14

3.7K 283 86
                                    


"Kau masih tak boleh lupakan dia lagi ke?" Jimin hanya mengangguk. Yoongi menarik nafasnya dalam.

"Tolonglah weh. Kau dah kahwin..kau tetap ingat pasal dia lagi?"

"Aku tak boleh nak lupakan dia wei. Dia cinta pertama aku. Aku..aku dapat maklumat yang dia hidup lagi. Aku..aku nak tebus kesalahan aku yang dulu." Yoongi mengetap giginya.

"Kalau kau jumpa Jena, macam mana dengan isteri kau?" Jimin mengangkat kepalanya yang sedari tadi menunduk. Mata milik Yoongi ditatapnya tajam.

"Aku nak lepaskan dia." Mata Yoongi terbuntang. "Kau sendiri kata kau cintakan dia!"

'Kau gila ke?' Tapi hanya terlepas dalam hatinya sahaja. Jimin memang gila pun!

"Aku kahwin dengan dia untuk lupakan cinta pertama aku..sebab muka diorang sama. Mereka kembar." Mulut milik Yoongi kini melopong.

"Kau kahwin dengan kembar dia macam mana kau nak lupakan Jena?! Dahlah muka serupa! Ni..kau kahwin dengan dia sebab apa? Jena?" Jimin mengangguk perlahan.

"Kau..cintakan Jena lagi?" Jimin mengangguk.

"Kembar dia macam mana?"

Lelaki itu hanya diam. Yoongi mengeluh.

"Kau janganlah macam ni. Cuba kalau kembar dia tahu pasal ni. Tak ke dia sedih nanti? Dia cintakan kau ke?"

Anggukan Jimin membuatkan Yoongi makin geram. Sah lelaki ni dah tak reti berfikir.

"Senang kata...baik kau lepaskan dia sekarang-"

"Tak boleh!"

"Asal pulak? Kau dah berubah fikiran? Nak cintakan dia?" Yoongi mula menarik senyuman.

"Tak. Aku dah sentuh dia. Dia bakal lahirkan anak aku." Senyuman Yoongi mati.

Yoongi menepuk dahinya. Entah-entah dia pula yang gila melayan si Jimin ni. Sekejap kata itu, sekejap kata ini. Pening kepala dibuatnya.

♡♡

"Dia dah masuk rumah?" Lelaki dihadapannya mengangguk.

"Kau dah bawak dia makan?" Lelaki itu mengangguk lagi.

"Bagus." Beberapa keping kertas dimasukkan ke dalam jaket lelaki itu. Jimin menepuk bahunya perlahan.

"Fail?" Lelaki tadi menghulur satu fail bewarna merah kepada Jimin. Jimin tersenyum lebar.

"Kau dah cari dia ke?"

"Saya dah jumpa dia bos. Dia sekarang tinggal dekat kawasan perumahan dia dulu. Tinggal seorang. Buat masa sekarang dia takde berhubungan dengan sesiapa pun."

"Bagus. Bagus. Kau boleh blah sekarang." Jimin tersenyum lebar. Tak sabar hendak berjumpa dengan kekasihnya dahulu.

"Chagi ah oppa datang."

♡♡

"Penatnya." Jina merebahkan badannya pada sofa. Kusyen diambil lalu disembamkan ke mukanya.

Dia mengalihkan kusyen tadi. Jam di dinding ditilik. 'Dah pukul 11. Jimin tak balik lagi.'

"Mandi dululah."

-

Selesai membersihkan diri, dia menilik jam lagi. 11.30. 'Dia ni memang tak reti balik ke apa?'

Jina mencapai handphone nya. Nombor Jimin dipilih lalu gajet itu ditekap pada telingannya.

"Tuutt..tuuuttt.."

Tiada sambungan talian.

"Tolonglah angkat. Aku risau kau bunuh orang ke apa harini. Tak pasal-pasal kau heret mayat balik rumah,aku yang kena bersihkan lantai." Handphone dicampak pada katil apabila panggilan tidak dijawab walaupun sudah berkali-kali dia mencuba. Putus asa dibuatnya.

Jimin

Pintu diketuk berkali-kali. Aku berdoa agar rumah yang aku tuju ini betul. Aku nak sangat jumpa dia. Tolonglah buka. Takkan tak ada orang kut?

"Ya? Encik nak ap-"

"Chagi!!" Aku menahan pintu yang hendak ditutupnya dengan kaki. Dengan kudrat yang ada,aku menolak pintu sehingga terbuka luas.

"Chagi..opp-"

"Siapa chagi awak?!! Siapa awak??!" Jena mengalirkan air matanya. Ya Tuhan..aku tak sanggup melihatnya.

"Chagi ah..tolong jangan nangis.." Aku berjalan mendekatinya namun dia juga bergerak mengundur ke belakang, cuba menjauhi aku.

"Awak nak apa lagi Jimin?! Tak cukup ke awak sakitkan saya dulu? Awak bunuh saya! Awak pembun-"

Bibirnya aku cium supaya dia berhenti bercakap.

Aku rindu sangat-sangat dengan ciuman ini. Ciuman yang sentiasa buat aku rasa dicintai.

Aku memegang belakang kepalanya untuk memperdalamkan lagi ciuman kami. Pinggangnya aku rangkul.

"Bogoshipda." Aku sempat membisikkan perkataan dalam ciuman kami. Air matanya mengalir lebih deras.

"Jjjiiminn..le..pass.." Ciuman dileraikan dan kami berdua mengambil nafas. Keadaannya, aku masih memeluk pinggangnya.

"Chagi..kalau masa boleh diputar kembali..oppa tak akan ikut cakap Jihyun.. biarlah oppa mati pun. Oppa menyesal sakiti sayang dulu. Oppa cuma-" Aku berhenti bercakap apabila jari runcingnya menyentuh bibir aku. Air mata aku dikesat dengan jarinya yang lembut. Aku terbuai dengan senyumannya.

"Chagi maafkan oppa..oppa tak perlulah risau. Benda dah lepaskan?..hurm?" Aku mengangguk laju. Bibirnya aku cium sekilas.

"I love you too much sayang! Oppa janji yang oppa tak akan sakiti sayang lagi. Oppa janji! Kita akan hidup bahagia semula..oppa.."

"I know oppa..hehe." Dia tergelak kecil membuatkan aku terpesona. Aku rindukan dia..aku rindu suaranya yang lembut, aku rindu suaranya ketawa, aku rindu pandangannya yang penuh dengan cinta. Aku rindukan semuanya! Semuanya tentang dia.

"Kita kahwin?"

♡♡

Aku mengonyoh kedua-dua mata aku. Ruang di sebelah aku disentuh. Kosong. Nampaknya Jimin tak tidur sekali.

Bilik air dituju. Aku membasuh muka dan menggosok gigi sebelum bersarapan.

Selesai sahaja, aku menguak pintu untuk keluar dari bilik dan ia terkena hujung ibu jari aku.

"Auch! Babi punya pintu! Ergh!" Pintu disepak dan ia membuatkan kaki aku yang satu lagi sakit. "Dua-dua tak gune. Pagi-pagi dah menyusahkan aku."

Jina menunduk untuk melihat kedua-dua kakinya tetapi niatnya terbatal apabila dia ternampak sesuatu.

"Eish Jiminie pabo ni. Baju pun tanggal rata-rata."

Satu persatu baju dikutip. Seluar,jaket, stokin lah. Namun perbuatannya terhenti pada satu objek.

"Sejak bila Jimin pakai skirt ni?" Langkah diatur mengikut baju-baju yang berterabur. Air matanya mula bergenang. Ada pakaian perempuan lain..Yang pastinya memang bukan miliknya.

Dia berhenti di hadapan pintu bilik tetamu. Tangannya menggeletar apabila tombol pintu dicapai. Pintu terbuka apabila tombol dipulas.

Mata Jina terbuka luas. Mulutnya yang terlopong ditekup dengan kedua-dua tangannya.

Muka perempuan yang sedang berbaring dengan suaminya memang serupa dengannya. Dan dia tersedar sesuatu.


"Unnie??!!!"


-Tbc-

922 words.
Lusa dah balik asrama. Tak tau nak rasa apa. -.-'

Psycho Love ✔Where stories live. Discover now