"Oppa. Aku pergi dulu eh? Cakap kat omma dan appa yang aku pergi kerja." Baru sahaja aku ingin melangkah pergi, lengan aku ditarik sehingga tubuh aku terdorong ke belakang.
"Kerja? Kau kerja apa? Gro?"
Aku menumbuk bahunya. Dia mengaduh sakit lalu menggosok bahunya.
"Aku kerja halallah bro. Dahlah aku nak pergi ni. Kau jangan nak ikut aku eh?"
"Tak ada masanya aku nak ikut kau. Takde kerja. Dahlah hdignggfcdhjh."
Aku meninggalkan Jinyoung yang membebel sorang-sorang. Gila agaknya. Spesies Jiminlah kut. Spesies menyusahkan orang.
♡♡
"Maafkan saya tapi bukan salah saya. Encik sendiri yang tertumpahkan kopi encik. Lepastu nak salahkan saya pulak?" Aku cuba mengawal tona suaraku. Hampir je aku nak tampar lelaki di hadapan aku ni. Disebabkan aku tepis tangannya yang cuba untuk menyentuh aku, dia pulak buat fitnah kat aku. Babi punya jantan.
"Saya minta maaf encik disebabkan pekerja kami buat hal. Saya minta maaf sangat-sangat." Pengurus kami tidak berhenti menunduk-nunduk pada lelaki tak guna tadi.
"Lain kali. Nak kerja buat cara nak kerja. Dahlah! Aku dah tak nak pergi restoran ni!" Dia menempik kami berdua. Aku merengus geram. Aku mengangkat penumbuk aku apabila lelaki tadi mula membelakangi kami.
"Jina..." Yoora menurunkan tanganku lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku hanya mengeluh.
Akhirnya si jahanam tadi dah pergi. Aku mengeluh lebih berat. Yoora memandangku simpati.
"Aku tak akan pecat kau. Aku tahu kau tak salah. Lagipun aku nampak tadi apa yang dia cuba nak buat. Bersabar ya?" Yoora mengusap-ngusap lengan aku dengan wajah simpati dan aku pulak berasa lain macam. Aku cuba menjarakkan tubuhku darinya dengan mengelap meja yang kopinya tadi tumpah. Jantung aku berdegub kencang. Aku berpeluh. Apakah perasaan ni?
Yoora akhirnya pergi semula membuat kerjanya seperti biasa. Aku memandangnya dari jauh.
Kulitnya yang putih melepak. Rambut panjangnya yang sentiasa mengurai. Bibirnya yang selalu dicalit dengan lipstick merah sentiasa membuatkan aku terpesona. Lagi-lagi bila first time aku berjumpa dengannya untuk interview. Tuhan je yang tahu berapa excited nya aku waktu tu. Tidak habis-habis aku tersenyum sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Dan waktu itu barulah aku tersedar yang aku ni Lesbian.
Bukan salah aku jika aku jadi begini. Kalau bukan disebabkan bekas suamiku mesti aku tidak fobia untuk bersama lelaki. Lagi-lagi apabila mengandung. Dan gugur. Erghh. Aku dah tak nak rasa sakit seperti itu. Cukuplah aku rasa sekali sahaja seumur hidup. Kalaulah lelaki juga boleh rasakan kesakitan seperti itu, dah lama aku pergi mengandungkan dia lepastu gugurkan. Barulah dia rasa betapa peritnya bila tergugur.
Aku memalingkan wajahku ke tempat lain apabila Yoora mula menyedari kehadiran aku dari jauh ini. Aku cuba berpura-pura sibuk. Satu senyuman dihadiahkan kepadanya untuk menutup rasa kekok ini.
♡♡
Jimin menggenggam rambutnya kasar. Dia kelihatan sangat gelisah. Penampilannya sudah tidak terurus. Entah bila kali terakhir dia mandi.
Dia berjalan ke hulu dan ke hilir.
"Macam mana aku nak cari kau balik Jina?! Mana kau menghilang hah?!" Dia menjerit kuat di penjuru rumahnya. Matanya meliar mencari kelibat isterinya.
"Oppa penatlah nak cari Jina. Mana awak sayang? Oppa menyesal ikut cakap si psiko tu! Oppa minta maaf!!"
Namun tiada langsung sahutan daripadanya. Aku mula rasa marah.
Jimin mengeluarkan telefon bimbitnya yang sudah lama mati akibat tidak dicharge. Dia membawa telefon bimbit itu ke telingannya tanpa mengambil tahu apa-apa.
"Aku tahu kau yang hilangkan isteri aku!! Jawablah bodoh!! Apahal kau diam!??!!"
Jimin menjerit seperti orang gila walaupun tiada siapa yang mendengar amarahnya kecuali dirinya sendiri. Dia melangkah ke luar rumahnya. Dia memasuki perut keretanya.
"Malam ni aku datang tempat kau. Kau jangan nak lari pulak pengecut." Katanya lalu menghidupkan enjin keretanya. Telefon bimbitnya yang langsung tidak berfungsi dilempar ke tempat duduk sebelah.
♡♡
"Jihyun!!"
Jimin memecah masuk pejabat milik adiknya. Adiknya yang sedang membuat kerja di mejanya diluru laju. Kolar milik Jihyun ditarik dekat dengan tubuhnya. Mata Jimin mencerlung tajam wajah yang sangat dibencinya itu.
"Mana kau letak isteri aku hah??!!!"
"Pfftt. Bukan kau sendiri ke yang buang dia."
Jimin membulatkan matanya. Cengkamannya makin dikuatkan.
"Aku lepaskan dia sebab kau!! Kau yang ugut untuk bunuh dia kalau aku tak lepaskan dia!!! Sekarang kau dah musnahkan hidup aku dua kali!!! Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya hah!!!?"
Jihyun tergelak kecil. Dia menolak Jimin jauh darinya dengan kuat. Disapu bahunya berkali-kali. Dia juga membetul baju kemeja yang tersarung pada badannya yang sudah ronyok akibat perbuatan Jimin.
"Aku seronok tengok kau jadi macam ni. Nak tahu sebab apa?"
Jihyun mendekati tubuh Jimin perlahan-lahan. Matanya terbeliak marah.
"Sebab kau tu selalu jadi perhatian omma appa dari kecik! Aku? Diabaikan macam anak pungut!! Kau dapat markah teruk diorang masih boleh bagi semangat kat kau! Aku? Diorang rotan aku sebab dapat markah teruk!! Lepastu kau buat apa kat aku? Kau ejek aku!
Setiap malam aku selalu dengar omma dan appa berbincang untuk bagi aku pada keluarga lain! Kau? Kau apa tau??! Aku diberi tekanan jiwa setiap hari sampailah aku mula suka tengok orang lain terseksa. Termasuk kau!! Hahahahaha! Seronokkan jadi macam ni?!"
Jihyun tergelak seperti orang gila. Dia meramas-ramas rambutnya kasar. Nafasnya kedengaran kuat di dalam pejabat itu. Mukanya merah padam. Serabut.
"Akhirnya aku dah jadi macam ni mestilah omma dan appa bencikan aku! Kau nak tahukan kenapa aku buat macam ni? Sebab aku nak kau jadi macam aku! Supaya omma appa tak sayangkan kau jugak! And tengoklah sekarang!! Hahahaha! Kau gila!! Aku gila! Kita semua gila!!" Jeritnya sambil merentap-rentap rambutnya kuat. Banyak rambutnya yang gugur berterbangan di udara.
Jimin mula menangis. Dia takut. Dia marah. Dia kesian. Dia simpati. Dia geram. Semuanyalah.
-Tbc-
912 words.Sorry korang. Kalau ada ketidakfahaman ayat tu maybe sebab author tgh rushing. Sorry jugak sebab jarang update? Time ni adalah curik masa sikit. Sebab seriesly author selalu tertidur awal sebab penat.😭🔥
YOU ARE READING
Psycho Love ✔
FanfictionAku mengambil pisau lipat di poket seluar aku lalu kulit aku ditoreh sedikit. Darah aku biarkan menitik pada tempat dimana darahnya kering tadi. Aku tersenyum lebar. Aku menggosok darahku dengan darahnya yang telah kering. "Sayang tengok sayang. D...