Part 7

8 0 0
                                    

"Woi,angau!"Jeritan Khasif ditelinga kiri buat gegendang aku rasa bergegar.Dasar kepala kotak punya member!
"Kauuu Sif.Memang set set nak makan pelangkung ke mangkuk?Nasib aje lah pelempang aku tak melayang kat pipi pau tak cukup inti kau tu tau!" "Lek sudah.Yang kau ni termenung tak telan nasi dalam pinggan tu dah kenapa?Ada dekat sejam aku tunggu kau tersedar dari lamunan ni.Tersentak lalu ku mendongak,gemuruh rasa terpaku sukma.."Dari tongkat dagu,terus terburai tawa Raihana."Teruklah kau . Habis rosak lagu orang ." "Peduli apa aku.Haa.Teringat bf kau yang 10 kali lagi tak handsome dari pakwe aku tu kee?Dia takreply whatsapp kau semalam ke?" "Sukati hang jaa ha duk kutuk buah hati pengarang jantung ceq.Apa hang ingat marka hang tu helok sangat ka ui?"
"Alaaaa aku gurau jelah.Dok termenung je takhabis makanlah kau.Baik makan cepat.Banyak lagi kerja dalam library tu nak kena settle."
Khasif mengingatkan.Kalau dilayan angau Raihana yang sedang hangat bercinta ni bising lah Cikgu Mawar,guru penyelaras pusat sumber sekolah yang memberi tugas kepada mereka berdua untuk mengemaskini data buku-buku yang baru sampai dari pembekal hari ini.Sememangnya sudah rutin wajib bagi Raihana dan Khasif untuk bertugas sebagai pustakawan sekolah setiap hari Selasa."Done.Jom"
Balas Raihana pendek selepas licin nasi ayam di dalam pinggan.

"Haa.Baru nampak batang hidung dua ekor belangkas ni." Cikgu Mawar yang kebetulan duduk kat kerusi area kaunter pinjaman yang sibuk mengemaskini data dalam sistem S-Lib sekolah mengejutkan aku dan Khasif yang diam-diam mintak kitorang takkan jumpa Cikgu Mawar harini.Tak ready aku nak kena bambu kes masuk duty lambat harini memandangkan Cikgu Mawar pantang benar pustakawan bertugas masuk duty lewat.Punctual katanya."Saya pulak yang kena key-in data ni semua.Harap kamu alamatnya tak selesailah kerja.Lain kali kalau tak ada disiplin macam ni pandai-pandailah letak jawatan ya?Ramai lagi yang layak ganti dan nak jadi pustakawan."

PEDIH TERSIAT WEH.

Sangkaan aku Cikgu Mawar nak bergurau je.Sekali dia campak cili api woih."Redha jelah.Siapa suruh termenung kan?"Perli Khasif.Tangannya laju mengambil buku di dalam troli untuk disusun mengikut rak.

Kami pun menyambung tugas seperti biasa .'Cepat lah pukul 4.Nak balikkkk'

Balik bukannya apapun.LETIH!Eh jap.Letih ke nak tengok buah hati whatsapp ke tak?Jam yang berdetik di dinding tidak menunjukkan tanda waktu boleh berlalu lebih pantas dari kebiasaan .

Sudahnya Raihana meneruskan saja segala tugas yang diarahkan untuk selesai sebelum mereka pulang.
****

Oh,Miss Heartless!Where stories live. Discover now