Kerana aku mencintaimu, maka..
Aku memendam rasa kagumku.
Aku berusaha tidak bertegur sapa.
Tidak pula perlu kata-kata mesra..
Cukup aku menyebut namamu..
Dalam istikharah dan doa.Aku berusaha menjaga hatimu dan hatiku.
Agar sentiasa suci terjaga..
Agar dia yang tercinta selalu ada dalam hati kita..Aku redha..
Aku kembalikan rasa cinta ini kepadaNya..
Biar DIA yang menjaga rasa ini untuk dia yang kelak menjadi jodohku.Sambil aku terus memperbaiki diri..
Bukankah Allah SWT sudah menjanjikan yang baik, untuk dia yang terus memperbaiki dirinya?

YOU ARE READING
Puisi Ke ?
PoetryP U I S I K E ? Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian.