Aku memandang rumah teres di hadapan aku. Teringat segala memori waktu kecil dahulu di rumah ini."Jina?"
Aku yang seperti baru tersedar menoleh ke arah omma. Omma tersenyum melihat reaksi aku.
"Marilah kita masuk. Appa dan oppa kamu menunggu."
Mata mula aku bersinar. Aku segera berlari memasuki rumah, meninggalkan omma yang tergeleng-geleng melihat telatah aku.
Oppa aku mendepakan tangannya ke arah aku. Meminta sebuah pelukan daripada aku.
Air mata aku bergenang.
Aku meluru ke arahnya. Ingin memeluk tubuhnya namun lain jadinya apabila di bergerak setapak ke tepi.
Dan aku melanggar dinding. Tak guna punya abang!
"Hahahahahaha! Rindu nak peluk dinding ya?"
"Apalah oppa ni..orang sedih-sedih rindu kat dia. Ini yang dia buat kat kita?" Aku memeluk lutut,menyembamkan mukaku pada lutut. Acah-acah merajuk.
"Alaa sorrylah. Oppa pun rindu kat Jina..alaaa..sorrylahh.." Dia menarik-narik lengan aku. Memujuk kononnya.
"Apalah kamu berdua ni! Macam budak-budak! Haa..Jinyoung elok-elok sikit dengan adik kamu tu. Dia tengah berpantang lagi tu." Jerit omma dari dapur.Oppa berhenti menyentuhku. Aku dapat merasakan aura daripadanya.
"Kau mengandung?"
Aku mengangkat kepala. Memandang reaksinya.
"Gugur." Balasku perlahan namun cukup untuk dia mendengarnya.
Matanya lebih membulat. "Anak sapa?! Penculik tu?! Dia rogol kau??!"
Aku mengangguk dan menggeleng. Oppa memandang aku lebih tajam.
"Ya anak penculik tu. Bekas suami aku."
"Bekas?"
Aku mengangguk.
"Dia dah mati."
♡♡
Mayat Jena aku letak ke atas katil di bilik tetamu. Handbagnya aku pakaikan ke lengannya.
"Sorry lah aku pukul kau. Jangan cakap kat Jina tau. Nanti dia marah kat aku."
Aku menyentuh biji matanya yang seperti mahu tersembul keluar.
"Ni..kau tidurlah dulu." Aku menarik kelopak matanya untuk menutup matanya namun tidak berhasil. Berkali-kali aku cuba namun tidak berjaya. Aku tergelak perlahan.
"Kau tak nak tidur its okay tapi jangan pandang Jina aku tau. Nanti dia takut sebab kau seram. Boleh jadi perlakon cerita hantu tahu. Tapi kau yang jadi hantu."
Aku meninggalkan dia yang berada di dalam bilik itu.
"Dia patut mandi. Busuk tahu." Umpatku sendirian. Tak nak berterus terang dengannya. Lagipun perempuankan sensitif apabila orang bercakap tentang bau badannya.
Aku tersenyum. "Nasib baiklah Jina aku sentiasa wangi." Aku termalu sendiri apabila teringat tentang isteriku.
Aku menyentuh pipiku yang basah. Kenapa aku tak boleh berhenti menangis ni?
♡♡
"Omma. Boleh Jina tanya sesuatu?" Omma yang sedang memotong bawang memandangku sekilas sebelum mengalihkan pandangannya semula.
"Ada orang bagi alamat hospital dan nombor bilik kamu pada omma. Tu yang omma terus pergi tu. Appa dan oppa kamu pun tak sempat omma nak bagitahu."
Pandanganku menjadi sayu apabila teringatkan tentang Jimin. Saya harap awak membuat keputusan yang betul Jimin. Permainkan cinta saya pada awak. Mungkin keputusan yang terbaik untuk awak.
Aku mengerutkan dahiku. Kenapa aku nak fikirkan tentang dia lagi? Dia dah mati!
"Jina tolong omma belikan barang dapur boleh? Sejak kamu hilang haritu oppa kamu yang gantikan kamu tapi setiap kali dia beli mesti jenama lain. Pening omma tengok jenama yang dia beli. Semua takde tanda halal."
Aku hanya tergelak kecil. Oppa..oppa..
"Okeylah omma. Jina pergi beli barang dulu eh?" Aku mengambil senarai barang dan duit daripada omma sebelum menunggang motor ke pasaraya. Motor appa dulu selalu aku guna ke mana-mana seorang diri. Bujanglah katakan. Tapi tu dululah sebelum jadi janda anak mati satu macam sekarang.
Sampai sahaja pintu masuk, aku melangkah ke tempat barangan basah. Aku menyeluk poket untuk mengambil senarai tadi. Troli yang memang aku dah ambil awal-awal tadi aku pegang supaya tidak bergerak memandangkan lantai basah.
Akibat tangan aku tiba-tiba bocor membuatkan senarai itu terjatuh. Aku membongkok untuk mengambilnya namun satu tangan lain lebih cepat menyambar kertas itu.
Kami sama-sama bangun membuatkan kepala kami berlaga.
"Ahh! Mianhae!!" Jeritnya.
"Nado mianhae!" Aku juga menjerit akibat terkejut. Buka sahaja mata membuatkan hati aku berdebar semacam.
"Awak punya kertas." Dia menghulur senarai itu pada aku. Aku kaku. Wajahnya sangat perfect di mata aku. Mampu membuatkan aku terpesona.
"Awak...?" Tangannya melambai-lambai sehinggalah aku tersedar. Aku tersengih malu apabila tertangkap memandang wajahnya lama.
"Terima kasih." Aku tidak mampu memandangnya. Setiap kali mataku bertembung dengan pandangannya membuatkan mukaku berbahang dengan tiba-tiba.
Apabila dia ingin beredar,tanpa sedar aku menarik lengannya. Dia memandang aku pelik. Aku menarik nafas.
"Boleh bagi nombor telefon awak?"
Ini gila.
Semuanya sangat gila.
Sebab dia perempuan.
-Tbc-
708 words.
Dah ada kat asrama. Tak leh nak tidur 😭😭😭
YOU ARE READING
Psycho Love ✔
FanficAku mengambil pisau lipat di poket seluar aku lalu kulit aku ditoreh sedikit. Darah aku biarkan menitik pada tempat dimana darahnya kering tadi. Aku tersenyum lebar. Aku menggosok darahku dengan darahnya yang telah kering. "Sayang tengok sayang. D...