Aku tak sebaik yang kau sangka
dan
Aku tak seburuk yang kau fikirkanTak layak untuk dipuji
Tak pantas untuk dikagumiAku bukan siapa-siapa di bumi Allah yang indah ini
Hanya makhluk biasa
Yang bergelar hamba
Seorang pendosa
Yang mencuba untuk mencari diri
Membersihkan jiwa
Yang penuh akan noda dan dosaAku memang bukan orang yang paling baik diantara orang baik
Tetapi,
Aku juga bukan orang yang paling buruk diantara orang buruk
Kadang-kadang kita memandang orang dengan satu sudut pandangan sahaja
Beribu kebaikan yang telah dilakukan, tertutup oleh satu kesalahan.Manusia tak ada yang sempurna
Hakikatnya kita hanya manusia biasa
Tempatnya khilaf dan salahUntuk kau yang selalu memandang aku dengan pandangan yang buruk
Jika benarlah apa yang kau sampaikan
Semoga Allah mengampunkan aku
Jika salah apa yang kau sampaikan
Semoga Allah mengampunkan kau.

ANDA SEDANG MEMBACA
Puisi Ke ?
PoesiaP U I S I K E ? Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian.