Goodbye,Sweety.

39 3 0
                                        

Puan Suliza keluar dari bilik sambil menatang dulang makanan yang langsung tidak terusik.Gelengan dan raut wajahnya meresahkan lagi Encik Zainal dari jauh memerhati.Keluhan kecil mengiringi lirik mata terhadap isteri tercinta.Mana tidak,the one and only his son terperuk dalam bilik sejak balik selepas keluar nak jumpa kawan katanya.

Dia kengkadang tersengih.Bapak borek anak rintik.Dia sudah banyak pengalaman.Dia tahu hati anaknya remuk akibat cinta.Terperuk dalam bilik gelap,bagai menanti mati.Itulah anak muda,membawa diri kerana cinta.

"Tak habis lagi merajuk?",Encik Zainal bertanya ketika isterinya mendekati dengan sedulang minum petang buatan sendiri.Telefon pintar yang baru sahaja tadi bergetar diletakkan di atas meja kopi.

Terbit perasaan bersalah di dalam hati.Dia tiada pada masa si anak mengenal realiti kehidupan,adakalanya duka dan kecewa.Dia tak banyak meluangkan masa bersama putera tunggal memandangkan amanah kerja sentiasa menanti.Macam tadi,waktu cuti pun diganggu reminder P/A pasal meeting esok hari.

"Abang pun kenalkan Mael tu macam mana.Bukan senang dia nak suka orang.Bila dia sayang,bukan senang nak benci balik.Bila Liza tanya,dia cakap tak lapar.Tak pahamlah dengan orang zaman sekarang."

Perbualan mereka langsung terhenti apabila loceng rumah berbunyi,menandakan kehadiran tetamu.Lantas penjaga rumah mereka,Mak Ram membuka pintu kayu cengal milik rumah mewah ini.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.Laa,Qiemie.Ingatkan sape tadi.",Encik Zainal menyambut tetamu dengan senyuman di bibir di muka pintu.Dia menyambut tangan pemuda 17 tahun itu,sebaya anaknya.

"Ni buah tangan skit saya beli.Benda murah je",Haqiem menyerahkan sebakul buah tangan berupa barangan dari Cameron Highland.

"Menyusahkan Qiemie je.Terima kasihlah",Puan Suliza membawa buah tangan ke dapur,menyediakan apa yang patut.

"Jemput duduk Qiemie."

"Uncle dan family uncle sihat? sorrylah Qiemie datang harini tak inform awal.Menyusahkan keluarga uncle je.",tutur Haqiem sopan seketika selepas dia melabuhkan punggung di atas sofa kulit hitam,diiringi senyuman manis pada wajahnya yang penat.

"Eh,takdelah.Uncle tak kisah,lagi suka adalah.Uncle macam biasalah.Sihat tu tak jugak,maklumlah dah tua Kadang2 sakit sini sana.Qiemie macam mana lepas jadi artis ni? Best?",soal Encik Zainal berbaur usikan.Dah biasa.Rakan yang paling rapat dengan anaknya,dianggap macam anak sendiri.Ikatan persahabatan terjalin kukuh antara keluarga mereka semenjak pertunangan anak gadisnya dengan abang si Haqiem.

"Macam tulah uncle,sibuklah jugak.Ni pun Qiemie baru balik dari record lagu,suara pun tak berapa sedap lagi.Letih rupanya jadi orang famous ni."

"Lagu baru ke? Bila nak keluar?"

"InsyaAllah next week.Alah uncle lagu tu takdelah baru sangat.Patutnya lagu tu keluar skali dengan Segalanya,tapi perancangan tak menjadi.Tu lari skit plan",Haqiem menyudahkan penerangannya sebelum cepat2 membantu Puan Suliza yang membawa sedulang minum petang.

"Meh Qiemie bawak.Kesian Auntie"

"Eh,takpelah.Qiemie tu tetamu,biar Auntie yang bawak"

Tangan Haqiem lebih pantas mengambil dulang.Dia meletakkannya ke atas meja kayu jati perang.

Senang hati Puan Suliza dengan Haqiem.Baik,kacak,pandai ambil hati orang tua.Nak bagi anak perempuan,semua dah berpunya.Sayang...

3 Words 2 WorldsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang