Kau kejarkan dia yang memberi harapan.
Kau kejarkan dia yang tidak membalas cintamu.
Kau kejarkan dia dengan mengorbankan segalanya termasuklah kebahagiaanmu.
Tetapi , setelah kau berbuat begitu ?
Apa yang kau kecapi ?
Hasil apa dapat kau banggakan?
Pengorbanan ?
Tidak sama sekali.
Meskipun kau bilang ,
"Kau bahagia , aku pun turut berbahagia"Tetapi hasilnya tetap sama ?
Segala yang kau korbankan kau pendamkan akhirnya akan terkubu jua setelah dia bersama orang lain.
Apa yang kau mahu sesalkan?
Masih ramai yang sayangkan kau . Tuhan , ibu bapa kau .
Tetapi mengapa haruskah dikejarkan yang sia-sia ?
YOU ARE READING
L U A H A N
SpiritualSekadar kata kata atau luahan jiwa yang dinukil tulus dari seorang remaja biasa yang menceritakan keadaan insan sekelilingnya dan takdir kehidupan.