Kringg!!!....
Aku memandang ke arah meja Farhan. Dia dah pergi kot tak pela aman sikit hati aku.
"Ha jom aku lapar tahap gaban dah nih" kata aku sambil menggosok perut.
" Weh Isya untungnya kau dapat duduk sebelah dengan budak hot! " Kata Anis dengan perangai kegedikkan dia buat sementara waktu.
"Budak hot? Hot sangat ka aku tengok biasa² ja. Takde bajet takat mana pon."
"Ish kau nih jangan cakap macam tuh kuat² kang nanti minah gedik mana² dengar nahas kau dalam lubang jamban! " kata Anis sambil meluru menekup mulut aku.
" Engkau nak tahu dia budak paling hot dekat sekolah nih ramai minah kat sekolah nih minat dekat dia sampaikan kalau diorang ada dengar sapa² mengata dekat Farhan habis la orang tu... Ha nama dia pun ada tengku jugak macam kau Tengku Farhan Qalish. Haaa henshem siott! " Sambung Khai pula.
"Ekeleh buat apa aku nak takut dekat minah gedik tuh berani diorang nak apa² kan aku diorang tak tahu aku nih siapa nih aku bekas ahli teakwando tau!" cakap Isya dengan mengah. Isya... Isya kau nih main lepas je cakap noh kena depan muka baru padan muka kau nangis tak berlagu lah kau.
" Sudah la jom gi rehat tadi bukan main lapar kau Isya kang dah bunyi loceng meqeput lah kau kat sini" kata Anis dengan nada guraunya.
Kami terus pergi kearah kantin untuk membeli makanan.
Farhan pov
" weh tadi dalam kelas ada budak baru kan? Ish cun weh! " ujar Hafis merangkap sahabat Farhan.
" Haah.. Aduh semak betul la dengan minah tuh dah la duduk sebelah aku erhhh!" aku memang tak boleh sapa yang dudk sebelah aku. Aku nih suka duduk sorang² yela aman sikit.
"Ish kau nih habis tuh kalau dia tak duduk situ mana dia nak duduk dah alang² sebelah kau kosang biar jela. And orang kata kalau tak suka lama² jadi suka" sampuk Putra dengan nada mengusik.
" kau dah berapa lama tak makan kasut aku nih. Ka kau dah teringin nak makan lagi kalau nak meh aku tolong kau suap. Meh sini meh" kata Farhan dengan nada yang tinggi. Ish apa punya kawan nih bukannya nak redakan aku nak naikkan bara api aku ada lah.
" Lex ar Farhan aku gurau je bukan selalu weh" gelak tawa Hafis membuat kan Farhan duduk tidak senang.
Isya pov
"Isya aku nak gitau something sebelum berlaku apa² kat kau. " Ujar Khai
" Hah? Gitau apa? "
"Kau ingat tak minah gedik yang gelak tak ingat dunia tu? " soal khai.
"Haah...Why? " mesti lah aku ingat minah yang ketawa semasa pelajaran berlangsung. Orang nak belajar pun tak boleh, asyik dengar gelakkan pontianak mereka. Dan apa yang aku tahu diorang ialah budak yang paling over+kaya. Ok done.
" kalau diorang ade kacau engkau ke apa² kan kau jangan kata apa-apa tak pun kau buat tak tahu je tau" khai memberi nasihat kepada aku dan aku terima nasihat dia. Yela nak buat apa gaduh dekat sekolah? Orang datang sekolah nak belajar bukan fight tau.
" And dia tak kan puas selagi dia tak dapat apa yang dia mahu. So take care sebab cara dia usya kau pon macam lain macam ja masa kau duduk sebelah Farhan" sampuk Anis pula. Haish minah ni tadi bukan main makan tak ingat dunia agak² kalau bangunan ni runtuh sekali pun dia takkan sedar punya pa?. Omel hati Isya sambil tertawa perlahan.
"Kau nih dah kenapa tersengih sorang²? Kau ok ke tak nih? Haish lain macam je aku tengok dia nih seram pun ada" Anis terus membelek muka aku sampaikan lubang hidung aku pun dia nak travel.
"Hoi! Hoi! Yang kau dok jelajah habis muka aku nih pehal. Mulut kau tu jangan masin sangat kang jadi betul² lari tak bertempat lah korang. Sekali ku ngap terus aku telan. Hahaha!! " Gurau Isya dengan sedikit ketawa.
"Woi! Isya kau jangan buat main dengan mulut aku tau! Mulut aku nih kadang capoi sikit ha kena batang hidung kau padan muka kau" Terus Isya terdiam selepas mendengar kata² Anis tadi. Erk biar betul minah nih bahaya aku kalau macam nih.
Kemudian terdengar suara Anis dan Khai yang sedang gelak kan Isya sambil memegang perut mereka. "Hahaha lawaknya tengok muka kau yang terkejut beruk tadi sampai aku tak dapat nak tahan gelak aku nih" Khai terus menekup mulutnya untuk memperlahankan suaranya.
"Kau patut tengok macam mana rupa kau masa kau terkejut tadi serious wei lawak kot. Hahaha! " Anis tak dapat nak tahan gelak dia sampai kan semua orang yang berada di kantin terus memandang ke arah kami.
" Kau orang memang nak kena kot dah lama tak kena makan penampor kot. Kejap lagi dari korang dok makan laksa tu terus makan tangan aku nih. Korang nak ka? "
"Alah lex ahh Isya kitorang gurau je. Kalau makan penampor kau tak kenyang baik aku makan laksa aku nih lagi sedap dan mengenyangkan dari tangan kau" Kata Anis sambil ketawa bersama Khai.
"Ciss.. "
Isya menghabiskan makanannya bersama Khai dan Anis kemudian mereka terus ke kelas.
~~~~~~~~~~~~~
Sudah sebulan lebih aku bersekolah disini. Mama dan papa pon sudah jarang melawatnya alasannya sibuk sebab kena handel kes baru. Dan sebulan lebih juga lah aku tak henti² berperang mulut dengan Farhan. Boleh di katakan naik muak dengar ayat yang terpancul keluar dari mulut dia.
Isya terus berjalan menuju bilik guru. Cikgu Ros mengarahkan Isya untuk mengambil nota Fizik. Dan Cikgu Ros ialah sahabat karib mama. Sampai di meja guru Isya terus mengambil nota tersebut. Secara tiba-tiba terdapat suatu lembaga hitam melintas di hadapan Isya. Isya menelan air liur dengan perasaan takut Isya terus berjalan pantas untuk keluar dari situ dah la dia saja yang ada di situ.
Isya tersedar ada seseorang sedang mengekorinya dari belakang terus Isya menoleh kebelakang tapi tiada apa. Isya menoleh kembali ke hadapan dan alangkah terkejutnya terdapat seseorang lelaki yang tegap dan tinggi ingin menangkapnya. Dengan pantas Isya menendang tangan lelaki itu yang ingin menekup mulutnya Isya kembali menendang ke perut lelaki itu dan mengakibatkan lelaki itu tersungkir di lantai. Isya tak dapat melihat rupa lelaki itu kerana keadaan di situ agak kelam.
Mujur dulu mama dengan papa hantar aku di pusat teakwando dapat juga aku belajar pertahankan diri.
Tiba² seorang lelaki dari arah belakang menyuntik kan sesuatu ke leher Isya dan pandangan Isya menjadi semakin gelap Isya terdengar seseorang memanggil namanya.
"ISYA!!"
Isya terus rebah ke muka bumi.
YOU ARE READING
Sayang Kau Sorang! ( Slow Updated )
RomanceBila berjumpa ja gaduh tak ada angin tak adak ribut tengok-tengok dah berperang mulut nak macam perang dunia kedua dah.... "Kau ingat kau handsome kau boleh perli aku macam-macam ke tolong laa... "- Tengku Aisya Nadia. "Wow akhirnya kau kata aku han...