Anis mengambil tempat lalu duduk bersebelahan Puan Indah. Afira dihadapannya dan Nasreen disebelah anaknya itu.
Afira menyendukkan nasi kedalam pinggan ayahnya , Nasreen dan Puan Indah. Saat Anis mengangkat pinggangnya , serta merta Afira meletakkan kembali sudip kedalam mangkuk nasi. Anis tersenyum hambar lalu menyendukkan sendiri nasi kedalam pinggannya. Dia seolah-olah makan dengan sendirinya. Hidup dalam dunianya sendiri. Gelak tawa yang hadir disekelilingnya seolah-olah seperti peluru yang menembus satu persatu kedalam hatinya. Sakit. Amat sakit.
Tidak betah duduk disana , Anis mempercepatkan makannya. Saat dia hendak bangun , suara Ammar menerpa kedalam telinganya.
" siap dah? "
Anis mengangguk.
" nanti dah siap tinggal je ae. Biar Anis basuh esok. Rasa cam sakit kepala lah. Nak naik atas dulu. " pintanya. Muka Ammar mula mempamerkan reaksi serba salah. Namun segalanya terhapus apabila tangan Afira menyentuh tangannya.
" paa.. "
Ammar kembali melayani karenah Afira yang asyik bermanja dengan Nasreen.
****
Setelah selesai , Anis terus naik ketingkat atas. Puan Indah hanya memerhati anak menantunya itu dari jauh. Mahu ditegut Afira Dan Ammar tapi masih Ada tetamu yang tak diundang.
Anis menutup pintu perlahan. Tubuhnya terus melorot dan bersandar dipintu kayu itu. Airmata yang ditahan sejak tadi terus jatuh dengan lajunya. Dia menangis semahu-mahunya.
" kenapa abang berubah? "
" kenapa anak ibu berubah? "
" mana pergi semua rasa sayang kita dulu? "
" benci sangat ke Fira dengan ibu? "
" ibu rindu anak ibu. Ibu rindu suami ibu. "
Ungkapnya dalam tangis.
" anak ibu kena kuat okey? Ibu dah takdek sapa-sapa. " tangisnya lagi sambil mengusap perutnya itu.
Tiba-tiba dia teringat akan janji-janji Ammar dahulu sewaktu Afira berumur 4 bulan.
" ibu still ada papa. Sayang ada abang , ada Fira , Ada Ummi. "
" abang akan tetap apa dengan sayang walau apa keadaan sekalipun. "
Ayat-ayat itu terngiang-ngiang ditelinganya. Tetapi , hakikatnya yang kekal dengannya hanyalah Ummi.
****
Anis berjalan masuk kedalam sebuah kafe. Dia mencari-cari kelibat seseorang. Setelah jumpa , dia terus duduk dihadapan wanita itu.
" lama tunggu? Sorry. Jalan jem. " ucap Anis terlebih dahulu.
" eh. Sokey , saya pun baru sampai. "
" kita pesanlah dulu. "
Setelah air yang dipesan tiba , Anis terus menyedut perlahan.
" awak betul-betul sukakan Ammar? " soal Anis meluru.
Mata Nasreen membulat.
" kenapa awak tanya macam tu? Kitaorang kawan jelah. "
Anis ketawa kecil.
" come on. Saya pun perempuan. Cara awak pandang dia pun saya dah tahu. "
Nasreen terdiam seketika.
" tolong jawab Nasreen. "
" ye. Memang saya suka dia. Tapi , saya taknak rampas hak awak. Dia suami awak. "
" tapi dia lebih sayangkan awak. Dia lebih sukakan awak. Even anak saya sendiri pun dah selesa dengan awak. "
" tapi Anis... "
" saya akan undur diri. " putusnya.
Anis hendak bangun untuk menuju ke keretanya. Airmatanya saat murah tika ini.
" Anis..kalau harini saya nak ambil Fira balik sekolah dan hantar dia kerumah lambat sikit boleh? " izinnya.
Anis hanya mengangguk.
***
Anis memalingkan tubuhnya menghadap suaminya. Pipi dan bibir yang sedang lena itu diusap perlahan. Airmatanya kembali hendak mengalir. Rasa cinta dan sayang tidak pernah luntur dari hatinya. Sanggupkan dia berkongsi kasih yang sememangnya sudah terbahagi? Sanggupkan dia melepaskan kasih yang sememangnya sudah terkubur?
Anis mencium dahi suaminya itu.
Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Sakit yang teramat sangat. Dia terus menyelak selimut dan masuk kedalam tandas. Semenjak petang tadi lagi , perutnya memang sudah sakit. Semakin lama semakin sakit. Namun , malam ni makin bertambah-tambah pula sakitnya.
Anis duduk diatas mangkuk tandas. Perutnya ditekan kuat.
" takkan aku salah makan? Sakit sangat ni. " adunya sendiri. Airmata turut bergenang menahan sakit yang semakin menyerang.
" anak ibu.. Anak ibu kenapa ni sayang? " ucapnya sendiri dengan tangan yang masih diperut.
Anis Cuba bangun sambil memegang dinding sinki. Tong kecil yang berada diatas sinki terus jatuh kebawah apabila Anis dengan tidak sengaja menolaknya. Sewaktu bangun , dia dapat merasakan Ada cecair yang mengalir dicelahan pehanya. Dia Cuba pandang kebawah. Bila dilihat , seluar panjang satin yang dipakainya sudah dibasahi dengan darah pekat yang semakin mengalir keluar. Mangkuk tandas yang diduduknya juga terdapat kesan darah. Anis mengumpul seluruh tenaganya untuk berjalan kearah pintu. Airmatanya laju mengalir akibat rasa yang terlalu perit dibahagian bawah perutnya. Darah juga masih belum berhenti mengalir.
" abang.. " panggilnya sekat-sekat sambil menahan diri daripada jatuh dengan memegang kedua-dua belah muka pintu.
Ammar yang sudah separuh terjaga akinat bunyi bising itu tadi menoleh.
" sayang? " balasnya dengan suara serak menunjukkan yang dia masih dalam keadaan mengantuk.
" abang.. Tolong.. Sayang sakit... " rayunya.
Ammar terpana seketika lalu terus bangun berjalan kearah isterinya. Alangkah terkejutnya apabila melihat sekuar Anis yang sudah dipenuhi dengan darah yang banyak.
" abang.. Sakit.. " tidak sempat dia meneruskan katanya , Anis hampir rebah. Kedua-dua tangannya terlepas dari memegang dinding pintu.
" sayang!! " jerit Ammar lalu terus menyambut tubuh itu. Tubuh itu dicempungnya lalu berlari keluar kearah tingkat bawah.
" sayang mengandung ke? "
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis
DiversosBukan pintanya untuk jadi begini. Tak pernah diminta. Tak pernah terfikir. Mungkin sudah suratan baginya. Dan mungkin juga sudah tertulis untuknya. Menikahi dengan lelaki yang dicintainya dan memiliki ramai anak bersama lelaki itu sudah menjadi satu...