BAB 2

1.4K 109 2
                                    

PINTU KACA bangunan ES Empire ditolak daripada luar sebelum dia melangkah masuk dengan penuh karisma ke dalam lobi. Emma, bertugas sebagai penyambut tetamu di situ menguntumkan senyuman manis kepada Ezmir ketika Ezmir lalu di hadapan kaunter sebelum menuju ke lif.

Ezmir seperti biasalah dengan muka ketat dia tu. Senyum Emma pun tidak dibalasnya. Masih kekal dengan sikap dingin dia tu. Ezmir tu manalah nak pandang kakitangan yang bekerja untuk dia. Lebih-lebih lagi kalau kakitangan itu suka menggedik macam Emma.

Ezmir bukan tidak tahu sudah berapa kali Emma cuba menggodanya dengan skirt dia yang pendek dan baju dia yang sendat itu. Nasib baik Emma tu bertugas sebagai penyambut tamu di lobi. Kalau Emma tu setiausaha dia, dah lama kut Ezmir pecat.

“Tuan.” sapa Rania seraya berdiri dari kerusinya apabila melihat kelibat Ezmir keluar dari perut lif.

Ezmir hanya menundukkan kepalanya sedikit sambil menuju ke arah pintu pejabatnya. Rania kembali duduk di atas kerusinya sebaik sahaja kelibat Ezmir hilang disebalik pintu yang diperbuat daripada kayu itu.

Sejak dia bekerja sebagai setiausaha Ezmir selama hampir lapan tahun, Rania sudah faham perangai majikannya itu serba sedikit. Biasanya, Ezmir mengambil masa selama sepuluh minit untuk memanggil Rania masuk ke dalam bilik pejabatnya sebaik sahaja dia sampai di pejabat.

Rania sudah menyediakan buku catatan dan sebatang pen disisi mejanya. Dia sudah bersedia untuk dipanggil Ezmir.

“Rania, masuk!” arah Ezmir melalui interkom.

Rania bangun. Dia membetulkan baju yang berkerut akibat terlalu lama duduk sebelum mencapai buku dan pen tadi lalu menyusun langkah ke arah pintu pejabat Ezmir.

Rania mengetuk daun pintu itu sedikit kuat sebelum dia mendengar arahan Ezmir daripada dalam. Tombol pintu dipulas lalu ditolak pelahan. Dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik pejabat berkeluasan hampir tiga puluh meter persegi itu sebelum menutup kembali pintu di belakangnya. Sesudah itu, dia mendekati meja kaca Ezmir lalu berhenti tepat di hadapan meja itu.

“Apa jadual I hari ini?”

Rania dengan pantas membelek buku yang ada ditangannya.

“Hari ini tuan ada business meeting dengan Encik Fuad pada pukul 11.00 pagi nanti. Lepas tu, Tan Sri Ahmad dari syarikat KTK Construction ada buat appointment nak jumpa tuan pada pukul 2.00 petang. Dan pada pukul 8.00 malam, Puan Lisa nak tuan ada di Villa Cassandra untuk dinner. Itu saja.” kata Raina lalu menutup buku berkulit hitam di tangannya itu.

Ezmir macam kurang dengar apa yang Raina beritahu dia tadi. Tan Sri Ahmad?

“Tan Sri Ahmad, chairman of KTK Construction? Dia nak jumpa I?” tanya Ezmir dengan penuh tanda tanya. Apahal Tan Sri Ahmad nak datang jumpa dia?

“Ya, tuan.” Raina mengiyakan.

“Bila dia buat temujanji tu?”

“Tiga hari yang lepas. Dia nak jumpa tuan hari tu juga tapi jadual tuan pack, so hari ni la hari dia.”

Ezmir mengangguk setuju. Jadual dia memang sangat padat. Baru semalam dia balik dari business trip ke Bali dan lusa dia akan terbang ke Seattle untuk melawat tapak projek dekat sana. Dia hampir tiada masa untuk dirinya sendiri. Hidup dia hanya untuk kerja, kerja dan kerja. Hanya dengan kerja saja Ezmir boleh melupakan kenangan pahit dalam hidupnya.

“Nanti you call Lisa, pasal dinner tu I tak boleh janji.”

Rania senyum. Dah memang dia jangka ayat itu akan keluar daripada mulut Ezmir. Bukan sekali dua Ezmir cuba mengelak daripada Lisa, dah berkali-kali dah. Entah apa masalah mereka dua beradik ini, itu Rania tidak tahu. Tidak termasuk dalam tugasnya untuk menyibuk urusan peribadi Ezmir.

Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )Where stories live. Discover now