cinta itu masih ada

31 0 0
                                    

Muliakah aku disisiNya?
Kerana mengkhianati
Mengkhianati janjiku
Janjiku pada ibubapa
Mengkhianati janjiku padaMu
Masih adakah rasa kesucian
Hilang murni dan suci
Dengan dosa yang pernah aku lakukan
Dosa yang aku khuatiri
Dosa yang aku tahu asalnya akan dibalas dengan lebih berat
Dosa yang akan dialami dia di alam kuburan
Masih adakah rasa kemaafan?
Masih adakah rasa ketaubatan diri?
Masih mampukah aku untuk kembali?
Adakah aku masih anak yang mereka harapkan?
Masih adakah rasa disisi itu?
Tuhan, kembalikanlah saat-saat yang aku pernah rindukan
Saat-saat dimana mereka masih ada
Masih aku perlukan.

Bicara diamWhere stories live. Discover now