D.U

17 0 0
                                    

Aku menulis dan terus menulis,
Menjadikan laman ini sebagai sandaran hati,
Menjadikan laman ini pembukaan bicara,
Aku sentiasa inginkan yang terbaik,
Aku sentiasa ingin yang semula jalan yang telah dirosakkan dan kembali pulih,
Sentiasa menginginkan apa yang dikehendak menjadi kemahuan,
Setelah apa yang telah dimulakan haruslah diakhiri sendiri,
Bukan suka-suka hadir,
Suka-suka pergi,

Aku tahu mana silapku,
Aku terlalu cemburu dan kecewa hanya kerana diri sendiri,
Tanpa ada tanda soal lalu berlalu pergi,
Jadi,
Aku mulakan lagi dan cuba lagi,
Sabar sayang,
Hampir tiba hari graduasi,
Tak lama lagi akanku keluar ke dunia realiti,
Akanku bantumu sedaya yang ku mampu,
Kerana yang ingin membina adalah kita,
Dosa yang dibina adalah dari kita,
Dan aku ingin akhiri dosa itu dengan hanya perkataan kita,
Aku tahu dan aku sedari akan ada satu masa kita bakal kelahi,
Kita bakal mendapat balasan dengan apa yang kita lakukan,
Aku ingin kau berdiri teguh bersama aku,
Aku ingin kau menjadi pengubahku,
Aku tahu dan aku percaya,
Waktu itu lama tapi kelihatan singkat,
Aku menginginkan kau untuk bersama,
Akanku bersungguh demi kita,
Percayalah, sayang.

Aku kejar impian,
Mengejar mimpi yang telah dibina dan akanku akhiri mimpi itu menjadi kenyataan,
Janganlah kita menuding lagi,
Aku takut sekali lagi,
Setiap masa aku berdoa,
Semoga apa yang ingin dicapai dapat tercapai,
Aku tak ingin itu hanya mimpi yang tidak tergapai,

Sabar, kekasih.

Tinggal sedikit sahaja waktu,
Dan aku lihat kau di situ,
Aku mula risau,
Air muka ku mula keliru,
Aku risau dan teruskan risau,
Pandanglah aku,
Tatapilah aku dan berkata jangan risau, akan ada waktu untuk kita bersama,
Sudah tidak lama.

Bicara diamWhere stories live. Discover now