BAB 11

1.5K 127 28
                                    

FIRST DRAFT
________

NAINA tidak pedulikan Hani, setiausaha Fahmi yang cuba menghadang laluannya ke bilik pejabat lelaki itu. Dirinya dikuasai oleh perasaan marah dan dia mengharapkan jawapan yang sebenar keluar daripada mulut Fahmi.

Kepala Fahmi terdongak apabila Naina menolak pintu pejabat yang diperbuat daripada kaca itu dengan kasar. Dia yang tadi fokus pada fail di atas meja kerjanya terus bangkit dari kerusi kerjanya. Terkejut dengan kehadiran Naina di dalam bilik pejabatnya ini dalam keadaan yang agak berapi.

“Naina....”

I'm sorry Encik saya tak dapat....”

It's okay, Hani.” potong Fahmi sebelum Hani menghabiskan ayatnya.

Dada Naina turun naik menahan amaran. Hani yang masih berdiri disebelahnya dijeling tajam.

“Kau keluarlah kau tunggu apa lagi!” Jerkah Naina. Saat ini dia bukan lagi Naina yang seluruh kakitangan KTK Construction kenali. Ketika dia sedang marah, dirinya bukan lagi Faith Naina yang sweet dan loving.

Fahmi memberikan isyarat pada Hani agar gadis berusia 25 tahun itu meninggalkan dia dan Naina berdua.

What's wrong with you Naina? Jerkah staff macam tu. Lupa pesan arwah ke?” Marah Fahmi sebaik sahaja Hani keluar daripada biliknya. Dia bangkit dari kerusi kerjanya sambil memeluk tubuh memandang Naina dihadapan. Apa yang tak kena pada Naina hari ini? Datang bulan ke?

“Apa kau buat dekat sini?” tanyanya dengan kerutan seribu di dahi. Dia tidak boleh mengagak sebab kedatangan Naina ke mari.

Naina tergelak sinis sebelum dia menjegilkan matanya menyampah. 

“Kenapa semua orang asyik tanya aku soalan tu? Apa aku tak ada hak ke nak lawat syarikat bapa aku sendiri?!” marah Naina.

Fahmi terkedu. Apa yang membuatkan Naina datang menyerang dia hari ini? Masih marah lagi ke gadis itu pada dia?

“Naina, I'm so sorry about your dad. Aku betul-betul tak sampai hati nak tipu kau tentang kesihatan arwah tapi aku tak boleh buat apa.” ujar Fahmi masih tidak dapat mengagak isu apa yang membuatkan angin Naina ceria tadi bertukar menjadi monsun.

“Stop the crap, Fahmi. Aku tak datang ke sini untuk itu. Aku datang sini sebab aku nak tanya siapa manusia yang ada di dalam pejabat ayah aku sekarang ini.”

Fahmi diam tak tahu nak jawab apa. Ezmir datang ke sini ke? Bukankah lelaki itu selalu datang ke sini pada hari Jumaat? Tapi sekarang baru hari Rabu.

“Apa yang dah jadi pada syarikat ini sepanjang hampir tujuh tahun ketiadaan aku, Fahmi?” desak Naina menagih jawapan daripada Fahmi.

“Arr...”

“Tak ada jawapan? Come on, Fahmi. Aku tahu kau ada jawapan untuk soalan aku. Siapa lelaki itu?”

“Dia...”

Naina menikam ke dalam wajah Fahmi dalam.

“Ezmir Syah. Siapa dia? Apa peranan dia dalam syarikat ni sampai dia boleh ambil alih jawatan pengerusi KTK Construction?”

“Naina,.. sebenarnya dia adalah bos kedua syarikat ni selepas Tan Sri Ahmad.”

Naina mengerutkan dahinya dalam keadaan kebinggungan. “What? How come...”

“Three years ago, KTK Construction tidak mampu menghasilkan profit. KTK tidak ada kemasukan. Macam-macam cara arwah cuba namun tidak membuahkan hasil. Dan kemudian, ayah kau berjaya yakinkan dia untuk melabur dalam syarikat ni.”

Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )Where stories live. Discover now