Bab 7

25 1 0
                                    

Isya pov

Aku tersedar dari pengsannya dan perlahan-lahan cuba untuk duduk.

"Kau dah sedar Isya! Syukur alhamdulillah" Terpancar riak lega di muka Anis.

"Ma.. Macam mana aku boleh ada di sini?" Aku cuba untuk mengingati apa yang terjadi sebelum ini. Tak... Tak silap aku Farhan ada sekali dengan aku. Aku memandang sekeliling aku untuk mencari gerangan lelaki itu.

Figura yang terbaring lemah di belakang aku amati. Apa yang terjadi sebenarnya ini? Kenapa Farhan kelihatan lemah sekali dan aku terlihat cecair darah yang pekat keluar dari celahan bajunya.

Tak.. Tak.. Tak mungkin!!

Aku menekup mulut kerana terkejut apa yang dilihat.

"Farhan!! " Aku berjalan lemah ke arah lelaki itu.

All pov

Isya berjalan lemah ke arah Farhan. Dia memangku kepala Farhan di atas ribanya.

Isya menangis kerana lelaki itu sudah tidak sedarkan diri.

Tangisan Isya mulai reda Isya terus pengsan di sisi Farhan. Semua orang yang berada di surau panik dengan keadaan mereka berdua.

~~~~

Bip... Bip... Bip...

Bunyi sesuatu yang membingitkan telinga aku membuat kan tidur aku terjaga.

Cahaya mulai menerangi mata. Wayar yang berselirat di tubuh aku biarkan. Aku melihat seseorang yang tidur sambil kepalanya beralaskan tangan.

Aku amati wajah dia yang bersih dan putih mulus itu yang tanpa jerawat dan parut di mukanya. Bulu mata yang panjang dan tebal menampakkan mukanya lagi comel.

Apabila aku memerhati mukanya hati aku terasa lapang dan tenang seolah-olah dia ialah cahaya yang indah dan... Cantik.

Farhan terleka hingga tidak sedar beberapa makluk ciptaan tuhan sedang memerhati perlakuannya.

"Ehem ehem...harom oii"

"Baru sedar dah buat perangai"

Farhan mendonggak ke arah geranggan suara² tersebut. Malu? ya malu, maunya tak malu elok bersweet sorang² pastu ada makluk asing yang tengok sama.

"Aishh diam lah korang bising ja kerja" katanya sambil menjeling ke arah mereka berdua siapa lagi kalau bukan Putra dan Hafis.

"Elele ketua pengawas kita dah jatuh cinta la weii" ketawa Hafis diikuti Putra.

"Kau diam"

"Tak nak mengaku pulak dia"

"Tulah malu-malu kucing pulak dah"

Menganjing mereka berdua bersama ketawa yang tidak lekang dari mulut mereka.

Bukk!!

Bukk!!

Hamek kau dua tempek headshot bantal yang di baling oleh Farhan. Korang menganjing lagi dengan aku haaa....

"Aduhh duhh" Hafis mengadu. Begitu juga Putra.

"Ehh bila masa kau dapat bantal tu banyak-banyak hah?" soal Putra sambil menggosok kepalanya untuk menghilangkan rasa pedih begitu juga hairan dengan Farhan tah dari mana dia rembat bantal tu...

"Memang tersedia khas untuk korang tau tak huh" Memang dari mula lagi dia telah menyadari bahawa telah tersedia bantal di bawah katil yang dia duduki.

Alang-alang seluk pekasam biar dari pengkal lengan terus aku hayun la apa nak tunggu lagi kan..

"Hishhh kau tak padan dengan sakit lagi ehh" Berang Putra.

Sayang Kau Sorang! ( Slow Updated )Where stories live. Discover now