"Tinggg !"
Bunyi notification tone mengganggu ketenangan tidur Raihana.Dengan mata tertutup,tangannya meraba dalam gelap mencari handphone.Mesej daripada Shah sekadar dibaca dan kemudian dibiar tanpa sebarang balasan.Shah:Good morning 😉 !
' Haih.Tak reti give up ke mamat niiiii'
Raihana jelak.Dah berpuluh kali ditolak secara taklangsung pun lelaki tu masih berkeras takmahu berhenti ganggu dia.Buat buat tak faham atau Shah memang tak faham,Raihana tak tahu.Dan semestinya dia sangat malas nak ambik tahu.Dalam kepala sekarang ni Raihana cuma fikir nak tidur je.Mengantuk betul rasanya bangun pukul 3 pagi tak tidur direct sampai Subuh.Buat apa?
Rutin biasa,solat tahajjud,baca quran.
Rutin tak biasa?Masuk dapur cuci segala pinggan mangkuk periuk belanga dalam dapur sekali dengan dapur tu.Tapi macam biasalah,ikut mood.
'Nanti nak kahwin baru rajin' Desis dia sendiri.Shah:Em,Hana?Buat apa?
Ya Allah.Mengganggu betullah makhluk Tuhan nan seorang ni.Taktahu ke Raihana tengah sibuk?DANNN.Siapa bagi dia izin panggil Raihana,Hana?'Kacau je mamat ni'
Tapi dibalas juga.Entah kenapa,dia rasa sesuatu.Mungkin sebab dah lama takda siapa layan dia begini.Ya,sejak Zarith dan Adrian dua duanya dia biar pergi.Adrian, yang susah benar nak dilepaskan.Raihana:Tidur.
Shah:Orang tidur boleh balas whatsapp eh?😂
Raihana:Tak.Ni hantu yang type
Shah:Hahaha.Em,nak call?
Raihana:Haih tak give up lagi ke?
Shah:I won't.Selagi takdapat you I takkan give up.Raihana tenung skrin.Lama.Sudahnya,dia biar saja conversation mereka tergantung begitu.Dan Shah,semakin resah menunggu.
2 bulan berlalu dan Shah tak pernah berhenti ganggu hari hari Raihana.Mula sukakah dia pada Shah?Raihana tak tahu.Sudahnya,dicerita pada Ila dan Zalyn soal itu.Dua orang sahabat yang sentiasa mengerti hatinya.
"Kau lepaskan dia,kau menyesal"Kata Ila."Mana ada Hana,lelaki yang terkejar perempuan sampai macam tu sekali?Susah kau tahu lelaki nak terkejarkan perempuan?"Zalyn menyokong.Bagai mengerti gelodak jiwa aku,Ila menyambung,"Sampai bila kau nak tunggu Adrian?Yang belum tentu lagi sayangkan kau tu?Bagi Shah peluang,Na.Kalau betul dia cuma nak main main,takkanlah dia nak kejar kau lagi?Baik dia cari perempuan lain." "So,aku patut terima dia?" "YES, YOU SHOULD."Balas Ila dan Zalyn serentak.Dua orang ni,sehati sejiwa betul!
******Entah kenapa,bila Shah tak ada aku rasa sesuatu.Macam kosong pun ada.'Dahlah aku selalu sakitkan hati dia.Tapi tak pernah pulak dia mengalah.'Ada betulnya cakap Ila dengan Zalyn siang tadi.'Arghhh.Bencinya rasa macam niiii'
Buntu.Keliru.Ha apa lagi?
Dia dalam dilema teruk gilaa sekarang.Adrian yang dia tunggu sekian lama aka Cinta Tak Berbalas atau Shah yang nampak macam ikhlas sayangkan dia? Em. Nampak jelah.Betul tidak,hatinya masih ragu.Takut hati remuk lagi macam dulu.Seksa weh,seksa!
Tapi serius.Bila Shah takda,dia jadi serba tak kena.Adrian?Muncul atau tak nama lelaki itu di notification, rindu berbalas atau tidak,dia macam tak rasa apa.Sesusah susah Perang Dunia Ke 2,susah lagi kena berperang dengan perasaan sendiri.
Theory, accepted!Genius juga Raihana ni kan?'Masuk bakul angkat sendiri'Ah sudah,takkan dilema buat Raihana tak waras?Sampai bercakap sendiri?'MAAA ,TOLONG!'
YOU ARE READING
Oh,Miss Heartless!
RomantizmOh,Miss Heartless! "Mengenali kau,aku belajar satu benda.Nak tahu apa?" "Apa?" "Jangan percayakan lelaki.Yang cinta cuma di bibir bukan hatinya.Yang perkataan sayangnya cuma bertahan sekejap,bukan untuk selamanya.Yang cintanya bukan kerana Tuhan tap...