BAB 14 ( unfinished )

2.1K 106 17
                                    

TEMPOH sebulan yang Ezmir berikan kepada Naina sudah tamat tempoh. Naina berharap sangat hari ini tidak wujud dalam hidupnya. Tapi tulah, dah nama pun hidup. Kena jugalah lalui hari ini walaupun dia tak nak. Kecualilah kalau dia mati hari ini.

Naina tersedar lalu beristighfar banyak-banyak dalam hati. Adakah dia fikir sampai ke situ? Kalau bekalan untuk ke 'sana' dah banyak tak apalah juga, sekarang ni pun dia masih mencuba untuk berubah ke arah lebih baik.

Naina tak tahulah macam mana dia nak hidup dengan Ezmir memandangkan jawapannya untuk lelaki itu adalah 'YA'.

Naina mengeluh di hadapan cermin besar yang ada dalam bilik wardrobenya. Dia memandang penampilannya sekali lagi melalui pantulan cermin di hadapannya. Hari ini dia selesa mengenakan blouse off shoulder warna kuning dipadankan dengan skrit kembang paras lutut warna kelabu. Rambutnya dibiarkan bebas mengurai.

Dia menarik nafas dalam-dalam. We can do this, Naina. Sempat dia memberi semangat pada dirinya sendiri sebelum beg tangannya di atas sofa tunggal yang ada di dalam bilik itu dicapai lalu dia melangkah keluar dari bilik wardrobenya.

♡•♡•♡

“KAU serius ke nak aku ikut kau ni?” soal Mina di tempat duduk pemandu sejurus selepas Naina masuk ke dalam perut kereta.

“Kau ikut ajelah aku ke KTK. Mana tahu kau jumpa jodoh kau dekat sana ke. Tak pun... mamat tu jatuh cinta pandang pertama dekat kau, terus dia nak kahwin dengan kau. Selamat jugalah aku.” ujar Naina selamba badak. Tali pinggang keledar ditarik lalu dikunci pada penguncinya.

“Ha...ha...ha...” gelak Mina satu persatu. Handbrake diturunkan sebelum pedal minyak ditekan. Dia memandu kereta Proton Yariz miliknya meninggalkan kawasan Faith's Villa menuju ke KTK Construction.

Sebaik sahaja Mina memarkirkan keretanya di tempat letak kereta, mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam bangunan KTK Construction. Dari jauh lagi, Naina sudah menangkap belakang tubuh Ezmir yang sedang berdiri membelakanginya. Lelaki itu seperti sedang sibuk berbual di dalam telefon. Sebelum lelaki itu perasan, cepat-cepat Naina menarik tangan Mina menuju ke arah lif.

“He's here.” bisik Naina pelahan pada Mina. Jarinya menekan punat lif beberapa kali.

“Ezmir Syah?” tanya Mina dalam suara berbisik juga.

“Tak payahlah mention nama dia. Mamat tu ada saka, dia tahu kalau orang sebut nama dia.” ujar Naina.

“Kalau orang umpat I pun I tahu,” sampuk suara keras dibelakang Naina dan Mina. Serta merta badan Naina mengeras. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu yang bersuara.

Mina sempat menoleh ke belakang sebelum pintu lif terbuka luas. Laju aje tangan Naina menariknya masuk ke dalam lif.

“Awak ikut lif lain.” halang Naina ketika Ezmir hendak melangkah setapak ke dalam lif.

“Kenapa I tak boleh masuk lif ni?” tanya Ezmir sambil menyeluk saku seluar yang dipakainya. Baru Naina perasan, lelaki di hadapannya ini mengenakan set pakaian pejabat berwarna kelabu. Alamak! Samalah pula dengan warna skrit yang dipakainya.

“Sebab ni lif ayah saya. Lif awak lepas ni.” kata Naina.

Ezmir senyum senget. Nonsense!

“Not anymore.” Ezmir tidak peduli Naina yang menghalang, dia terus masuk ke dalam lalu menekan punat nombor 20.

Naina mendengus kasar. Laju saja jarinya menekan punat nombor 18. Ezmir hanya diam memerhatikan nombor tingkat yang ditekan Naina. Itu tingkat pejabat Fahmi. Nak buat apa dia ke sana? Kenapa Naina tak terus saja naik bersamanya ke tingkat dua puluh.

Pintu lif terbuka tepat di tingkat 18. Tanpa berlama-lama, Naina terus keluar meninggalkan Mina sendirian di dalam lif itu tanpa menoleh ke belakang.

“Minta maaf ya Encik.” ucap Mina lembut pada Ezmir sambil tersenyum malu. Pipinya memerah.

Melihat tiada respon daripada Ezmir, Mina terus keluar dari perut lif. Malu gila siot, no wonderlah Naina tak suka. Berlagak rupanya.

“Itu ke Ezmir Syah yang kau cakap tu? Kereknya.”

“Tahu tak apa.”

~~~~~

So busy guyssssss . Tu pasal lambat dan lama sangat nak update bab baru 😑😑



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )Where stories live. Discover now