{01}

29 1 2
                                    

Nampaknya aku dah pecah rekod Malaysia.Aku orang pertama pakai headphone pastu dengar lagu max volume sambil basuh pinggan.Tapi tulah,

"Kak Dini,"

"Ooo,Kak Dini"

"Kak Dini kenapa tak nak cakap dengan Harith?"

"Kak Dini,jom kita main tembak-tembak macam dulu"

"Takpun kita main gusti bantal.Kita main lempar gelas ke"

"Kak Dini marah Harith ke? Harith baru sampai.Jetlag lagi ni.Harith-"

"Dahtau penat,kenapa datang? lepas kau menghilang 3 tahun tanpa berita tetiba buat suprise",aku still dapat dengar dengan clear.Aku berhenti membasuh dan memandang Harith yang tengah selongkar peti sejuk. headphone  aku cabut.

"Mana kau pergi selama ni? kau tahu tak aku risaukan kau.Kau duduk sana sorang2."

"Dan kau tak pernah berubah,even dah 3 tahun.Still macam mak aku.",balasnya sambil mengunyah buah tomato yang dia jumpa dalam peti.Sejak bila hidung badut tu wujud dalam peti aku? aku alah kot dengan benda tu.

"Kau ingat lawak ke?"

"Tak.Aku tahu kau serius,tapi aku pun serius.Rilekslah 'Kak Dini'.Duduk Jerman sorang2 bukan benda yang pelik.Ramai je macam Harith"

"Yang penting,I'm here",katanya seraya  menyumbat  buah tomato ke dalam mulut dan mengambil alih tugas aku untuk membasuh pinggan.

"Meh Harith tolong.Nanti kita boleh main sama2"

Aku menutup muka untuk mengelakkan tempias tomato yang keluar dari mulutnya ketika dia bercakap.Aku menyertainya membasuh pinggan.Lepas dia sabunkan,aku akan bilas.Lepas siap kami lap sama2.

Actually,aku pun tak tahu kenapa aku geram dan marah sangat dengan one and only sepupu lelaki aku.He's kind,cute and sekarang ni dah  berubah daripada budak yang nangis sebab choki choki hilang kena curi dengan ayam to deadly handsome boy.Berbanding aku yang hanya bertambah ketebalan kaca mata.Walaupun tulah kengkadang perangai dia cam harom skit, tapi dia yang paling rapat dengan aku masa kecik.Dia satu-satunya kawan aku yang paham aku selepas Mina.Mungkin sebab dia,

"First,berhenti panggil aku Kak Dini.Kau bukan adik aku,or adik angkat aku.Kau sepupu sebaya aku"

"Even aku lahir awal sehari,tak bermakna aku kakak kau",sambungku.Harith mengejek dengan memek muka mengjengkelkan yang aku rasa nak hempuk dengan kuali.

Selesai kerja membersih,aku membancuh minuman coklat Milo dan coklat Cadbury untuk Harith yang memang alah pada Milo.

"Kau still ingat? whoah.Boboiboy! thanks!!",ujarnya teruja ketika menyambut mug plastik Boboiboy Halilintar adik aku punya.Cam budak.

Sedang aku termenung tengok Harith potong tomato,aku menepuk dahi apabila tiba-tiba aku teringat pasal kes dengan Warriors aku dan kumpulan jalanan tak guna tu.Setakat yang aku tahu dari Fahrin,my PA,salah sorang ahli BlackD telah ceroboh kawasan aku dan bertumbuk dengan  anak murid aku.Nak kata dorang nak rompak,takda pun yang hilang.Aku tak tahu motifnya apa.

"Harith,kau sibuk tak malam besok?"

Aku menegur Harith yang tengah cicah hirisan tomato ke dalam mug.Euwww.

"Esok jadual aku padatlah.Pagi aku ada kelas renang dengan Coach Crook,tengahari aku buat reunion dengan kawan.Pastu petang aku ada kelas piano plus aku nak pergi beli barang sebab rumah kau takda ubat gigi perisa oren,mamee ayam dan choki choki.So aku kena beli benda- benda tu.Pastu malam tu aku ingat nak layan movie pokemon yang keluar hari tu.Pastu-"

"Weh,kau presiden ke apa? bapak sibuk"

"Well,aku kan famous amous.Bercakap pasal biskut aku laparlah.Asyik makan tomato je.Perut aku ni dari tadi berdondang sayang"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 29, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

3 Words 2 WorldsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang