Tajuk : kasih fareez
By: pink heart
Episode : 5“tapi macam mana fareez tau semua cerita ni?”Tanya datin wainur.hairan dengan cerita fareez.
“tadi tengahari,fareez pergi ke kk time square jalan-jalan cuci mata.fareez terserempak dengan shiqa.bila fareez Tanya dia balik naik apa?dia jawab naik bas.so,fareez tak suruh dia balik guna bas.and fareez dengan rela hati menghantarnya pulang ke kampungnya.and blab la bla…mcm yang fareez cerita awal tadi.bila keluarga shiqa menolak pinangan itu,mereka Tanyalah sebab penolakkan itu.tiba-tiba shiqa jawab dah ada orang yang datang meminang.apa lagi mereka nak buktilah.jadi fareez ni berlakon jadi orang yang meminang tu.tau-tau dorang tak percaya and nak bukti.”jawab fareez panjang lebar.
“so,macam mana fareez nak buktikan?”Tanya datin wainur
“so,fareez jawab majlis kami akan berlangsung bulan depan.mereka apa lagi,nak hadir ke majlis kahwin kami.fareez pun terkejut mama.kami tu hanya berlakon nak elakkan supaya bekas abang iparnya itu tak kacau shiqa.tapi lain lah pulak jadinya.”jawab fareez.
:fareez,mana sempat nak buat persiapan tu dalam masa yang singkat.papa fareez lagi belum tahu ni.apa yang kita perlu bagitau papa ni fareez?kata datin wainur.tiba-tiba datuk ahmad alzam bersuara dari arah anak tangga.
“kalau dah itu kata fareez,kita buat sajalah mamanya.”
“papa?papa tak marah ke? macam mana dengan calon yang mama dah sediakan untuk fareez pilih tu?”Tanya fareez.
“itu baru calon je fareez,belum tentu lagi.dah kamu kata dah ada calon,papa ikut saja.awak mamanya and qewa,buat persiapan untuk majlis fareez ok.hujung minggu ni kita hantar rombongan meminang yang betul-betul, nak hantar wang hantaran terus lah.”terang datuk ahmad alzam.
“thank you papa.”jawab fareez dengan senyuman yang lebar.
“sama-sama fareez.oh ya,berapa hantaran yang mereka minta?”kata datuk ahmad alzam.
“mereka tak minta walau sesen pun papa.cukuplah sekadar bayaran untuk tok kadi,saksi dan mas kawin.”jawab fareez.
“eh,mana boleh kita tak bagi apa-apa.walaupun statusnya janda,ltu tak bermaksud kita ambil anak orang macam tu saja.”kata datuk ahmad alzam.
“betul fareez,mama pun tak setuju dengan apa yang keluarga shiqa minta.macam nil ah,kalau rm20k cukup tak?”kata datin wainur
“rm20k?serius ke ni mama?”jawab fareez
“fareez,berbaloilah tu.”kata Qewa.
“banyak sangat tu mama,nanti risau pulak mereka tak terima.”jawab fareez.
“biar mama dan papa yang uruskn semua.so,fareez just bawa shiqa pilih baju nikah dan baju bersanding ok.”jawab papanya datuk ahmad alzam.
“fareez hanya menurut kata papa dan mama.kalau baik dimata papa dan mama,baik juga dimata fareez..”kata fareez.alangkah gembiranya fareez bila keluarganya menyokong perkahwinannya dengan shiqa.lalu fareez meminta izin papa dan mamanya untuk pergi ke pejabat.
Seperti yang di janjikan.Hujung minggu itu,datanglah keluarga fareez ke rumah keluarga shiqa untuk acara meminang yang betul dibuat oleh mereka.orang-orang kampung ramai yang hadir kemajlis itu untuk melihat bakal menantu pak arul yang kacak,segak dan anak orang kaya.fareez hanya melihat karenah dan gelagat orang-orang kampung di situ.bermula acara meminang dan wakil datuk ahmad alzam memulakan bicara.
“kami datang berkunjung ke sini kerana kami mempunyai hajat.saya encik arman bin ishak wakil pihak datuk ahmad alzam iaitu ayah kepada fareez,ingin menyunting bunga di taman encik arul.”kata encik arman.pak arul sekeluarga terkejut dengan apa yang baru saja encik arman katakana tadi.betul kah fareez itu anak datuk?pak arul serba salah dan terdiam sejenak untuk berfikir.orang kampung yang hadir di majlis itu pun mula berbisik-bisik sesame sendiri.
“bertuahnya pak arul tu bermenantukan orang kaya anak datuk pulak tu.jangan disangka shiqa janda tu tak laku.”kata seorang makcik membisikkan ke telinga makcik yang duduk disebelahnya.
“macam mana pak arul?ada masalah ke?”Tanya encik arman.
“macam ni encik arman,datuk dan datin.saya berat hati nak terima pinangan ini sebab saya tak tahu pun nak fareez tu anak datuk.kalau saya terima pinangan ini,apa pulak orang-orang umpat dan mengata tentang keluarga saya.”jawab pak arul resah.
“encik arul,pedulikan apa yang orang kata.yang nak kawin tu anak-anak kita dan kalau dorang nak mengata buat tak dengar saja.yang penting antara pihak saya dan pihak pak arul saja.kalau orang nak mengata,maknanya mereka cemburu dengan rezeki yang anak pak arul dapat.dan ingatlah bahawa Allah telah menentukan jodoh antara fareez dan shiqa.”kata datuk ahmad alzam.pak arul tersenyum dan menganggukkan kepala.makcik-makcik yang dengar kata-kata datuk ahmad alzam juga terdiam tak terkata.
“jadi apa kata encik arul?”Tanya encik arman.
“kalau begitulah kata datuk,saya menerima pinangan ini.”jawab pak arul.
“alhamdullilah.encik arul,ini duit hantaran yang diberi oleh pihak datuk.”kata encik arman sambil menghulurkan hiasan sirih junjung dengan cek yang tertulis dua pulih ribu ringgit tunai.terkejut pak arul sekeluarga juga orang-orang kampung yang hadir.
“banyak sangat ni datuk,saya tak minta hantaran pun datuk.”kata pak arul.
“saya tahu encik arul.ini ikhlas daripada kami.danencik arul buatlah majlis kahwin yang bermakna buat shiqa dan encik pak arul sekeluarga.dan majlis perkahwinan mereka kita buat pada bulan depan 18haribulan ogos 2015.”kata datuk ahmad alzam.pak arul hanya menurut kata datuk ahmad alzam dan maka rasmilah sudah pinangan itu dengan persetujuan antara dua keluarga.tetamu-tetamu yang hadir tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada keluarga pak arul dan juga yang menyindir-nyindir dengan kata-kata yang kurang elok didengar.tapi,pak arul hanya membiarkan saja apa yang orang-orang kampung nak cakap.seminggu selepsa itu,keluar pak arul sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan shiqa dan pak arul ingin membuat majlis itu besar-besaran dan sama nilai dengan hantaran yang keluarga fareez beri.Bersambung.....
YOU ARE READING
Kasih Fareez
RandomMengisahkan seorang janda bernama shiqa yang diceraikan olh suaminya hnya kerana inginkan kehidupan bebas..tetapi dalam masa yg sama bekas abg iparnya dtg ke rumah utk merisik dirinya mjadi isteri kpd bekas abg iparnya itu Azman.tetapi shiqa tdk mne...