orang lain mummy. " ucap Anis sayu. Sambil berbiacara sambil itulah dia bermain dengan rambut anaknya.

Tanpa Anis sedar , sebenarnya Afira sedar. Dia hanya berpura-pura tidur.

" ibu rindu dengan Fira. Ibu rindu dengan karenah Fira. Kalau boleh ibu putarkan masa , ibu taknak semua ni berlaku. Ibu taknak ibu hilang kasih sayang anak Dan suami ibu. Ibu taknak sayang. Tapi.. Ibu takdek pilihan lain. Ibu kene redha sebab ini takdir yang tertulis untuk ibu. Dulu , ibu ingat ibu dapat balik apa yang ibu Ada dulu. Tapi ibu silap , ibu silap. Ibu tak dapat apa yang ibu dapat dulu. Ibu hilang segalanya. Sakit sangat sayang , tengok anak ibu sayang orang lain lebih dari ibu. "

" kalaulah ibu tahu , ibu bangun dari tidur yang lama tu hanya menyebabkan gangguan dalam hidup Fira dengan papa. Ibu takkan bangun sayang. Ibu takkan bangun. Ibu selalu terfikir , kalau ibu hidup hanya untuk dapat rasa sakit yang macam ni. Kenapa ibu tak mati je? Tapi siapalah ibu untuk mempersoalkan takdir Allah kan? " airmata Anis mengalir lebat Dan jatuh kepipi Afira.

" Fira nak tahu tak kenapa ibu tidur lama sangat? " soal Anis sendiri.

" ibu tidur lama sangat sebab ibu selamatkan Fira dulu. Waktu tu Fira baru 3 tahun. Fira nak ambil mainan Fira yang jatuh dekat jalan raya , Fira terus melulu dekat kereta-kereta yang tengah laju tu. Nasib baik ibu sedar sayang. Ibu terus tarik Fira. Tapi sayangnya , ibu kene langgar dengan motor. Sakit sangat badan ibu time tu. Dahlah kene langgar motor , ibu tercampak pastu kene langgar pulak dengan kereta. " Anis menceritkan kembali saat-saat ngeri dalam hidupnya.

Afira menangis dalam diam. Dia langsung tidak menyangkakan perkara ini.

" tapi ibu tak pernah menyesal. Ibu tak pernah menyesal untuk ganti tempat Fira terlantar dekat katil hospital tu selama 10 tahun lamanya. Ibu tak pernah menyesal sayang. Malah , ibu bersyukur sebab anak yang ibu selamatkan ni dah membesar tanpa Ada sebarang luka pun. " ucap Anis lagi.

Tangisan Afira makin teresak.

" sayang nak tahu tak? Ibu mengandungkan Fira waktu ibu still belajar dekat U tau. Fira time tu nakal sangat dalam perut ibu. Asyik kacau ibu nak study je. " Anis ketawa kecil.

" tapi itulah kenangan manis ibu. Waktu Fira nak lahir , hampir satu hari ibu tanggung sakit tau. Anak ibu ni susah nak tinggalkan perut ibu. Sakit yang ibu rasa lamanya tu , semua hilang bila ibu dengar suara Fira nangis. 3 tahun ibu tengok anak ibu ni membesar depan Mata ibu. Tapi sebab tidur lama yang panjang tu. Ibu hilang 10 tahun kenangan dalam membesarkan Fira. Dalam 10 tahun tu juga ibu hilang rasa kasih sayang anak ibu. Ibu terkilan sangat-sangat. " tangis Anis.

Dia mengelap segala airmatanya yang tumpah.

" ibu janji ibu takkan ganggu hidup Fira dengan papa lagi. Ibu halalkan susu ibu yang mengalir dalam badan Fira. Ibu sayang Fira. Fira tetap anak ibu dunia Dan akhirat. " pipi Afira dicium lama.

Setelah ITU , Anis terus melangkah keluar.

Maaf selalu Sgt lmbr update sblm ni. Nah my promise. Muah!  Hehe.. korang wat2 bersabo nooo.. Hahahaaa.. Pas ni sy akan update cerita baru serentak dgn next Bab! Harap korang still sokong cerita I.

Next cerita maybe kita bagi yg gila2 ckit lah kan. Takkan nak yg sedih je. Hahaha.

Thanks untuk semua yg sudi support cerita ni dari awal until lah dh nk abes ni. Yg comment , vote. Sy baca2 comment seme. Terharu Sgt gaisss.. Cerita ni dh sampai #8 in random. Allahu.. Terharu Sgt. Terima kasih! 

Harap sudi follow acc sy ni.

Tp LPs dlm 2 Bab lg. Sy agak busy sbb next week Ada perkhemahan😂

*xnak pergi weh.. Tp terpaksa😭😭😭😭. Pape pun kita berpegang pada dunia yg nyata. So.. Perlulah cari ilmu Dan pengalaman sebaik mungkin 😉. Bye! 

Takdir Yang TertulisWhere stories live. Discover now