Akashi mula bersikap dingin dengan Mirian,dia mula menjauhi gadis idaman dengan aktiviti kelab,sikap yang berubah sedikit banyak menyebabkan Mirian rasa sedih.Kabuto perasaan akan hal itu.Sejak kejadian bulan lepas dia was-was keadaan sekeliling mereka.Yang pasti mereka tidak akan lepaskan mereka berdua macam itu.
Sekolah mereka dalam diam mempunyai agenda tersembunyi.Kabuto sudah siasat gudang lama itu,tiada kesan barang -barang yang di masuki tempoh hari.Banyak yang di fikir Kabuto,dia terpaksa putus hubungan dengan pelanggan serta merta.Bahaya andainya mereka masih berhubung.Kegiatannya sebagai KAITO KID di bekukan untuk keselamatan indetitinya.
Mirian memandang Kabuto,dia menarik kerusinya mendekati meja lelaki itu,dengan malas dia letak kepalanya di meja Kabuto.
Kabuto melihat gadis di depannya itu.Di usap rambut brownie itu,Mirian terdiam malu.Nana memandang tempat lain bila melihat kemesraan temannya.Mirian mengangkat kepalanya memandang Kabuto,Kabuto tersenyum wajah Mirian bertambah merah bila senyuman Kabuto kelihatan nakal.Tiba-tiba bunyi kerusi di tarik kasar ,Kabuto dan Mirian berpaling melihat,Akashi tidak memandang mereka.Mirian kembali sedih.
"Mirian nak aku berbincang dengan teman kamu tu!?"ujar Kabuto.Mirian geleng kepala.
"Sampai bila kalian ingin dingin macam ini!?"pujuk Kabuto,dia tidak mahu kerana dirinya dua teman baik bermusuh.
"Seichu sedikit baran..kena ambil masa nak jirus air kat bara apinya itu!"Mirian balas dengan sindiran.Kabuto tergelak dalam rajuk ada lawaknya.
"Ahhhhhh bosan!!Kabu-tan hari ini teman aku makan kek di sebelah stesen masa pulang nanti!!"sengaja Mirian kuat nada suara.Nana dan dua teman ingin join Mirian,tapi Mirian ingin berdua dengan Kabuto,suara siulan dari teman kelas mula kedengaran.
"Kabu-tan suka hati minah ni!''bisik hati Kabuto.
"Jangan lupa Kabuuuuu-tan!"sengih Mirian.
Kabuto mengangguk kepalanya.
___________________________________________________
Asap berkepol keluar dari batang paipnya.Dia menghisap lagi dan hembus asap dari mulutnya,ketukan pintu membuat lelaki berusia 50-an itu memusing badannya bunyi keriut kerusi membuat suasana bertambah dingin,dua lelaki berkot hitam berdiri tegak di depan ketuanya itu.
Salah seorang dari lelaki berkot hitam itu menyerah fail kuning kepada lelaki itu.Lelaki itu bermuram durja,di baling fail tepat kemuka pekerjanya itu.
"Masih tidak tahu siapa mereka!!"lelaki itu bangun dari keselesaan kerusinya.Kedua hanya membisu sahaja.
"Dua budak sahaja kalian tak dapat cari maklumat!!!"jerkah lelaki yang sudah berusia itu.
"Kedua remaja itu tahu titik buta kamera,tapi salah satu gambar itu kami tahu seorang gadis berambut coklat perang tuan!"ujar lelaki yang dari tadi membisu.
"Memang aku nampak!!tapi gambar tak clear macam mana nak cari student sekolah yang berambut coklat perang di sekolah ini!takkan nak bunuh semua student berambut coklat perang di sekolah ini!!"ujar lelaki berusia itu lagi.
Sakit kepalanya memikir masalahnya sekarang,selama aktiviti haram tidak pernah terganggu tidak sangka gangguan dari dua remaja memberi masalah kepadanya,walau tiada tindakan dari kedua remaja itu,dia tidak ingin tanggung risiko dirinya.Apa-apa pun kedua remaja itu harus di hapuskan dengan apa cara pun.
"Kalian berdua jadi spy di sini perhatikan student sekolah ini!ingat jangan buat kesilapan lagi!!aku sendiri tamat nyawa kalian!!"ugut lelaki itu.Kedua-dua orangnya keluar dari bilik itu.Selepas beberapa saat seorang guru masuk menghantar fail kepadanya,lelaki tua itu memberi senyuman manis kepada guru itu.
___________________________________________________
Kabuto tidak dapat kata apa-apa bila melihat berbagai jenis kek dan manisan di atas meja,ada mata yang memandang dan tersenyum.
"Hei!! Perempuan kau nak makan semua ini ke?!"ujar Kabuto.
Mirian menelan kek buah kegemarannya.Dia memandang wajah Kabuto.
"Kau tak makan benda manis ke?"ujar Mirian.
Kabuto mengeluh,bukan kerana tidak suka sajian di depannya itu.Tapi cara Mirian membazir membuat dia mengeluh panjang.
"Kabu-tan usah risau aku belanja kau!!"Mirian menghulurkan satu pinggan kek Blueberry kepada Kabuto.
"Please jangan panggil Kabu-tan!panggil aku dengan cara biasa!"Kabuto ambil sudu,di lap sebelum menikmati kek yang di hulur gadis di depannya itu.
"Nape!!comel apa nama itu!!"mulut Mirian masih ada isi tidak begitu jelas bunyinya.
Di sudut corner kedai kek Akashi dan teamnya menikmati kek mereka.Akashi sengaja ajak team itu mengikutnya,hatinya begitu tidak tenteram bila melihat kemesraan kedua merpati sejoli itu.
"Kapten..napa tak berterus terang je!!"Kise sudah dapat baca isi hati kaptennya.
Yang lain terdiam,Kise memang tempah maut hari ini.Akashi mengelap mulutnya.Dia sedikit terkejut dengan tindakan temannya itu.Dia melihat gadis yang sedang menikmati kek itu.
"Kise!!"Akashi bangun dari kerusi.
Kise memandang kaptennya itu.
"Sila bayar semua hidangan ini!"Akashi berlalu pergi.
"Huhhh!!k...pten!"Kise sedikit terkejut.Daiki berterima kasih diikut teman yang lain.
Selepas bayar kesemuannya Kise mengejar teman-temannya.Tidak pasal-pasal duit saku bulan ini habis kerana mulutnya sendiri.
Kabuto memandang team Akashi yang baru berlalu pergi.Dia ingin menyambung makan,tapi seleranya hilang melihat wajah suram gadis di depannya itu.
"Nak pulang ke?"ajak Kabuto.
Mirian memandang Kabuto,dia angguk kepalanya.
Usai membayar mereka seiring jalan pulang ke rumah.Kabuto melihat bintang di langit ,hari ini bintang bergitu berkilau cantik dengan kerdipan yang meneman langit gelap.Mirian tarik jaket kepunyaan Kabuto,Kabuto behenti melihat Mirian.
"Ka..buto!sakit!"ujar Mirian perlahan.
"Perut kamu ke?"Kabuto melihat Mirian.
Mirian geleng kepalanya,air mata mula mengalir.
"Hati!!!"ujar Mirian,dia tidak dapat tahan perasaannya itu.
Lembut Kabuto mengusap air mata gadis itu.Mirian makin tersedu bila Kabuto mengusap pipi.
"Sudahlah nanti kalian kembali normal!"pujuk Kabuto.Dia tidak tahu memujuk Mirian.Makin di pujuk makin kuat gadis di depannya menangis.
"Mirian!!"Kabuto mati akal.Selamat laluannya tiada orang lalu lalang.Kalau tidak mungkin mereka fikir mereka bergaduh.Esakan Mirian mula sedu.Kabuto mengucup bibir Mirian,tindakan Kabuto membuat Mirian tercengang.Sekali lagi bibir Mirian di jamahnya,Mirian kaku sepi.Kabuto terus kucup bibir merah milik Mirian.Mirian mula membalas kucupan Kabuto bau manisan dari mulut Mirian membuat Kabuto lupa tindakan memang kurang sopan,balasan dari Mirian membuat dia terus menikmati, dua remaja hanyut dengan keasyikan.Bunyi hon lori membuat kedua-dua behenti.
Mirian tertunduk malu,Kabuto memandang tempat lain.Baru nak ucap kemaafan,satu tamparan kuat hinggap di pipi Kabuto,Mirian melarikan diri lepas melepaskan kemarahannya.Tindakan Mirian membuat Kabuto terkedu.
Mirian terus lari ke arah jalan besar.Dia memegang bibirnya,dia tahu ..dia pun bersalah,kerana ikut perasaannya Mirian menyakiti Kabuto.Tapi kehangatan kucupan Kabuto masih dirasai.Dia seharus menolak kucupan tapi kelembutan Kabuto membuat dia membiarkan lelaki kurus tinggi mengucup bibir.Angannya ingin kucupan dari Kaito,tapi kucupan pertamanya adalah lelaki bermata biru itu.
Longlai Mirian pulang kerumahnya.Dia terus ke kamarnya,dia tidak tahu macam mana untuk berhadapan dengan Kabuto.Di tampar pipinya,masalah lagi satu hadir dalam hidupnya.Di ambil bantalnya,dia menutup wajah.
"Kabutan!! Sumimasen!"ujar Mirian dalam hati,sekali air matanya gugur.Beberapa hari ini mudah dia mengalir air matanya.
YOU ARE READING
SI PENCURI HATI
FanfictionSiapa Kaito Kid?,dia bukan sahaja pencuri Phantom malah mencuri hati gadis-gadis seluruh jepun. 2 bulan yang lalu satu kejadian rompakan dalam sejarah Jepun,di mana belian MAHARAJA dalam kawalan ketat Muzium diraja di curi seseorang berpakaian taxed...