Aku jengukkan kepala ke dalam rumah.Pastu kerling jam kat tangan.
Sama.
Aku tengok jam dalam phone dan tengok balik jam kat tangan.
Sama.
Bibir aku mula mengukir senyuman senget.Aku meletakkan beg sandang di tepi pintu sebelum masuk ke dalam mengambil wudhuk untuk tenangkan diri.
"Dini,Mina dah sampai tu!",jerit ibuku dari dapur.
Sebab ini.
"Aduh! sakitlah!" Mina mengaduh sakit bila satu jentikan tepat mengenai dahinya.
"Tahu pulak sakit.Aku ni,lagi sakit hati tunggu kau 2 jam.2 JAM! Kalau ikutkan hati dah lama kau jadi mayat!"
"Sorrylah.Aku tak sedar masa kau call,hehe baru bangun tidur.Lupa nak cakap fanmeet tu petang",Mina tayang sengih kuda dengan muka dia make-up 17 inci.Sekali tengok macam badut pun ada.Tangannya memintal lebihan rambut yang terurai.
Punyalah nak jumpa idol,baju dia lawa do.Kena admit.Kalau biasanya dia pakai gaun cinderella versi pendek.Hari ni,buang tabiat pakai dress.She's got matured looks today.Tapi heels masih dihati.
Shorty's matter.
Mengenang kembali dia buat aku berdiri luar rumah tunggu punyalah tunggu sampai jiran depan rumah dah start mesyuarat tepi pagar cakap aku tunggu pakwe,terus niat nak puji mati.Tangan aku dah terawang-awang nak mencekik makcik ni sorang.Punyalah muka tak bersalah.Apakan daya,dia kawan.
And kawan takkan makan kawan seperti kes yang bersepah zaman sekarang.Tak mention sesape eh.
Ah,lupakan.
"Jom! dah lewat ni.Nanti susah pulak nak cari parking.",Mina tanpa rasa bersalah meninggalkan aku terus terkedek-kedek berjalan masuk ke dalam kereta BMW kelabunya.
"Hawau punya kawan.Dia ingat aku ni hamba ke acane?"
'Ya Allah,berilah aku kesabaran pada hari ini agar sneakers kesayangan aku ni tidak menjadi makanan rakan aku sorang ni,Ya Allah!'
Aku membututi langkah Mina masuk ke dalam keretanya.Haish,BMW hari ni.Kelmarin,Audi okay lagi.Ni BMW,tak pasal2 kena cop VVIP.
Aku memakai seat-belt sebaik sahaja selamat melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah pemandu.Mina memulakan pemanduannya sejurus selepas dia memakai kaca mata hitam.Nak nampak vouge katanya.
Macam aku tak tahu tak nak kena tangkap polis trafik disebabkan gaya pemanduannya yang sangatlah unik.Lesen takyah cakap ah,kitaorang ni baru form 5.
"Fanmeet tu kat mall mana? asal tak kecoh pun kat tv?",tangan aku dah start keluarkan buku Arkitek Jalanan yang bakal dikhatam sebelum aku sampai rumah hari ni.
"Of courselah tak kecoh.Kau bukan layan retis.Tu dalam insta,yang ada Harry Potter,Divergent,Dorothy,Annabelle dan segala mak nenek cerita2 fantasi yang ada.Mana kau nak tahu pasal orang femes."
"Annabelle? jap,sejak bila Annabelle tu cerita fantasi?"
"Ikutlah aku tak kesah.Yang penting kau kena kurangkan obses kau kat cerita2 fantasi ni.Bahaya"
"Wahai cik Mina,sapa yang obses sekarang ni kau ke aku? siapa yang mengelamun di siang hari berangan Haqiem Parsley-"
"Rusli,not Parsley"
"Lantaklah.Bukan masuk dalam exam pun.Kau pun sama.Macamlah ada exam paper Instafamous"
Aku start bukak buku then pekakkan telinga daripada dengar minah senget ni membebel.Sepanjang dalam kereta kitorang kerjanya berkaraoke lagu2 EXO & BTS memandangkan aku EXO-L and Mina is an Army.Tapi kitorang lebih kepada multi-fan so takde masalah nak duduk satu bumbung kereta melantak lagu.
After half hour memekak dalam kereta,BMW Mina selamat sampai kat BTS.Sempat lagi minah ni touch-up.Make-up cair,KATANYA.Tapi aku nampak still sama.Still badut.
"Yang kau make-up2 tebal ni nak buat show circus dalam mall? ke kau nak pergi sambut birthday budak?",tanya aku yang makin lama makin bosan duduk dalam kereta tak kluar2 lagi.
"Sampai hati kau cakap macam tu.Aku punyalah make up lawa kau kata aku clown?",suara Mina merajuk dah mai.Ni susah ni nak pujuk orang.
"Aku tak cakap pun kau clown.Aku cuma tegor skit tebal sangat make up tu.Kau nak jumpa Haqiem,lari dia nanti.Dah lawa kawan aku."
"Dah lawa ek? dah jom",Mina terus keluar dari kereta,tinggalkan aku sorang2 lagi.Wah best betol minah ni uji kesabaran aku.Skali compliment,terus hilang rajuk.Batak pujian ke acane?
------------------------------------------------------
Bebola mata aku bergerak tanpa hala tuju.Takde pemandangan yang menarik.Aksi2 biasa yang kau boleh jumpa kat mall.Salesgirl tak cukup kain. Pasangan pengantin baru yang tak kahwin lagi.Sale harga runtuh tutup kedai sepanjang tahun.Kedai barangan berjenama harga emas.Pastu ada kiosk2 makanan yang mak kau tak bagi makan masa kecik.Terlalu biasa bagi aku.One of the reasons aku malas nak pergi mall.
"Aku bosan",ujarku tanpa semangat.Seriously memang bosan.Green Tea Starbuck saiz venti yang aku beli pun dah nak habis kena teguk.Mina dah lama tinggalkan aku sorang2 kat kedai starbuck sementara dia pergi window shopping katanya.Tapi last call 10 minutes ago,clearly dengar cashier mintak kad kredit.Husnudzon,Mina pergi beli tingkap.
Tetiba telefon aku bergetar.Kau expect apa? of course incoming notification.Takkan telefon ni lapar lak kan?
HAHA HAMBAR.AKU BOSAN WEH.
Rael kp batakSq: weh kau ada kat mana? ho jom
DiniWeirdo: Mines,aq tman budak pendek tu fansmeet.Jom ah tmn aq.Bosan gila kat sini
Rael kp batakSq: Alolo ksiannya. Tpi aq bwk skali gf aq bleh? Hehe
DiniWeirdo: wait.Ko kapel lg? skjpnya move on. budak mna ko kutip ni.Taubatlah bro.
Rael kp batakSq: Alah.Yang ni lain,dia special skit.Eh kau ada katne? movie? aq otw
DiniWeirdo: set.starbuck.Bwklah minah tu,aq nk interview
Rael kp BatakSQ: Eh ko jgn,tak pasai break up nanti
Aku biarkan phone aku berdeting.Sure Rael tengah berusaha nak hentikan aku.Tahu takut.Dun werry lah,setakat ni aku tak pernah lagi masuk penjara so takdelah kejam sangat aku ni.Setakat interview sembang2 je.Takut sangat awek dia lari.
Talking bout awek,bayang2 Mina mula kelihatan dalam kawanan manusia di mall.Datang tangan kosong,balik tangan penuh.Mina menghempas beg2 kertas di atas meja.Mata aku yang bulat ala korea ni makin bulat ala bangla.Aku ketuk kepala budak ni.
"Aduh! sakit!"
"Ha tu lagi.Cakap window shopping konon.Eee lain kali aku pegang cc kau",aku membelek isi begertas.Heels,heels,heels, heels,ha jumpa beg satu,sneakers,wedge? dress,dress.Aku mengalah.
"Weh fanmeet kul berapa? aku nak pergi cinema ni"
"Setengah jam lagi.Cinema? alone?",Mina meneguk selamba air aku.Budak ni.Air tak reti beli.
"Dengan Rael.Weh ko jaga jap barang aku.Toilet.",aku tinggalkan barang aku kat Mina.Sokay,budak tu duit takyah cakap.Kalau adik dia umur 3 tahun pun dah buat koleksi Iphone,kau expect apa.So kalau barang aku yang hilang,aku akan dapat balik ganti rugi.
Pintu tandas wanita ditolak.Fuh sesak.Ramai pulak yang beratur.Perut aku buat hal pulak aish.
Okay baru aku ingat sebab apa satu bekas jeruk tinggal bekas je pagi tadi.
Damn you jeruk.
ANDA SEDANG MEMBACA
3 Words 2 Worlds
Teen Fiction"We should just love,not fall in love.Because,everything that falls gets broken"-Addini "It's just nobody ever looked at me,the way you did"-Izzani "She distanced herself, to save herself.Please,just go"-Amrina "If I let you in,please don't break an...
