Akulah si tukang cemburu itu.
Benar.
Cemburu pun aku tak layak.
Melarang kau untuk diam langsung aku tak berhak.Benar.
Akulah si tukang cemburu itu.
Cemburu dengan mereka yang boleh tengok kau setiap hari.Benar.
Akulah si tukang cemburu itu.
Cemburu dengan mereka yang lebih dahulu mengenali diri kau.Benar.
Akulah si tukang cemburu itu.
Cemburu dengan beberapa nama yang dekat dengan kau, hidup kau, mungkin juga hati kau.Ya.
Akulah si tukang cemburu itu.
Yang berkeinginan menjadi sebahagian dari waktu kau.
Entah ini definisi cemburu atau apa aku pun tak tahu..Tapi percayalah,
Semua ini,
Seakan gelisah,
Seakan khuatir,
Seakan tidak rela.Benar.
Aku pun menyedari..Kini..
Detik ini..Aku bukan pilihanmu.
Kau pun bukan milikku.Ya.
Aku hanyalah pemerhati rahsia kau di dinding-dinding yang tidak berupa.
Aku hanyalah penikmat senja disiang hari tapi mengharapkan bintang bersinar dimasa itu.
Mustahil kan?Ya.
Rasa ini aneh,
Rasa ini berbeza,
Rasa ini amat tidak enak untuk aku rasakan.Namun apalah daya..
Hati aku lemah untuk mengatakan
"Aku baik-baik sahaja melalui ini semua"Tapi seketika aku tersedar..
Tidak..
Tidak..
Aku tidak ingin ego dengan sang amor yang aku kirimkan padaNya.Jika itu bintang pilihan kau
Jika itu pelangi dambaan kau
Jika itu mentari harapan kau
Apalah aku yang hanya tanah berharap kau terjatuh tepat dijantung hati aku.Ya.
Hanya untuk aku.Cukuplah.
Baiklah hati
Ikhlaslah, mungkin dengan begini kau boleh tertawa bahagia.Bukankah itu menafikan wujud kau?
Cukup, cukup
Kali ini berbahagialah
Sebab aku masih begini, masih menjadi pemerhati rahsia kau.
Bahkan mungkin untuk selamanya beginiAdakah ini yang kau mahu?
Maka silakan lah..
Baik-baiklah disana
Itu sudah cukup bagi aku.Dan benar.
Akulah si tukang cemburu itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Puisi Ke ?
PoetryP U I S I K E ? Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian.