BAB 13

1.9K 119 11
                                    

FIRST DRAFT . MISTAKEN MIGHT BE EVERYWHERE . ENJOY .

☆*★

EZMIR berasa separuh lega apabila dia berjaya menyuarakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Naina. Ezmir mengaku cara dia melamar Naina tidak tepat dan salah tapi Ezmir tidak peduli. Asalkan Naina menjadi hak miliknya yang lain dia tidak peduli. Sama ada lambat atau cepat , betul atau salah, Naina harus jadi miliknya. Naina tiada pilihan.

Ezmir tersenyum menang di dalam bilik pejabatnya. Kini, dia sudah berdiri setapak di hadapan Fahmi. Ezmir jadi tidak sabar menunggu jawapan daripada Naina. Tempoh sebulan yang dia berikan kepada Naina terasa terlalu panjang dan lama.

"Hisy, kenapa aku tak bagi dia tempoh dua minggu aje!?" getus Ezmir sendiri. Menyesal. Padahal dia sendiri yang bagi Naina tempoh itu untuk berfikir.

Tapi bagaimana jika Naina enggan menerima cadangannya itu? Bagaimana jika Naina rela syarikat ayahnya dijadikan bola oleh Ezmir walaupun sebenarnya dia maksudkan apa yang dia katakan pada Naina tadi?

Ezmir jadi tidak keruhan. Alasan apa lagi yang harus dia gunakan untuk memaksa Naina menerima dia?

'Hisy, Ezmir! Waktu sebulan yang kau bagi dia pun tak start lagi.' bisik hatinya untuk menyedapkan hati yang tak berapa nak sedap.

Naina melepaskan keluhan. Okey, Ezmir. Just wait and see.

♡•♡•♡

MATA Mina hanya memerhati Naina yang dari tadi duk sibuk mengacau straw di dalam gelas berisi jus oren di hadapannya. Nampak sangat hanya jasad Naina saja bersamanya hari ini. Roh sahabatnya itu menyimpang entah kemana. Tadi bukan main lagi nak ajak dia keluar. Dah keluar, senyap pula.

Mina menguis lengan Naina hingga Naina mengangkat wajah memandang Mina di hadapannya.

"Kau kenapa?" tanya Mina pelahan.

Naina menggeleng. Kembali menundukkan kepalanya sebelum keluhan keras keluar dari mulutnya.

"Babe, apa kau nak buat kalau ada acquaintance datang melamar kau." tanya Naina tiba-tiba.

"Kenapa? Ada acquaintance datang melamar kau ke?" Mina bertanya sambil menghirup jus tembikainya menggunakan straw.

"Tak adalah. Aku saja je tanya. Kalau benda tu jadi dekat kau, apa kau nak buat?"

"Kau nak dengar pendapat aku ke?"

"Kinda."

"Kalau akulah kan, aku tengok juga latarbelakang dia. Dibuatnya, kenalan kau tu pembunuh ke pimp ke, kan. Kita mana tahu. Tapi kalau dia handsome, aku okey aje," ujar Mina berseloroh sambil tersenyum.

"Hisy, serius sikit boleh tak! Aku serius ni kan." marah Naina pelahan. Orang nak minta pendapat dia boleh pula dia buat lawak. Hampeh betul dapat kawan macam ni!

"Aku seriuslah. First thing first, kau kenalah selidik dulu latarbelakang dia. Dia daripada keluarga yang baik-baik ke tak, dia buat kerja apa. Kahwin babe, bukan benda mainan." jawab Mina padu.

Naina menggaru belakang kepalanya pelahan. Macam mana dia nak siasat latarbelakang lelaki yang datang melamarnya secara tiba-tiba itu? Naina langsung tak tahu nak mula daripada mana. Yang dia tahu pasal lelaki itu hanyalah nama dia dan kaitan dia dengan KTK Construction. Itu saja.

"Tapi macam mana kalau kau dah tak ada masa nak siasat latarbelakang dia, kau nak terima juga ke lamaran orang tu?" tanya Naina lagi. Matanya hanya memandang di bawah meja, tidak berani dia menentang mata Mina. Gadis itu pasti akan menghidu rahsianya nanti jika dia berbuat demikian.

Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )Where stories live. Discover now