"Aduhhhhhhhhh!Sakit gila" Shah menggosok kepalanya yang benjol kerana terhantuk.
"Ya Allah,along.Ni kenapa sampai boleh tergolek kat tangga ni?"
Puan Norlin yang baru nak naik ke tingkat atas terkejut bila anak terunanya tiba tiba jatuh tergolek dari tangga.
"Takde apalah ma,sikit je ni"
"Yelah tu takde apa.Meh mama tengok."Baru saja Puan Norlin hendak melangkah kearah anaknya,Shah berkata lagi "Along okay la ma.Naik dulu eh?"Kaki terus dihayun menaiki anak tangga.
Sampai di bilik,terus dihempas badan ke katil.Sumpah dia rasa lega yang amat sangat.Jiwa dah tak terbeban lagi.Hati dah terisi.Cinta Raihana,dia berjaya miliki.Raihana tenung skrin handphone dia.Message dah seen balasnya idok."Dah mati kena heart attack ke budak ni???Aku yang patutnya kena bukan dia. Hehhh"Sakit hati menunggu punya pasaii,Raihana campak je handphone ke tepi.Malas nak peduli.
***********
Sinaran matahari yang menerjah masuk ke kamarnya membuatkan Shah terjaga.Tertidur lepas Subuh tadi,mengantuk benar rasanya.Terus tangan meraba cari phone.Malas malas dia bangkit dari katil.
"Lahh. Patutlah tak berbunyi langsung phone.Habis battery rupanya,confirm Raihana marah gila ni" Dan seperti yang dijangka,tekan saja punat on berlambak lambak notification Whatsapp masuk dan salah satunya message dari Raihana.Raihana:Mana kau 😭
:Hm,busy eh?
:Goodnight,sayang.
:I love you 💕Dia senyum."Haih manalah aku tak jatuh cinta?"
Laju tangan menaip balasan.Shah:Morning sayang💕💕Sorry I lambat reply.Low battery pastu tak perasan pastu terus tidur 😪
:I love you tooRaihana terjaga dari tidur saat bunyi iPhone nya kedengaran.
Tangan mencapai handphone di hujung kepala.Terkebil kebil mata dia pandang skrin.Sweet tapi dia mengantuk.Jadi dibiar saja message itu tanpa sebarang balasan.
Takreti menghargai? BUKANN. SAMA SEKALI TIDAK.
Cuma memang perangai Raihana kalau dah mengantuk takdo mahunya dia layan benda lain selain rasa mengantuknya.Dan Shah renung skrin.Dah read tapi tak berbalas.'Tidurlah tu' Fikirnya.Tengok last message cinta hati dia tu pukul 3 pagi.Sah lah Raihana tidur lambat.
Dia bingkas bangun dari katil bersiap siap.Ada breakfast date dengan Asrul harini.Kawan baik dia sejak masuk kolej.Usai mandi dan melihat penampilannya di cermin,dia atur langkah menuruni tangga ke tingkat bawah."Hai,along.Buang tebiat ke bangun awal?Siap mandi lagi ?!"
Soal mama bila nampak aku.
"Em,ada janji dengan kawanlah ma." Puan Norlin menggeleng.Sudah masak benar dia dengan perangai anak bujang nan seorang itu.Mana mahunya bangun pagi kalau tak kemana mana?
"Jangan balik lewat.Marah ayah nanti."Pesan Puan Norlin walaupun tahu takkan didengar anaknya itu.
"Okay.Along pergi dululah ma.Bye,muahh"Dilayang flying kiss sebelum menghilang di balik pintu.Puan Norlin tersenyum.'Haih ada saja anak bujang ni'Enjin motor dihidupkan,terus meluncur laju ke kedai tempat lepak biasa dia dengan Asrul,warung Pak Mahat.
********
"Wuihh.Kau termenung jauh kalah orang mati bini apahal Rul?"
Hampir tersedak Asrul dibuatnya. Memang kerek betul lah sahabat dia ni.Ikutkan hati mahu saja dilanyak lanyak Shah ketika itu.Kacau daun je.
"Kau ni memang takreti bagi salam dulu ke ?Kalau mati tersedak aku tadi tak ke kau yang rasa bersalah seumur hidup?"Shah tergelak."Assalamualaikum ya Ustaz Asrul Ezarif." "Kepala otak kaulah ustaz.Hah,dah kenapa ajak aku jumpa pepagi buta?Kacau tidur aku je."
"Lek,bagi aku order jap." Dipanggilnya Pak Mahat.Seperti kebiasaan,roti bakar dan milo panas menjadi pilihan.Selesai memesan makanan,ditala pandangan ke arah Asrul.
"Ingat Raihana tak?"Berkerut dahi Asrul cuba mengingat.
"Awek singa yang reject kau banyak kali tu?Ha kenapa dengan dia?" "Aku dah official bhai dengan dia.Dia accept aku."Dengar saja kata kata Shah,terhambur ketawa Asrul.Tak hirau dah orang sekeliling yang perhati dia.Geli hati benar rasanya."Kau ni biar betul?" "Betullah.Kau gelak apahal tak guna?" "Tahniahlah.Aku tumpang bahagia"Ucap Asrul dengan tawa yang bersisa. "Sebelum aku simbah kau dengan milo ni baik kau diam." Walaupun dia sebenarnya takdelah takut pun dengan ugutan Shah tapi terus terkunci mulut.Sedar sahabatnya tak main main."Cemana lak dia boleh terima?"
Dan Shah menceritakan segalanya.A-Z
"Em,semoga happy ah.Aku tengok dia pun baik."Shah senyum.Dalam hati,dia berharap biar cintanya dengan Raihana kekal hingga ke akhirnya.
*************
Sekian lama tak update.Sorryyyyyy sebab sangatlah busy takde mood dan lain lain.
Ada yang request update banyak sikit tapi tapi tapi tulah.Idea takberapa ada.
So boleh lah vote dan comment apa yang kurang okay?Kalau positive feedback lagiii sis suka.Sebab memang idea Kering macam Gurun Sahara.
Insya-Allah,I'll try my best to finish up this story as soon as possible. Tataaa. 😇
YOU ARE READING
Oh,Miss Heartless!
RomanceOh,Miss Heartless! "Mengenali kau,aku belajar satu benda.Nak tahu apa?" "Apa?" "Jangan percayakan lelaki.Yang cinta cuma di bibir bukan hatinya.Yang perkataan sayangnya cuma bertahan sekejap,bukan untuk selamanya.Yang cintanya bukan kerana Tuhan tap...