Aku seorang yang beremosi dan terganggu. Namun, aku percaya dia wujud. Dia ada disebalik suka duka yang dilalui. Dia ada dan aku tahu kerana aku percaya. Aku cuma belum bersedia dan masih gentar. Gentar dirobek-robek kerana aku penuh dengan rasa emosi. Aku perempuan yang sering menangisi walaupun tiada apa yang terjadi namun, aku akan tetap menangis kerana aku taktahu. Setiap kali aku rindu, aku cuba menyebut namanya pada Ilahi. Setiap kali aku teringatkannya, akanku lihat foto-fotonya dan setiap kali aku menangis kerananya akan aku mengingati kisah-kisah silam yang pernah terpampar dalam ingatan. Setiap kali aku merindukan hasil tulisannya, akanku baca setiap persatu karangan yang pernah diberi olehnya. Aku tidak membuang dan tidak dibuang kerna aku tahu aku pasti merindukan setiap satu itu. Aku menyimpan dengan penuh rasa kasih. Rasa kasih yang diabadikan lama. Kita mungkin bersatu hati tapi bukan di dalam buku yang sama. Mungkin sekarang belum tiba masanya. Mungkin bukan nanti tapi aku pasti ada ruang buat kami kelak. Jika bukan didunia, mungkin di alam lain jua. Percakapan yang diucapkan perlu ditafsirkan melalui perbuatan dan bukan perbuatan yang perlu ditafsirkan oleh percakapan. Kerna perbuatan merangkumi segalanya. Jika sekarang kau berani maka kau berani selama-lamanya dan jika sekarang kau berdiam diri maka itulah kau pada hari nanti. Kau cuma perlu percaya jodoh itu ada dan hati kau tertarik pada siapa.
YOU ARE READING
Bicara diam
Random"suatu pernah kau sangka hidup kita di alam maya, bergantung teknologi yang tiada apa. Lihatlah dunia sebesar-besarnya, agar bahagia dikau disana, menanti diri hilang raga di jiwa"