"Huawaahh!!! Isyaa!!! Jangan la pergi..." jerit Iza sambil berlari kearah aku dengan air hujan yang lebat di mukanya.
"Kau tak payah la nak nangis berbagai malu la orang tengok! Aku bukannya nak mati lagi lah..." usik aku. Haishh Iza ni buat malu aku jew orang tengok nanti tak pasai² nanti diorang kata aku buli dia pulak. Bisik dihati...
"Kau nih lah Isya boleh pulak cakap mati kang aku nangis macam orang gile kat sini baru kau tahu malu!" sentap Iza...
"Kau jangan nak buat malu ehh kat sini tapi at least bukan aku yang malu tapi kau la... Tak pasal² nanti orang kata kau nih macam budak OKU baru padan muka kau, nangis tak tentu pasal"
"Kau ni Isya mulut tak de insurans betol la...pandai² kau jee nak banding kan aku dengan budak OKU"
Hmm tadi dia yang kata nak nangis macam orang gila mujur aku kata OKU kalau dia gila memang aku cabut dulu lahh.... Iza... Iza...
"Isya perlu ke kau pindah. Kau tak sayang aku lagi ke?? Kalau kau pindah sape nak kawan dengan aku? Sape nak jadi satu kepala dengan aku lagi? " Soalan yang bertubi-tubi diaju ke aku.
"Aku kena pergi jugak sebab parents aku di tukarkan ke KL so aku kena pergi jugak la and parents aku tak harap aku tinggal sini sorang². Aku sayang sangat kat kau tau tak tapi di sebabkan hal ni aku terpaksa jugak pergi. Kan ramai lagi kawan yang lagi sekepala dengan kau bukan aku sorang je tau..." balas aku satu² dengan persoalan dia. Haishh macam² la Iza nih. Omel ku.
"Isya kau lain tak seronok la kalau tak dak kau. " Kata Iza dan terus memeluk aku.
"Kau ni la... Tak pe nanti aku ada masa aku datang lawat kau nehh...." kata aku sambil membalas pelukan dia.
"Hmm kau janji ehh??"
"Ye aku janji" aku agak sedih juga la perlu berpisah dengan sahabat karib aku tapi tulah nak buat camnaa...
Hari terakhir aku disekolah ini akan aku tatap dengan lama di ingatan ku agar tidak ku lupa satu persatu peristiwa yang indah di sini dan sini juga la selama empat tahun aku mendapatkan ilmu yang banyak agar dapat digunakan pada masa hadapan.
~~~~~~
"Mama perlu ke Isya ikut sekali kalau Isya tak pergi tak pe tak? Isya tak nak tinggalkan rakan² Isya..." Tanya aku kepada mama.
"Tak boleh Isya... Isya kena ikut papa dengan mama sekali pergi KL. Mama tak nak apa² berlaku dekat Isya mama sayangkan Isya sebab tu mama buat macam nih. Isya ja anak yang mama ada" kata mama sambil menatap ke mukaku.
"Hmm baiklah mama... Isya ikut je apa yang mama kata" kata aku dengan hati amat teramat perit sekali. Mau tak peritnya aku terpaksa tinggal kan rakan² tersayang aku. Hmm dah nak buat macan mana Isya dah takdir kau redha jela bisik di hatiku. Lagipun aku tak boleh la nak melawan kata-kata mama tak kira macam mana pun seorang ibu pasti akan melakukan yang terbaik untuk anaknya.
~~~~~
"Isya dah siap ke belum kita dah nak gerak dah ni! Barang yang tak penting tinggalkan dulu nanti diorang ambilkan sekali. Mama dah pesan dah dekat diorang untuk bawa sekali barang yang dalam bilik Isya tu... "Jerit mama dari tingkat bawah.
"Ok mama!" jerit pula aku. Hahaha bukan selalu boleh main jerit² dengan mama. Aku membawa bagasi aku dengan berhati-hati untuk menuruni tangga. Ishh aku nih bawak baju ke bata beratnya.
Dengan bismillah papa memulakan perjalan. Telingaku di sumbat dengan ear phone supaya tidak bosan lagi pun perjalan dari Johor ke KL mengambil masa yang agak lama. Kami singgah ke tapak R&R untuk bersolat zohor kemudian terus ke gerai makanan untuk makan tengah hari. Setelah makan tengah hari kami meneruskan perjalanan.
"Isyaa... Isyaa... Bangun la sayang kita dah sampai dah nii. Hai penat sungguh anak mama ni" panggil mama dengan lembut. Mau taknye anak tunggal katenye... ,Puan Nani dan Tengku Amar akan berikan kasih sayang yang cukup buat Isya dan disebabkan itu lah Isya sangat manja dengan Puan Nani dan Tengku Amar.
"Dah sampai ke mama soryy tadi Isya ngantok sangat...ingat nak tido kejap je tapi dah bukan kejap dah hehehe... "kata aku sambil senyum manis kepada mama dan di tambah muka manje. Alah kata anak mama mestilah kena buat manje sikit hahaha.
"Tak pe mama tahu anak mama letih nanti bawak naik bagasi Isya pastu solat lepas solat Isya rehat lah.. "ujar Puan Nani.
Selepas keluar dari perut kereta aku terus memandang ke arah rumah idaman baruku rumah yang bertingkat tiga dan dihiasi dengan halaman rumah yang luas."Wah! Cantiknye rumah ni mama."kata ku sambil menunjukkan tumb up ke arah mama
Selepas berkemas dan solat magrib aku turun ke ruang tamu. Mama memanggil aku."Mama nak gitau Isya something nih". Kata mama dengan muka berkeadaan resah.
"Apa mama? "soalku dengan muka yang penuh tanda tanya.
"Erm mama dengan papa dah bincang nak hantar Isya ke sekolah asrama sebab bila mama dengan papa kena handel kes di luar negara takde sapa nak jaga Isya nak tengok2 kan Isya" kata mama lagi.
What!!! Mama nak aku ke sekolah asrama that mean aku kena duduk asrama lah. Ish kau nih nama pon sekolah asrama mestilah duduk asrama bengap betul.
" But i don't want to go asrama mama... Or you can leave me at Aunty house?Papa can't i?" Rayu ku.
Yes aku memang tak suka tinggal di asrama sebab apa? Sebab aku tak dapat nak selesakan diri aku ditempat yang mama and papa aku tak ada. Maklumlah anak manje katanya.
YOU ARE READING
Sayang Kau Sorang! ( Slow Updated )
RomanceBila berjumpa ja gaduh tak ada angin tak adak ribut tengok-tengok dah berperang mulut nak macam perang dunia kedua dah.... "Kau ingat kau handsome kau boleh perli aku macam-macam ke tolong laa... "- Tengku Aisya Nadia. "Wow akhirnya kau kata aku han...