BAB 3

1.4K 119 0
                                    

SUDAH HAMPIR setengah jam Tan Sri Ahmad menunggu di dalam bilik mesyuarat ES Empire namun batang hidung orang yang ingin ditemuinya masih belum kelihatan. Jam tangan dipergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Sudah pukul 2.15 petang. Lelaki itu sudah lewat lima belas minit dari janjitemu asal mereka.

Tan Sri Ahmad mendengus pelahan. Lelaki ini memang seorang yang berpengaruh, berkaliber tapi sayang dia punya masalah untuk menepati masa. Langsung tidak punctual.

Tan Sri Ahmad membuang pandangan ke arah pintu kaca bilik itu apabila pintu itu ditolak dari luar. Tersembul wajah Rania dengan senyuman dibibirnya.

"Tuan Ezmir will see you now, Tan Sri." beritahu Rania ramah.

Tan Sri Ahmad bangun dari sofa yang didudukinya lalu bergerak mendekati pintu keluar. Rania berjalan di hadapan, menunjuk arah bilik pejabat Ezmir pada Tan Sri Ahmad.

Pintu kayu di depannya diketuk sebelum tombol pintu dipulas pelahan. Daun pintu dikuak luas oleh Rania lalu memberikan laluan untuk Tan Sri Ahmad masuk ke dalam bilik pejabat yang dindingnya hampir lapan puluh peratus kaca itu.

Ezmir berdiri dari kerusi kerjanya lalu menyambut Tan Sri Ahmad diambang pintu. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan orang yang banyak pengalaman dalam dunia pembinaan.

Tan Sri Ahmad menyambut tangan anak muda itu lalu dijabatnya.

"Ada apa lagi tuan perlukan?" tanya Rania disebelah Ezmir.

"Oh, please make coffee for two!"

"Baiklah." ujar Rania sambil melangkah beberapa tapak ke belakang lalu menutup daun pintu itu semula.

"Have a seat, Tan Sri." pelawa Ezmir. Dia bergerak mendekati kerusi kerja sementara Tan Sri Ahmad mengambil tempat di kerusi bertentangan dengan Ezmir.

"Ini first time kita bertemu face to face, kan. How are you?" tanya Ezmir mula beramah mesra.

"I'm fine, thank you. Saya gembira dapat berjumpa dengan tuan hari ini." kata Tan Sri Ahmad sambil memandang lelaki tampan di hadapannya.

Ezmir memiliki wajah kacukan. Mungkin lelaki itu berdarah Itali atau Mexico, Tan Sri Ahmad tidak pasti. Kulitnya sawo matang. Matanya kekelabuan, hidung mancungnya elok terletak. Bibirnya sensual dan just nice. Tidak terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal. Rasanya, jika Ezmir ingin menukar kerjayanya sebagai seorang model catwalk boleh lepas kut. Memandangkan dia memiliki wajah yang tampan dan ketinggian yang sesuai untuk menjadi model catwalk.

"You look handsome in person," puji Tan Sri Ahmad ikhlas.

Tan Sri Ahmad berasa bertuah bertemu Ezmir secara berdepan. Rasa macam eksklusif pula. Banyak artikle yang menulis pasal kejayaan lelaki itu namun tidak pernah pula mereka sertakan gambar lelaki itu sekali di dalam majalah mereka. Dia dapat tahu, Ezmir merupakan seorang ahli perniagaan yang mementingkan privasi. Dia tidak membenarkan wartawan yang menemuramahnya mengambil gambarnya walaupun sekeping.

Ezmir tersenyum. Dia tahu akan hakikat itu. "Terima kasih." ucap Ezmir. Bangga.

"So, what can I help you, Tan Sri?" tanya Ezmir berbalik kepada sebab mengapa Tan Sri Ahmad ingin menemuinya.

"Sebenarnya saya perlukan bantuan syarikat tuan untuk memulihkan kegawatan yang dialami oleh KTK Construction sekarang ini."

"Maksud Tan Sri?"

Tan Sri meletakkan sebuah fail nipis di atas meja kaca Ezmir lalu ditolak ke arah Ezmir. Mata Ezmir tunduk memandang fail berwarna biru muda itu.

"Kami memerlukan pelabur baru untuk memastikan syarikat KTK Construction kembali beroperasi seperti sebelum ini. Syarikat kami memerlukan dana yang banyak untuk meneruskan projek yang terbengkalai sebelum ini." jelas Tan Sri Ahmad dengan nada suara yang cukup jelas dan tenang.

Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )Where stories live. Discover now