"May I Know You?"

16 1 0
                                    

Seorang jurujual menghampiri,menghentikan perbualan aku dengan mamat tanpa nama ni.Tak sempat aku nak tanya pasal laluan rahsia penuh misteri tu.

Seperti biasa,aku dibawa ke satu mesin kecik yang perlu letak dagu tu.Kalau yang biasa pakai kaca mata,mesin tu akan paparkan gambar,common gambar belon panas.Tujuan mesin tu untuk cek power awal sebelum pemeriksaan lanjut.

Lepastu aku dibawa ke bilik gelap dimana aku akan pakai kaca mata pelik lagi tebal.Kat situ aku  ialah budak tadika terlebih umur ditanya huruf abc.Cuma kadang2 huruf tu besar gedabak kadang2 kecik sampai kuman pun lagi besar.Tidak adil.

Then jeng jeng jeng keluarlah result pada resit kecil.Dorang kata my eyes pretty dangerous tapi aku rasa normal sebab power tu tak berubah.Mata kanan aku 500 kiri 450.Okay apa.

Tibalah masa yang tidak ditunggu-tunggu,it's choosing time.Aku bukanlah type yang membazirkan masa berjam-jam untuk memilih dan membuat pilihan and aku jenis gadis tipikal cerewet.

"So,choose for me.I don't mind"

"Kenapa aku yang tolong pilih? kau yang nak pakai kan.",orang di sebelah aku berbunyi.Menurut para salesgirl dorang kata aku kena pilih bingkai dan jenis kanta.Jenis kanta aku dah pilih,tak nipis sangat tak tebal sangat.Paling penting,tak mahal sangat.Aku tahu makcik ni dari tadi berbunyi pasal elaun yang bakal terbang ke dalam mesin cashier cia cia cia.Tak sweet ke?

"Aku tak pandai pilih.Aku tak suka pilih.Hurm aku ikut je.Tapi,aku taknak yang buat muka aku cute lawa.Aku nak nampak tegas"

"Ceh,tak pandai ke pemalas? pastu cerewet apalah.Kak,amik yang tu.Yang warna purple tu"

Tak lama kemudian sepasang kaca mata mendarat di tangan aku.Aku try pakai sambil tengok cermin.

"Hurm aku tak surelah yang ni sesuai dengan muka aku"

"Okaylah aku tengok.Kalau tak nak yang ni ha try yang ni"

Aku cuba satu lagi."Eee macam moyang aku punya je.Tak up-to-date langsung",aku serahkan balik.

"Pulak dah? kenapa kau cerewet sangat.Macam puteri raja.Dahlah malas pilih."

"Dahtu nak buat camna? huh,kau amik jelah mana-mana.Aku taknak komen."

Aku try pakai satu lagi kaca mata.Tapi aku tak tengok cermin,nanti mulut ni terkomen esoklah aku balik jawabnya.

"Selesa.Amik jelah yang ni"

"Seriously? okay then.Kak,nak yang ni"

Aku menggosok mata dan membaiki tudung shawl pada cermin.Seketika kemudian aku perasan something.

"Kau nak pe? tak pernah tengok perempuan baiki tudung ke?",kata-kataku terus mematikan renungannya pada aku.Dia menggeleng perlahan.

"Awak isi kat sini and sini.Spec boleh ambik minggu depan lebih kurang hari selasa.Bagi number phone,saya akan call.Untuk deposit,hari ni RM 150 sahaja",terang akak comel lagi ayu ni.Aku yang dah lawa pun tumpang jeles.

"Nama kau?"

"Nama aku? Err,Addini"

"Tu je? Aku nak nama penuhlah"

"Nama penuh? kenapa kau nak nama penuh aku? uish,aku rasa saspenlah.Jangan2...kau...Kau nak jual maklumat diri aku kot!kau pura2 baik and nak tolong aku tapi kau nak biodata aku kan? aku dah agak!",aku mengutarakan kebenaran dengan separuh menjerit.Nasib aku bijak mengenal pasti keadaan.

"Boleh tak kau bersikap matang? aku bukan sindeket nak jual maklumat orang.Kalau susah sangat,aku tulis nama 'Pakcik Menjengkelkan Addini' kat sini",suara tu aku rasa cam dah naik marah.

"Tak cakap awal2.Aku nak hati2 je.Hurm, nama aku erm kau jangan gelak ea.Nama aku,erm Putri Nur Addini binti Huzairul Azrin."

Selepas aku bagitahu nama satu suara pun takda.Mamat tanpa nama ni langsung tak bercakap.Hanya bunyi pen yang menari tango di atas kertas.

"Did you find it funny?",takut2 aku tanya.Kesabaran dia ni aku rasa dah tipis macam bawang.

"Nope,not at all.I don't know why you have to be so embarassed with your own name.It's cute"

Deep,but soothing dalam masa yang sama.Aku tengok je dia isi borang.Tulisan dia lawa,kalah perempuan.Pasal soalan lorong rahsia tu hurm lain kali lah aku tanya.

"Makcik,"

"Aku bukan makcik kau.Stop calling me that"

"Dahtu aku nak panggil kau apa? bagilah nama"

Dia berhenti menulis dan pandang aku.Dia mengeluh.Dan aku jadi pelik.Aku ada buat salah ke?

"Perlu ke kau tahu nama aku? perlu ke aku bagitahu kau? huh aku tak tahu.Hiks,perlu kot",errm why dia cakap sorang2?

"Ouuukay? so bagilah"

"Mael.Tu nama aku"

"Ha! Mael 2 singgit 2 singgit tu kan.Mesti nama penuh kau..,Ismail Bin Mail.Tul tak?"

"Ha yelah2",nampak tak dia dah bosan layan aku?

"Okay...Done"

Aku tunggu kat luar sementara dia uruskan pembayaran.Nak secretkan lah konon.Tak lama phone aku berdering lagi.Tak sempat lagi aku tanya,Mina dah menjerit.

"Aaaaa! Dini! kau tahu tak aku jumpa Qiemie!!! Maigod,he's damn handsome and cute!!!"

"Patutlah aku call kau tak angkat. Jumpa retis tak ingat kawan.Sampai hati kau kan"

"Kau demam ke? sejak bila kau call aku? aku ada kat fanmeet lah.Lama sangat kau kat toilet,puas aku cari kau takda.Aku pun pergi jelah.Kenapa babe? kau dalam masalah ke?",kata2 Mina atas talian buatkan aku tercengang.

"Dah tadi tu? kat luar tandas tu? aku cakap dengan sape?"

"Mana aku tahu.Kan phone kau ada kat starbuck? macam mana kau call aku? aku nak sampai dah ni jap lagi kau cite.Aku pun banyak nak cite ni"

Aku meletakkan panggilan dalam keadaan terpinga.Ada betul jugak.Aku mana bawak phone pergi toilet.Tapi beg sandang...bukan ke aku bawak beg ke tadi? kenapa beg tu ada kat meja tadi hurm macam ada yang tak kena...so misteri...

"Lama berbual.Bf k?",suara Mael dari belakang terus drive aku ke realiti.

"Bf? bestfriend ada,boyfriend takda."
Aku baru nak buka mulut nak tanya pasal lorong tu tapi again,kepala aku jadi pening and..

Aku jatuh.

Cuma,aku tak rasa sakit.Dan tak rasa terjatuh.Bila aku bukak mata aku rupanya aku tengah berpaut pada lengan Mael.Woah dia dah pandang aku semacam.

"Sorry! tak sengaja.Aku pening",kataku sambil melepaskan pegangan pada lengannya perlahan-lahan.Aku bagi ruang skit antara kitaorang.Walaupun aku always handle dengan boys,tapi aku betul2 tak selesa bila pegang mamat ni.Aura dia lain macam.Takkanlah mamat ni bela saka?

"Okay.Bye",Mael menarik hoodie hitamnya dan terus angkat kaki sebelum  menghilang dalam kesibukan manusia.Tapi tak lama kemudian dia datang balik dalam keadaan termengah-mengah.Wajahnya kelihatan takut2 dan sukar untuk dijelaskan.Dia berdiri 30 cm daripada aku so helah nafas dia clearly boleh dengar.

Mael menggosok-gosok belakang lehernya.Malu? maybe. Kata-katanya kemudian buatkan mulut aku ternganga.Aku tak tahu aku patut tampar dia,lari or terima or call polis.




























































"Nak number phone kau?"

TBC..




3 Words 2 WorldsWhere stories live. Discover now