Episode 11

56 6 3
                                    

Sudah 2 hari Kabuto tidak hadir ke sekolah, ini membuat Mirian rasa bersalah, hidupnya jadi serba salah.Dia cuba hubungi Kabuto malangnya number yang dia hubungi di luar liputan.

Akashi mula risau dengan temannya, perlahan-lahan dia mendekati Mirian.

"Kau ok tak! "Akashi bersuara lembut.

"Ahhh... Hahaha aku ok la"senyum Mirian.

"Ohh.. Aku pergi toilet ye! "Mirian bangun dari duduknya.

Mirian memang dalam keadaan parah sampai pintu pun dia langgar. Akashi tepuk dahi. Rakan kelas semua terkejut dengan bunyi dentuman  kuat. Mirian tolak pintu dia terus keluar.

Tidak beberapa  saat bunyi benda lain jatuh. Semua budak kelas keluar ingin melihat apa yang berlaku. Mirian jatuhkan tong sampah tepi koridor habis sampah. Selamat masa tengah rehat.

"Hahahahaha tak ada apa-apa!! "Mirian melarikan diri.

"Mirian depan tue!!! "Jerit Daiki, tapi malang dia langgar  budak kelas lain. Mirian memohon kemaafan  dari budak yang di langgar.

"Parah si pendek nie!! "Ujar Kise.

"Pendek.....! "Akashi mengejek.

"Gulp!!hahaha tak.. Haha korang! "Kise cuba minta bantuan tapi malangnya semua cabut menghilangkan diri.

"Kise!!!....! "Senyum Akashi. Dia sambung lagi,.

"Masa latihan lari sekeliling padang sehingga di beri arahan seterusnya! "Akashi tepuk bahu Kise.

"K.... Kapten! "Kise tidak dapat bersuara. Longlai  dia masuk ke kelas.

Akashi mencari Mirian. Dia melihat jam di tangan hampir tamat waktu rehat. Akashi terus mencari temannya itu.

Mirian tak tahu kenapa dengan dia, sudah dua hari dia cuba melupakan kejadian malam itu. Air matanya mula ingin mengalir. Hatinya pedih bila Kabuto hilang begini. Kalau terus begini dia boleh terseksa tidak selesaikan  masalahnya.

"Sampai hati kau buat aku macam ini! "Suara Mirian mula sedu.

Dia terus berjalan tidak tentu arah. Mungkin ini balasan dirinya menyakitkan hati orang.Walaupun hakikatnya dia sendiri mula sudah menyukai lelaki tinggi lampai itu.

"Kabuto mana awak ye! "Mirian mula menangis.

Akashi mendengar suara orang menangis di bawah tangga. Sedikit menyeramkan kerana suasana  di situ sungguh sunyi.

"M.. M.. Mir.. Mirian!!? "Dia cuba memanggil.

Tangisan makin jelas, Akashi menjengah ke dalam sedikit. Terkejut dia bila melihat Mirian tengah menangis, wajah gadis itu betul-betul membuat dia rasa serba tak tentu. Mirian terus menangis tanpa segan silu.

"Mir.. Rian kenapa nie, apa yang berlaku!? "Akashi memang sedih melihat gadis itu. Lagi-lagi ini pertama kali dia melihat Mirian bersedih seteruk ini.

Akashi duduk disitu. Dia memang tak tahu nak pujuk gadis berambut coklat itu. Dia hanya mampu melihat sahaja.

"Mirian.. "Satu suara yang dia kenali.

"Kabu.. To! "Bisik hatinya.

Dia bangun dari tempat bersembunyianya. Akashi sedikit terkejut melihat reaksi Mirian. Mirian melihat sekeliling tapi tiada sesiapa. Akashi menepuk bahu temannya itu.

"Mirian kenapa!? "Tanya Akashi dengan lembut.

"Aku dengar suara Kabuto! "Mirian bagi tahu Akashi.

"Mirian kita berdua sahaja di sini.. Mirian kelas dah lama berjalan! "Akashi cuba memujuk Mirian. Dia rasa sesuatu yang pelik di situ.

"Tapi... Aku dengar suara dia la.. "Mirian tidak mahu mengalah.Akashi melihat sekeliling, memang kawasan ini sunyi dan jarang pelajar lain datang sini. Bilik makmal di hujung koridor sana yang selalu di gunakan pelajar menengah atas. Di sini ada 3 bilik yang masih belum di gunakan. Tapi salah satu bilik penuh dengan kerusi dan meja yang rosak. Mungkin stor untuk perkakasan sekolah yang rosak. Dua lagi memang kosong tertutup rapi.

"Mirian jom kita pergi dari sini! "Akashi pujuk Mirian. Mirian masih membatu.

"Please Mirian...! "Suasana yang senyap membuat Akashi tak tenang.

Tiba-tiba Mirian teringat kejadian yang menakutkan dahulu, semasa dia di buru lelaki berkot hitam yang memburu mereka berdua.Kabuto kelihatan tenang cuba menyelamatkan diri. Tiba-tiba dia teringat Kabuto tidak bagi dia berseorangan  di tempat begini, takut di serang oleh mereka.

Walaupun kelihatan tiada bahaya. Mirian kena harus berwaspada untuk mengelakkan rakan-rakan terlibat masalah yang membahayakan mereka nanti.

Dia juga tidak boleh berharap Kabuto selalu melindunginya, dia ketap bibirnya. Akashi melihat tingkah laku Mirian.

"Jom kita pergi.. Maaf! "Mirian terus berlalu pergi. Akashi ekori Mirian.

Beberapa guru berjalan di koridor, salah seorang dari mereka  menahan mereka kerana merayau semasa kelas masih berjalan dan lagi berdua berlainan jantina berada jauh dari kelas membuat guru itu tidak senang melihat mereka. Apa lagi bila melihat Mirian sedikit kusut membuat guru itu buat andaian, mereka berdua buat kerja tak senonoh. Akashi pertahankan diri, Mirian hanya mampu mendiamkan diri.

"Kenapa riuh rendah di sini? "Satu suara dari belakang.

"Tuan pengetua... "Guru itu memberi hormat.

Akashi dan Mirian tunduk hormat.

"Maaf  Tuan kalau saya buat bising di sini! "Akashi menunduk hormat .

"Hahaha orang muda.. Orang muda!takpe biarkan mereka cikgu.. "Ujar lelaki separuh umur.

Guru itu mengangguk bila pengetua meminta guru melepaskan mereka.Akashi betul-betul rasa gelabah. Mirian masih mendiamkan diri. Akashi melihat wajah Mirian sedikit pucat.

"Mirian kau ok tak!? "Akashi mula risau melihat wajah Mirian.

"A.. Ku ok je.. Aku nak pergi toilet.. "Mirian masuk salah satu tandas.

Di dalam tandas Mirian mencuci mukanya. Kenapa dia rasa tidak sedap hati bila berhadapan pengetua sekolah itu. Kabuto pernah kata mungkin ada aktiviti rahsia yang hanya orang tertentu sahaja terlibat. Malah kerana itu Kabuto sentiasa ada di sisinya.

Mirian ingin menangis lagi, pantas dia kesatkan air matanya. Selepas mencuci muka dan rapikan diri dia keluar .Akashi masih setia menunggu  dia.

"Maaf. ..Akashi! "Mirian senyum.

"Tak ada apa-apa la... "Akashi sedikit malu.

"Kita skip 3 kelas hari ini!! "Mirian baru teringat.

"hahaha ha... Mati kita! "Akashi baru teringat.

"Tak pe kita sama-sama kena marah! "Mirian tersenyum.

Akashi juga tersenyum, tapi di sebalik senyuman itu Akashi tahu ada sesuatu yang dia sendiri tidak dapat meneka. Wajah Mirian masih ada kebimbangan, walaupun Mirian cuba tenangkan diri, masih jelas kelihatan kegusarannya.

"K... buto dah kena b... unuh ke!? "Bisik hati Mirian.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SI PENCURI HATIWhere stories live. Discover now