Kasih Fareez

7.6K 44 0
                                    

Tajuk : Kasih Fareez
By : Pink Heart
Episode : 1

Hari yang indah untuk beriadah,tapi bagi shiqa itu semua tiada lagi memberi keindahan kepada dirinya.Hari ini, sahlah shiqa bergelar janda yang tak beranak.shiqa hanya hendak melapangkan hatinya yang sedang sedih kerana diceraikkan oleh bekas suaminya hanya kerana seorang perempuan yang lebih sempurna di mata alfan bekas suaminya.sebelum shiqa melangkah keluar dari mahkamah syariah kota kinabalu,alfan berkata sesuatu kepada shiqa.
“shiqa,abang harap shiqa tiada dendam dengan abang ok.shiqa cukup sempurna di mata abang.tapi,abang nak hidup yang lebih fun and bebas melakukan apa saja yang abang suka tanpa ada isteri yang suka sangat sibuk tentang kebebasan abang.Lara adalah wanita yang amat memahami abang dan abang ingin memiliki lara.tapi,abang kena ceraikan shiqa demi lara.abang harap shiqa faham."
Shiqa hanya memandang alfan pergi dengan linangan airmata.bagi shiqa,bergelar janda di usia yang muda amat sukar bagi shiqa.tapi shiqa harus terima kenyataan,dan hidup harus di teruskan.shiqa hanya ingin berjalan-jalan di shopping mall imago kk time square untuk membawa hatinya yang dilukai oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.pandangan shiqa hanya kosong bila shiqa berjalan di ruang bangunan imago itu.shiqa melangkah masuk ke kedai buku popular,shiqa ingin mencari buku yang mampu merawat hatinya yang sedang bersedih.buku panduan kehidupan dan buku novel yang boleh memberi hiburan kepada dirinya.shiqa berjalan menuju ke bahagian susunan buku novel cinta-cinta.bagi shiqa,membaca buku kisah cinta ini mungkin akan memberi dirinya harapan untuk meneruskan kehidupannya.
Shiqa membelek-belek novel yang bertajuk “kasih untuk mu”.shiqa membaca sinopsis cerita novel itu dan tersenyum
“macam best saja buku ni.”kata shiqa dalam hati.
Lalu shiqa nekad untuk membeli novel tersebut.lalu shiqa beredar ke kaunter pembayaran selepas shiqa mengambil buku panduan kehidupan.selesai saja shiqa membayar buku yang dibelinya tadi,shiqa bercadang untuk terus pulang. sedang shiqa berjalan di tingkat dua untuk turun ke tingkat satu,shiqa disapa oleh seorang lelaki yang mengenalinya dirinya.
“Ashikqa Taznim kan?”kata lelaki itu.shiqa kebuntuan kerana lelaki itu tahu namanya.
“ya saya.encik ni siapa?”Tanya shiqa.
“takkan tak kenal saya?”Tanya lelaki tersebut.
“siapa ya..kejap saya ingat-ingat dulu .”jawab shiqa sambil meingati wajah lelaki yang berada dihadapannya sekarang.
“saya lah Fareez,takkan tak kenal?”jawab lelaki itu.
“ya Allah,yes.sekarang saya dah ingat.Fareez pulak.kenapa saya boleh lupa.”jawab shiqa sambil tersenyum.
“lama kita tak jumpa kan fareez?sejak hujung tahun 2012 kan.time tu you dipindahkan ke ibu pejabat kat kuala lumpur.so,how are you fareez?”kata shiqa.
“Yes,you right.I sekarang dah dipindahkan semula ke sini.because takde yang pandai nak handle kerja I dulu tu kat cawangan kk ni.”jawab fareez.
“oh.so,you cuti ke hari ni?”Tanya shiqa lagi.
“this is weekend shiqa.memanglah cuti.”jawab fareez tersenyum.
“Ya Allah,I lupa la you.”jawab shiqa sambil tersenyum.
Fareez tersenyum  melihat shiqa.hatinya gembira bila memandang wajah shiqa yang telah lama tidak pandangnya.kerana shiqa dulu isteri orang,fareez hanya melihat shiqa dari jauh sahaja.tetapi hatinya tetap merindui wajah shiqa dan senyuman shiqa.tapi apakan daya,shiqa milik orang,fareez hanya mampu redha.
“mana husband you shiqa?tak nampak pun.”tiba-tiba fareez bertanya perihal suaminya.
“oh..susah I nak katakan sekarang fareez.”jawab shiqa
“why?what happen?”kata fareez.
“macam mana I nak bagitahu you?its so complicated.sekarang I sedang bersedih dan patah hati fareez.”kata shiqa
“just tell me shiqa.tak usahlah you nak malu dengan i.mana tahu I boleh tolong you selesaikan.”kata fareez lagi.
“hari ni, I sah diceraikkan oleh husband I fareez.”shiqa memalingkan mukanya ke arah lain.bukan niat shiqa untuk membuka aib dirinya.tetapi,dirinya msh belum boleh menerima kenyataan.
“I’m so sorry shiqa.i tak bermaksud nak buat you sedih.”kata fareez.
“its ok fareez.you tak tahu kan.so I terima maaf
You.”jawab shiqa sambil tersenyum.walaupun shiqa sedih,dia tak mahu fareez melihat yang dia sedang bersedih dan patah hati.
“you ni,masih boleh nak melawak kan.”kata fareez.shiqa hanya tersenyum.
“life must go on fareez.buang yang keruh and mulakan hidup baru betul tak?.”jawab shiqa.
“ya,you right shiqa.”jawab fareez.dalam hati,fareez sangat gembira bila dia tahu yang sekarang shiqa bukan lagi milik orang.
“Akan ku menangi semula hati mu shiqa.kini aku berpeluang untuk memiliki mu.walaupun you berstatuskan janda,I tak kisah.”bisik hati fareez.hari itu,fareez memasang azam untuk memikat hati shiqa dan menyunting shiqa menjadi suri dalam hidupnya.
“fareez,rasanya I gerak dulu la.nanti I tertinggal bas lah pulak.”kata shiqa mematikkan lamunan fareez.
“eh,you naik bas ke?”kata fareez.
“yes,”jawab shiqa.
“kalau macam tu,apa kata I hantar you pulang?lagi pun I nak balik juga ni.”jawab fareez.
“seriously fareez,I pulang kat kampung I tau.i tak tinggal di kk ni dah.”kata shiqa
“its ok shiqa,anggaplah I bantu you.setakat nak hantar ke kampung you bukannya jauh sangat pun.”jawab fareez.
“fareez,papar tu jauh tau.buka 5minit saja dah sampi.”kata shiqa.shiqa ingin mengelakkan dirinya duduk satu kereta dengan fareez.nanti banyak soalan yang akan fareez Tanya.nanti tak pasal-pasal ditanya nya macam-macam soal kehidupannya yang lepas bersama bekas suaminya dulu..Naya plak..sebab itu shiqa tidak mahu dihantar pulang oleh si fareez.
“shiqa,I tau.you janganlah menolak pertolongan I  ni.kita kan kawan.so,tak salah kalau kawan ingin membantu kawannya yang sedang dalam kesedihan.”kata fareez.shiqa tidak tahu hendak kata apa dah.mahu tak mahu,shiqa terpaksa mengizinkan fareez menghantarnya pulang.
Dalam perjalanan pulang,shiqa hanya mendiamkan diri sahaja tak bercakap walau sepatah perkataan pun.fareez hanya mendiamkan saja kerana tahu yang shiqa risau dan malu.tapi setelah 1/2jam mereka meninggalkan Bandar kota kinabalu,fareez mula bersuara.
“shiqa,kenapa awak diam?”Tanya fareez
“I takut fareez.nanti apa pulak mak dan ayah I cakap.baru bercerai dah ada yang hantar balik.nanti I dikatakan pulak perempuan yang tak baik.”jawab shiqa.
“you,jangan risau.nanti lepas I hantar you depan rumah,I terus balik ok.”jawab fareez sambil tersenyum.melihat shiqa tidak menjawab percakapannya tadi,fareez hanya memandang shiqa sejenak dan meneruskan pemanduannya.dalam hati fareez,dia sangat gembira bila bertemu dengan shiqa semula dan yang paling penting,dia tahu kampung dan rumah shiqa sekejap lagi.bolehlah dia selalu berkunjung ke kampung shiqa untuk memikat hati shiqa dan keluarganya.setelah sampai di kawasan kampung malawaring bongawan papar,fareez bertanyakan kepada shiqa simpang jalan masuk rumah shiqa.
“shiqa,simpang mana nak masuk rumah shiqa ni?”Tanya fareez.
“depan lagi you.ada roundabout,masuk sebelah kiri.”jawab shiqa.
“ok.”jawab fareez ringkas dan meneruskan pemanduannya.sesampai saja didepan rumah orang tua shiqa,shiqa membuka pintu kereta Toyota Dmax fareez dan turun dengan perlahan-lahan lalu mengucapkan terima kasih kepada fareez.fareez hanya tersenyum memandang shiqa yang berlalu pergi masuk ke dalam rumah.fareez hanya memandang shiqa sebelum fareez pulang semula ke kota kinabalu.tetapi,belum sempat fareez mengundurkan keretanya.seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an melambaikan tangan kepada fareez menyuruhnya tunggu sekejap.fareez kehairanan lalu memberhentikan keretanya dan menurunkan tingkap kereta.
“ya bang?”Tanya fareez.kehairanan.
“abah saya suruh encik ni singgah dulu.”kata lelaki itu.
“hah?ok sekejap ya bang.”jawab fareez.
“alamak,kenapa pulak bapa shiqa panggil ni.adui memang shiqa kena marah tadi oleh bapanya ni.”fareez berkata kepada dirinya sendiri.lalu,fareez parking keretanya di bawah pokok ketapang ditepi rumah orang tua shiqa dan turun dari kereta.
“assalammualaikum..”fareez memberi salam.
“waalaikumsalam,masuklah nak.silakan duduk dulu ya.kejap lagi makcik hidangkan air”kata seorang wanita yang sedang berdiri depan pintu kepada fareez.
“mungkin ini mak shiqa.”bisik hati kecil shiqa.fareez hanya menuruti kata makcik itu tadi.
“hah,anak ni ke kawan sekerja dengan shiqa dulu kan?”kata seorang lelaki tua yang baru keluar dari dapur dan bertanya kepada fareez.
“saya pakcik.”jawab fareez dengan perlahan kerana risau pulak dimarahi oleh bapa shiqa.
“tak payah risau dan takut nak,pakcik ni, Cuma nak ucapkan terima kasih kerana menghantar shiqa pulang.maklumlah dia tadi ke mahkamah syariah seorang diri untuk kes penceraiannya.kami sekeluarga tak tahu pun yang shiqa ni dah diceraikan oleh suaminya.shiqa ni banyak berahsia dengan kami.sebab tulah pakcik sekeluarga tak temankan shiqa hari ini.”jelas bapa shiqa.
“sama-sama pakcik.kebetulan saja saya jumpa shiqa di shopping mall tadi.dia kata nak balik guna bas.bila saya fikir-fikirkan bahaya pulak takut nanti fikiran shiqa melayang tengah nak melintas jalan.”jawab fareez yang kehabisan idea dan alasan yang kukuh untuk dikatakan agar keluarga shiqa tidak salah faham.
“oh macam tu ceritanya.takpa, pakcik faham.oh,lupa pulak pakcik nak tanya nama anak ni.”kata bapa shiqa.
“nama saya Muhammad fareez bin ahmad alzam.panggil fareez saja.”jawab fareez.
“oh fareez.pakcik ni pak arul, makcik kamu tu pulak mak zah dan yang lelaki ni pulak abang si shiqa.panggil saja abang asran.”kata pakcik arul.
“abang asran.”sapa fareez.dan asran hanya senyum.
“pakcik arul.rasanya dah lama saya kat sini.saya balik dulu lah ya.”kata fareez.
“eh,jangan balik dulu.fareez makan dulu ok lepas tu baru balik.”kata pakcik arul.serba salah plak fareez nak menolak,terpksa la dia bersetuju.
“dah pak arul cakap macam tu,saya menurut saja.”jawab fareez sambil tersenyum.fareez tidak dapat mengelak daripada bapa shiqa.shiqa belum lagi tahu yang fareez belum balik.tadi semasa shiqa melangkah masuk ke rumah,pak arul menegur shiqa bertanyakan tentang kes penceraiannya yang selama ini shiqa diamkan.shiqa hanya menceritakan dengan ringkas saja kerana tidak mahu memanjangkan cerita yang membuatkn  hatinya sakit.pak arul hanya mengeleng-gelengkan kepala saja mendengar penjelasan shiqa.dan sangka pak arul,yang menghantar shiqa pulang itu adalah alfan bekas suami shiqa.tapi shiqa mengatakan bukan alfan.sebab itulah pak arul menyuruh abang shiqa memanggil fareez masuk untuk mengucapkan terima kasih.selesai saja shiqa membersihkan dirinya,shiqa keluar dari bilik tanpa memakai tudung untuk menutup auratnya kerana shiqa tidak tahu bahawa fareez ada diruang tamu sedang berbual-bual dengan abahnya.dengan selamba shiqa melintas keluar rumah dengan rambutnya yang tidak diikat kerana masih basah dan menegur abahnya.
“abah,abang asran mana?tadi abang kata nak pungut buah durian yang jatuh kat belakang rumah tu.”dengan selamba saja shiqa bertanya ke arah pak arul dan tidak menyedari fareez sedang merenungnya.
“abang kamu ke pekan kejap.la kamu ni shiqa,yang kamu tak pakai tudung ni kenapa?”Tanya pakcik arul.
“aikk abah,bukan ada orang lain pun dalam rumah ni.takkan lah shiqa nak pakai tudung lagi pun rambut shiqa belum kering lagi ni bah.masih basah nanti berbau lak pulak.”jawab shiqa lembut sambil mengambil cucur pisang yang ada di meja makan.lalu shiqa menoleh dan memandang abahnya.
“astagfirullahalazim abah!!!!!!!!!!!”teriak shiqa lalu berlari masuk semula ke bilik.terkejut mak zah mendengar shiqa menjerit.lalu dia berlari ke depan rumah bertanyakan suaminya.

Bersambung....

Kasih FareezWhere stories live. Discover now