hidup-ii

25 1 0
                                    

Wahai sang peri,
Aku tahu walau berapa banyak hati yang kau rosakkan,
Dan berapa banyak luka yang kau lakukan,
Aku tahu itu bukan niatmu,
Walaupun luaranmu itu tersangatlah kuat,
Namun, dalamanmu itu penuh kelemahan,

Wahai si kacak yang hilang rupa di wajahnya,
Aku tahu bukan wajah yang aku kenali,
Dan bukan fizikalmu yang aku hendaki,
Hanya cuma tinggal rasa dilubuk hati,
Aku tahu bukan semua manusia yang jahat,
Kenalilah aku,
Pimpinilah aku,
Kerana aku dulu sesat,
Dan masih sesat,
Aku cuba untuk percaya dan percaya,
Dan kini aku masih percaya.

Aku penuh rasa tidak timbul,
Kerna aku bukan orang yang kau sangka-sangkakan,
Dan aku sering dalam kelemahan,
Cuba berdiri malah jatuh dalam mimpi,
Aku cuba memberi dan pemberianku itu moga ia berharga,
Dan maka hargailah.

Kerana hati aku penuh rasa kesyahduan.

Bicara diamWhere stories live. Discover now