Bab 9

6K 246 13
                                    

Ammar keluar daripada tandas lelaki di lapangan itu lalu terus berjalan laju sambil menarik begnya keluar.

Dia ingin segera pulang. Rasa rindu terhadap Afira semakin menggunung. Sudah hampir 2 minggu dia tinggalkan anaknya itu.

" Kapten Ammar! " panggil seseorang membuatkan langkah Ammar terhenti. Ammar menoleh. Seorang pramugari berkulit cerah sedang berjalan kearahnya.

Ammar menunggu ditempat dia berdiri. Bimbang jika tersalah orang.

Wanita itu berjalan kearahnya sambil tersenyum manis. Lenggoknya cantik persis model. Tubuhnya juga tinggi. Kulitnya sawo matang bersih tanpa sebarang parut. Tapi sayang , ianya tidak ditutup daripada pandangan lelaki bukan muhrim.

" awak panggil saya ke? " soal Ammar lembut sambil jari telunjuknya menunjukkan kearah dirinya.

" yelah.. Siapa lagi nama Ammar dekat sini? " ucapnya dengan tawa halus.

Ammar hanya tersenyum.

" ada apa ye awak panggil saya? " soal Ammar berterus-terang.

" ouh! Sebenarnya I nak pulangkan purse you ni tadi. I nampak tercicir depan kedai coklat tu. " balasnya sambil menghulurkan dompet lelaki berkulit berwarna coklat pekat.

Ammar meraba poketnya.

" ouh! Thank you so much. I tak perasan pun tercicir tadi. " balas Ammar. Dompet itu bertukar tangan.

" you nak balik dah ke? " soal wanita itu saat melihat Ammar hendak melangkah.

Ammar terdiam seketika.

" mind to go lunch with me? " sambungnya lagi.

Ammar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" okey. Tapi area-area sini je ae? " balasnya. Hasrat untuk berjumpa Afira terpaksa dilupakan. Rasa rindu itu terpaksa diletakkan ditepi.

" okey.. You naik apa ni? " sambung Ammar.

" ouh. I naik teksi je. "

" ouh.. Kalau macam tu you naik dengan I jelah. " pelawa Ammar lagi sambil berjalan kearah keretanya.

Bonnet kereta dibuka lalu diletakkan beg-beg mereka. Ammar masuk dibahagian memandu manakala wanita itu disebelahnya. Inilah kali pertama , tempat itu diduduki wanita lain selain Anis , Afira , Puan Indah dan ibu-ibu saudaranya.

Adakah perkara ini menjadi permulaan untuk menggantikan tempat Anis secara perlahan-lahan?

***

Ammar menghirup jus oren yang baru tiba itu. Terasa air sejuk itu masuk membasahi tekaknya yang kering.

" apa nama you eh? " soal Ammar berbasa-basi. Sengaja membuka mulut untuk menghilangkan rasa jangkal diantara mereka. Tengkuk dibahagian belakangnya digosok lembut.

" ouh. Nama I Farah Nasreen. You can call me Reen. " ucapnya sambil menghulurkan tangan.

Ammar tersenyum memandang tangan itu.

" I Ammar. Qairul Ammar. "

Seketika kemudian , smartphone didalam poket Ammar berdering. Phonenya dikeluarkan. Tertera nombor rumah disitu. Tak perlu diangkat , dia sudah tahu siapa.

" kejap ae. " Ammar mengangkat tangannya tanda meminta izin. Dia bergerak jauh sedikit dari meja makan mereka.

Sebaik sahaja panggilan itu diangkat. Terus kedengaran suara Afira merengek.

" papa... Mana papa ni? Kata nak balik awal? "

" ye sayang. Papa ada. Papa tengah minum ni. Nanti papa balik. Papa janji papa balik sebelum pukul.. "

Ammar mengerling jam ditangannya.

" sebelum pukul 5 petang okey. " sambungnya. Walaupun sekarang baru pukul 1 , dia risau dia tersekat dalam jammed nanti.

" janji tau. Fira tunggu papa dekat rumah ni. "

" ye sayang. Fira dengan siapa dekat rumah? " soal Ammar lagi.

" Fira dengan Neksu. " balasnya. Neksu merupakan pembantu rumah Puan Indah. Sudah hampir 10 tahun , Neksu bekerja dengan keluarga Ammar.

" tokmi mana? "

" tokmi kata dia nak pergi tengok ibu. "

" kenapa Fira tak ikut tengok ibu sekali? "

" tokmi tak bagi. Dia cakap nanti Fira pergi dengan papa. " balasnya membuatkan Ammar mengangguk.

Panggilan mereka berakhir apabila Afira sendiri yang meletakkannya.

Ammar kembali berjalan kearah Nasreen.

" sorry. " Ammar kembali duduk.

" sokey? Siapa call? " soalnya.

" anak I. " balas Ammar membuatkan Nasreen terkejut.

" you dah ada.. "

" yes. I dah ada anak. " sampuk Ammar tanpa perlu menunggu wanita itu habis menyoal.

" ouh. Habis your wife okey ke ni? " soal Nasreen.

" maksud you? "

" maksud I your wife okey ke kalau kita keluar macam ni? "

Ammar senyum sumbing.

" my wife tengah koma. Dah nak dekat 3 tahun dah. " balas Ammar membuatkan Nasreen semakin terkejut.

" ouh sorry. I tak tahu. " Nasreen mengangguk.

" sokey. "

" you tabah okey? Tu mesti satu dugaan je. You need to be strong. Yakin yang dia akan sembuh dan bangun. " balas Nasreen lagi.

Ammar hanya tersenyum. Lama dia tak mendengar kata-kata seperti ini.

Adakah tempat Anis akan digantikan dengan Nasreen? Maaf.. Cerita ni akan mula " hot " dekat depan ckit. Tapi jgn skip tau. Nanti takut x faham.

Takdir Yang TertulisWhere stories live. Discover now