Jina mencelikkan matanya. Terasa satu tangan sasa sedang memeluk pinggangnya. Dia tersenyum kecil apabila teringat tentang semalam.
'Jimin dah terima aku sebagai isteri dia. Macam tak percaya je dia dah lupakan kakak aku.'
Perutnya yang masih kempis diusap perlahan.
"Suatu hari nanti..mesti akan ada hadir satu nyawa dalam ni."
Pergerakkan Jina membuatkan Jimin menggumam perlahan. Jina tergelak kecil.
'Seganas manapun suami aku ni ada jugak kecomelan dia.'
Jina menyentuh kulit pipi milik Jimin dengan lembut. Dia mendekatkan mukanya dengan bibir Jimin supaya dapat berikan satu kucupan sebelum dia beredar. Namun pergerakkannya terhenti apabila lelaki itu bertindak menciumnya dahulu. Walaupun terkejut, dia tetap membalas ciuman Jimin.
"I love you."
Bisik lelaki itu ditelinganya. Jina tersenyum lebar. Di hatinya terselit sebuah kebahagiaan.
"I love you too." Balasnya.
♡♡
"Hi awak."
Jina menoleh apabila dia terdengar suara disebelahnya.
"Hi bunny." Balasnya sambil membalas senyuman lelaki itu.
Jungkook mengerutkan dahinya. "Kenapa bunny?"
Jina menunding mulut milik Jungkook. "Tu..awak punya macam arnab. Comel. Tapi saya lagi suka mata awak. Lagi comel."
Jungkook tiba-tiba membuat aegyo membuatkan mereka berdua ketawa. Mereka berjalan beriringan sehingga sampai ke kantin.
Walaupun ada mata-mata yang sedang perhatikan mereka,namun sikit pun tidak membuatkan Jina terasa apa-apa. Baginya ini perkara normal. Lagipun Jungkook sendiri kata dia tak famous tapi mane taulah kan. Diakan handsome. Mesti ramai peminat punya.
"Strawberry or mango?" Kedua-dua kotak jus dilayangkan ke muka aku.
"Strawberry. Thank you!" Kotak jus beralih tangan. Aku membukanya lalu meneguk sedikit airnya.
"Petang ni..free?" Tanya Jungkook. Pantas aku menggelengkan kepala. Kalau dengan Jimin takde masa aku boleh keluar pergi mana-mana. Menempah maut namanya. Lagi-lagi dengan lelaki.
Muka Jungkook terus berubah. Dia membuat muka sedih. Alahaiii ni yang aku cair ni.
"Sorryyy..tapi serious saya tak boleh keluar. Banyak kerja." Aku memberikan senyuman padanya. Berharap dia boleh terima alasan aku. Dia membalas senyuman aku. Nampaknya dia faham.
Selepas sahaja bunyi loceng tanda rehat sudah tamat, aku berjalan ke kelas berseorangan. Aku memgambil tempat duduk yang satu-satunya dalam kelas. Milik aku.
Kelas yang hanya terisi dengan satu meja, satu kerusi,buku-buku keperluan,papan putih dan juga meja serta kerusi cikgu. Jimin betul-betul tak nak aku bergaul dengan budak-budak dalam sekolah ni. Tapi kenapa eh? Aku tengok semua okey je. Takde pun ada kes apa-apa. Lainlah kalau sekolah ni dibenarkan main bunuh-bunuh ke apa. Sebab pengetua diakan psiko. Aku menggigit bibir. Pengetua sekolah nilah suami kau jugak ngok.
"Haih.."aku hanya mampu menghela nafas.
"Kamu okey Ms.Choi?" Aku mengangkat kepala. Pandangan tidak bermaya aku tujukan pada cikgu perempuan di hadapan aku.
"Awak nampak macam takde mood. Masih nak teruskan class?" Aku menggeleng.
"Teacher tak marah kalau saya tak nak belajar?" Perempuan separuh abad itu mengangguk sambil tersenyum. Dahi aku makin berkerut. Wth peraturan sekolah ni.
"Saya bukan nak biadap tapi apa fungsi sekolah ni dibina kalau pelajar tak nak belajar pun dibenarkan?"
"Sekolah ni masih mengamalkan peraturan macam sekolah biasa cuma kamu saja yang istimewa." Aku mula rasa pelik.
"Apa maksud teacher saya istimewa?"
"Mungkin awak istimewa untuk si pemilik sekolah ni?" Aku tenung anak mata wanita dengan bersungguh,menanti jawapan yang lebih tepat.
"Park Jimin?" Tebak aku. Wanita itu mengangguk membuatkan jantung aku terhenti untuk seketika.
"Teacher kenal dia? Means rupa dia, umur dia?" Tanya aku dan wanita itu mengangguk lagi. "Siapa je yang tak kenal dia. Dia selalu pergi ke sini untuk meronda kawasan sekolah. Sebab tulah ramai kalangan murid di sini tergilakan dia. Ada juga kes ambil dadah sebab ada khabar angin yang mengatakan Encik Park dah berkahwin." Mata aku makin membulat.
"Teacher tau ke siapa isteri dia?"
Wanita itu hanya menggeleng. "Encik Park tak pernah bawa isterinya datang sini. Lagipun cari nahas kalau isteri dia tunjukkan muka. Mau kena bunuh." Aku meneguk liur. Nampaknya aku betul-betul kena jaga rahsia ni baik-baik.
"Ermm..boleh saya tahu kisah silam sekolah ni? Atau pelajar-pelajar ke?"
"Sekolah ini dibina untuk pelajar yang memang diblacklist untuk mana-mana sekolah. Kira macam budak-budak juvanalah tapi bersekolah macam biasa. Kira nasib baiklah mereka tak buat perangai kat sini." Aku hanya mengangguk. Tapi kalau mereka tak buat perangai kenapa aku tak boleh bergaul pula.
"Jina."
Kepala kami berdua menoleh pada satu arah. Berderau darah aku melihat lelaki yang berada di muka pintu itu. Apa yang dia buat kat sini?
"Selamat pagi,Tuan Park." Teacher aku sudah menunduk hormat. Aku teragak-agak untuk buat begitu. Akhirnya aku hanya membatu sahaja.
Jimin mendekati keberadaan kami. Dia memandang aku dengan pandangan redupnya. Membuatkan aku tergoda walaupun sekejap. Akhirnya dia berhenti di hadapan aku. Rapat sampaikan aku boleh bau wangiannya maskulinnya.
"Saya minta diri dulu ya." Teacher mula pergi. Meninggalkan aku seorang dengan lelaki ini. Berdua.
"Apa yang awak buat kat sini?" Aku mula berundur ke belakang apabila lelaki itu bertindak merapati aku. Aku berhenti apabila punggung aku terlanggar meja aku sendiri. Aduh kelas punya luas, nak juga kau ada kat sini ha meja?
Tangan Jimin diletakkan pada bucu meja. Mengunci aku yang berada ditengah-tengah tangannya.
"Takkan nak jumpa kau pun tak boleh." Aku hanya menggeleng.
"Bukan saya tak nak bagi. Tapi.."
"Tapi apa? Takut aku tangkap kau bergaul dengan orang kat sini?? Aku dah bagi amarankan! Kenapa kau degil jugak nak buat??!!" Semburnya pada muka aku. Aku cuak. Macam mana dia boleh tahu?
"Maa naa ada. Saya bergaul." Aku tergagap. Perkara utama yang aku takut apabila melihat Jimin marah. Marah dia bukan marah biasa-biasa.
"Apa aku nak buat dengan kau eh? Nak berhentikan sekolah? Aku sendiri yang akan ajar kau! Nak?!" Katanya dengan sebuah senyuman yang creepy. Aku meneguk liur.
"Jangan! Saya tak nak! Kenapa awak susah sangat nak bagitahu saya kenapa?!! Kenapa saya tak boleh nak bergaul dengan diorang!? Awak seksa saya secara mental tahu tak?! Aku suruh jangan tapi tak bagitahu kenapa."
Tubuh aku terus dihentak pada meja di belakang aku. Sakit belakang aku dibuatnya.
"Aku tak nak kau diapa-apakan. Tolonglah dengar cakap aku. Tolong bagitahu aku yang kau tak mengaku depan diorang yang kau ni isteri aku. Aku-"
"Omaigad!"
Kami berdua menoleh pada luar kelas. Ada orang intai kami!
"Shit!" Aku dengar Jimin mencarut.
"Kau berhenti sekolah mulai harini! Fullstop!"
Kini giliran aku pula yang mencarut.
-Tbc-
1024 words.
Sorry merapu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Psycho Love ✔
Fiksi PenggemarAku mengambil pisau lipat di poket seluar aku lalu kulit aku ditoreh sedikit. Darah aku biarkan menitik pada tempat dimana darahnya kering tadi. Aku tersenyum lebar. Aku menggosok darahku dengan darahnya yang telah kering. "Sayang tengok sayang. D...
