12

4.2K 338 15
                                    


Aku menyumpah-nyumpah lelaki yang sedang menarik tangan aku. Siapa lagi kalau bukan Jimin pabo! Kalau bukan sebab mulut dia aku tak diberhenti sekolahlah! Eiii mulut celupar dia tadi nak je aku cepuk!

Aku melempiaskan marah aku dengan menghentam pintu keretanya tanda tidak berpuas hati. Selalu dia je nak angin. Harini biar aku pulak tunjuk angin aku.

"Lagi sekali kau buat macam tu dekat pintu tu..aku jual kau kat kelab malam."

Ok.

Aku kalah! Suami tak gune.

"Awak nak ke jual saya?" Dengan beraninya aku bertanya. Yelaa sebelum ni bukan main i love you bagai dengan aku.

"Sampai kau dapat bayar ganti rugi, aku ambillah kau balik." Jawabnya tenang tanpa memandang aku yang sudah terbeliak mata. Tak guna!

Suasana menjadi sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi tayar yang bergesel pada jalan tar.

Aku bermain dengan fikiran aku sebentar.

'Pelajaran aku macam mana kalau aku tak sekolah? Macam mana aku nak dapat kerja? Mana nak dapat duit? Kalau Jimin curang macam mana aku nak lari kalau takde duit?'

"Awak.."

"Ermm.."

"Saya nak sekolah kat tempat lain boleh?" Soalan aku berjaya memancing perhatiannya pada aku.

"Tak boleh. Aku tak nak keluarga kau cari kau."

Zapp.

Perasaan rindu pada keluarga aku mula datang apabila Jimin menyebut tentangnya. Omma..appa..abang-abang tak guna aku..aku rindu mereka. Dah lama aku tak nampak,dengar, sentuh mereka.

Tanpa sedar air mata aku mula mengalir membasahi pipi aku. Aku seka dengan senyap-senyap supaya Jimin tak nampak. Tak naklah dia fikir yang aku ni lemah bila sebut pasal keluarga.

♡♡

Aku mendekati tubuh Jimin yang sedang duduk santai di sofa berhadapan dengan tv yang sedang terpasang. Cerita apa yang ditengok pun aku malas nak ambil tahu.

Aku melabuhkan punggung disebelahnya. Pinggangnya aku rangkul perlahan. Aku merapatkan tubuh aku dengan tubuhnya. Aku jadi berani sekarang apabila aku tahu yang Jimin cintakan aku. Dan aku...cintakan dia juga.

'Bau dia Ya Tuhan..tabahkan hati gua.'

"Awak.."Panggil aku dengan meleret. Sengaja suara aku dimanjakan. Sengaja mengambil perhatiannya.

"Kau kerja je dengan aku. Cakap kau nak kerja apa." Seperti tahu sahaja apa yang aku nak cakapkan. Bagus.

"Kerja apa yang saya boleh ambil?"

"Banyak. Tapi..kau jadi P.A aku jela. Aku takde P.A." balasnya sambil memandang aku. Aku hanya mengangguk laju. Tak tahu kenapa,aku terdesak untuk tidak bergantung sepenuhnya pada suami aku. Aku takut...

Dia curang.

Mana tahu. Memanglah drama banyak tunjuk orang psiko jujur tentang perasaan dia. Sekali dia sayang dia memang sayanglah..apalah..sekali dia percaya,dia percayalah..

Tapi aku tak berapa pasti dengan suami aku. Dia..nampak macam biasa je? So tak mustahil sikap murni tadi dalam psiko dia takde. Aku yakin Jimin bukan pesakit psiko sepenuhnya. Dia cuma..kadang-kadang? Mengikut perkiraan akulah.

Aku memandang wajahnya yang ralit menonton kaca tv sehingga tidak sedar yang aku sedang merenungnya. Wajah kacaknya banyak memberi impak besar dalam hidup aku. Sentiasa bermain dalam fikiran aku sejak pertama kali nampak dia. Tapi malangnya dia tak senormal lelaki lain. Dan paling aku sakit hati adalah tentang perkahwinan kami.

Psycho Love ✔Where stories live. Discover now