17

3.6K 279 37
                                    

Aku melangkah mendekati suamiku yang berada di sofa. Aku memeluk tubuhnya. Kepala aku tongkatkan pada bahunya lebar.

"Awak."

"Hurm."

"Belikan saya tteokbokki boleh? Saya dah lama tak makan." Aku cuba mengerdipkan mataku berkali-kali. Berharap dia akan cair.

Jimin berhenti menonton tv dan menoleh ke arah aku. "Sekarang?" Aku mengangguk.

"Sorry menyusahkan awak." Kata aku apabila dia mula bangkit. Dia mengucup bibir aku.

"Dah menjadi tanggungjawab aku." Kata-katanya membuat aku tersengih.

♡♡

Jimin menghayunkan langkahnya ke arah sebuah kedai. 'Mammy's Cooking' iaitu kedai masakan tradisional korean. Selepas meminta pesanannya dibungkus, dia mengambil tempat. Dia memperhatikan pelanggan-pelanggan yang lain yang turut menunggu sepertinya.

Salah satu pasangan di dalam kedai itu telah menarik perhatiannya. Dia menyorokkan mukanya di balik menu yang memang berada di atas meja.

Kelihatan Jena dengan seseorang yang sangat dibencinya dunia dan akhirat!

Park Jihyun!

Apa yang adiknya buat dengan bekas kekasihnya? Kenapa Jena boleh tersenyum dengan orang yang mahu membunuhnya dahulu?

Hati Jimin mula diburu rasa marah dan tidak sedap hati. Apabila difikirkan perkara itu mulalah kepalanya sakit. Tanpa sedar, kakinya laju meluru ke arah mereka berdua.

"Kau memang tak guna!!" Jeritnya lantang lalu sebuah tumbukkan mengena ke muka adiknya. Hampir semua pelanggan menjerit terkejut.

Besar silapnya kerana di dalam kedai ini adiknya bukanlah berseorangan.

Kedua-dua belah tangannya dikunci oleh beberapa konco milik Jihyun. Lelaki itu tersenyum sinis memandang muka merah milik Jimin.

"Kita jumpa lagi eh? Kau tak seronok nampak aku ke hyung?" Pipi milik Jimin ditolaknya.

"Hah?" Ditunjal dahi abangnya pula.

"Tuih! Siapa seronok jumpa setan hah?!" Jimin meludah tepat mengena pada muka yang paling dibencinya.

"Kurang ajar kau!!"

Jihyun menumbuk perut milik Jimin. Senak dibuatnya. Jimin tidak mampu melawan kerana lengannya erat dipegang oleh orang yang bertubuh sasa yang berdiri di sisinya.

"Kau memang tak guna!! Patutlah omma tak sayang kau!! Psiko!!" Jimin bercakap dengan payah kerana darah yang seperti mahu tersembur dari mulutnya.

"Aku tak gila!! Kau yang gila!! Fucker!!"

Jeritnya sebelum dia mengambil sebuah gelas lalu menghentakkannya pada kepala milik Jimin sehingga gelas itu pecah. Akhirnya tubuh Jimin terkulai layu. Tangannya yang dipegang tadi dilepaskan membuatkan dia menyembah bumi. Darah yang mengalir di dahinya membuatkan dia berasa sebak tiba-tiba.

Apabila Jihyun dan konco-konconya blah, dia bangkit dengan perlahan. Air matanya mengalir. Dia sedih dengan hubungan adik beradiknya yang tidak pernah akan baik. Tubuhnya yang lemah dipaksa olehnnya untuk berjalan. Walaupun keadaannya yang hampir nyawa-nyawa ikan, tiada seorang pun yang baik hati mahu menolongnya.

Sekotak tisu diambilnya lalu dibawa keluar dari kedai bersamanya. Sambil dia berjalan ke rumah, sambil itu dia menarik tisu untuk mengelap darah yang masih setia mengalir dari kepalanya.

Dua tapak.

Tiga tapak.

Empat tapak dan lelaki itu jatuh pengsan. Ramai orang terkejut mula menghurungnya yang sudah tidak sedarkan diri seperti semut.

Jina menunggu kepulangan suaminya dengan resah. Dah hampir malam, kenapa kelibat suaminya masih tidak kelihatan? Adakah suaminya dilanggar kereta? Oh tidak! Jangan lah ianya terjadi. Jina hanya berdoa di dalam hati. Tingkap di ruang tamu itu acap kali dia pandang. Kot-kotlah suaminya sudah pulang.

"Baby..mana papa kamu ni? Mama risaulah.." Perutnya yang masih kempis diusapnya perlahan. Kepalanya tidak berhenti menoleh ke arah tingkap yang menggambarkan halaman rumah mereka.

Hatinya diketuk oleh perasaan risau. Banyak. Sangat risau. Entah apa yang berlaku pada suaminya.

"Jimin..bila awak nak balik ni? Saya risau.."

Akhirnya Jina tertidur di sofa apabila jarum jam telah menunjukkan angka tiga.

♡♡

Jimin membuka matanya apabila dia mula tersedar. Dia mahu mencapai kepalanya yang berdenyut-denyut namun tidak berjaya. Kedua-dua tangannya diikat pada kerusi yang sedang diduduki olehnya.

Dia mula meronta apabila satu figura yang berada di hadapannya dapat dikenal pasti olehnya.

"Rileks..aku tak berniat nak bunuh kau pun..buat masa sekaranglah." Kata lelaki itu sambil membetulkan butang tangan tuxedo yang berada di tubuhnya.

"Apa kau nak daripada aku? Tak cukup lagi ke kau dah musnahkan hidup aku dulu??!"

Lelaki itu berhenti membelek kukunya. Dia memandang muka Jimin yang lemah itu dengan senyumannya yang creepy. Keningnya yang terukir cantik dinaikkan berkali-kali.

"Jinjja?? Apa yang aku mintak cuma..sikit je. Tak banyak pun."

♡♡

Jimin pulang ke rumah dengan wajahnya yang sugul. Keningnya tidak habis-habis berkerut.

Daun pintu ditolaknya kasar. Jina yang tidur di ruang tamu terkejut dengan demtuman pintu yang menghempas dinding. Namun wajahnya berubah apabila melihat  wajah suaminya yang dinantinya sejak malam tadi.

"Awak dah balik. Omo!! Wae gurae!!?" Jina meluru ke arah suaminya. Tangannya menyentuh kedua-dua belah pipi suaminya untuk melihat kesan luka di ubun Jimin.

"Jangan sentuh aku!" Terkejut Jina dibuatnya apabila Jimin menepis tangannya kasar. Perasaan kecil hati dibuang jauh-jauh. Takkan Jimin sengaja berbuat begitukan? Lagipun dia tengah sakit kut.

"Mari saya sapukan ubat. Nanti jadi makin teruk." Aku cuba mencapai tangannya namun dia menepis dengan lebih kasar dan hampir membuatkan aku terdorong ke belakang. Aku tak boleh menafikan lagi. Aku memang betul-betul terasa hati dengannya.

"Apa masalah awak hah?!" Air mata aku merembes keluar. Sejak mengandung ni makin emosional aku dibuatnya. Aku dah tak boleh nak pujuk hati sendiri juga.

"Masalah aku ialah kau!! Kalau bukan sebab tteokbokki bodoh tu aku tak jadi macam nilah!! Semuanya bermula dengan kau mengidam kononnya!!"

Aku menyentuh dadaku yang terasa sakit.

"Saya mengidam pun sebab anak awak jugak! Awak sendiri kata ini adalah tanggungjawab awak!"

"Kalau macam tu. Dia bukan anak aku lagi." Kata lelaki itu sebelum meninggalkan Jina yang mula banjir dengan air matanya.

Apa masalah dengan dia hah?!

-Tbc-

898 words.

Yrros?
Rasa pelik pulak bila letak nama Jimin dengan Jihyun dalam scene ganas-ganas. Sebab nama diorang comel. Lepas tu dengan muka comel dorang lagi.

Btw Jihyun tu memang nama adik kandung Jimin dalam alam nyata. Comel giler. Tak caya searchlah. Author nak ltak gambar Jihyun tapi wifi kat kampung tak berapa nak kuat sangat.



Psycho Love ✔Where stories live. Discover now