Bab 20

8K 312 30
                                    

" Reen.. "

Anis keluar dari tempat persembunyiannya.

" tak sangka kau macam ni kan? " ucapnya sambil bertepuk tangan.

" aku ingatkan kau ni betul-betul ikhlas dengan suami and anak aku. Tapi aku silap. "

Wajah Nasreen berubah riak. Dalam hatinya sudah berdebar tidak sekata. Sungguh dia tidak sangka , Anis terdengar segala perbualannya.

" sabar dulu Anis. Awak dah salah faham ni. " ucapnya.

" kau jangan nak berlakonlah depan aku. Aku ingatkan suami aku pilih orang yang betul untuk jadi mak Fira. Tapi aku silap. " sambung Anis lagi.

Marah Nasreen sudah tidak tertahan.

" baguslah kalau kau dah tahu. Tak layah aku nak selindung dengan kau lagi. " balas Nasreen kasar pula.

" kau jangan ingat kau boleh rampas suami aku! " marah Anis.

" Dan kau jangan ingat aku tak boleh rampas dia bila Fira dah Ada dekat tangan aku. " ugutnya kembali.

Anis tercengang. Dia diam untuk seketika. Sebegitu sekalikah?

" sayang.. " garau satu suara menyentakkan mereka berdua.

" Anis? " suara ITU semakin menghampiri.

Nasreen ridau saat melihat langkah Anis ingin pergi ke arah suara ITU. Dia terus pergi kearah Anis. Nasreen sengaja menggesel-geselkan badannya kepada Anis. Dia menolak-nolak wanita ITU sehingga Anis berasa rimas. Dan dengan secara tidak sengaja , Anis menolak tubuh Nasreen.

Nasreen tersenyum nipis menerima tolakan ITU lalu dengan sengaja dia terus berpura-pura jatuh dalam waktu yang sama Ammar melihat kejadian ITU.

" Anis!! " marah Ammar.

Dia terus memegang bahu Nasreen yang sudah terduduk diatas tanah.

" sayang buat apa ni? " ucapnya dalam Nada yang kedengaran sedikit marah.

" Anis tak buat apa-apa pun. Dia yang jatuh sendiri. " ucapnya Cuba membela diri.

" abang nampak Anis yang tolak. " bidas Ammar.

Anis terdiam. Takkan senang-senang begini dia dimarahi sedangkan dia tidak bersalah.

" mummy.. Kenapa ni? " tiba-tiba Afira pula muncul.

Dia terus memegang lengan Nasreen.

" mummy jatuh. Sakit. " adunya.

" macam mana mummy boleh jatuh? " soalnya lagi dalam nada risau.

" tak tahulah sayang.. " ucapnya dalam Nada memerli.

Anis masih diam. Hatinya begitu sakit. Kenapa Afira begitu risau?

Ammar membantu Nasreen untuk bangun.

" boleh jalan tak? " soal Ammar sambil memegang lengannya pada kedua-dua belah.

" boleh " balas Nasreen perlahan sambil Cuba melangkah.

Dan dengan sengaja dia berpura-pura untuk kembali jatuh lalu mengaduh kakinya sakit untuk berjalan.

Tanpa berlengah masa , Ammar terus mencempung badan Nasreen lalu keluar dari rumah banglo ITU mengikut pagar belakang.

Afira langsung tidak memandang kearah ibunya. Nasreen pula sudah tersenyum bahagia kepada Anis. Rancangannya berjaya.

Anis sudah mulai sebak. Begitu mudah semua orang mempercayai Nasreen. Dan sebegitu mudah orang membencinya.

Anis sudah mula mahu menangis. Dia tidak kisah dengan Nasreen. Tetapi yang menyakitinya ialah Ammar. Orang yang dicintainya juga tidak mempercayainya.

Lebih menyakitkan , Ammar berlalu sesudah memberikannya jelingan tajam. Anis bertekad. Dia akan mempertahankan rumah tangganya. Tiada sesiapa boleh menggantikan tempatnya.

Sikit jelah dulu malam ni aeh!  Babhai. Goodnite.

Takdir Yang TertulisWhere stories live. Discover now